Ujian banyak mengajar aku…

Untuk jadi lebih tabah? Aku tak pasti. Tapi jati diri aku dapat dibina dengan lebih baik melalui ujian yang bertalu datang.

Aku sukakan teguran walaupun selalunya menyakitkan. Aku selalu anggap segala hinaan, cacian, kebencian manusia satu teguran daripada Allah pada aku.

Aku teringat satu pepatah,

“Kita akan dilayan sebagaimana kita melayan”

dan

“Dunia luar akan melayan kita sebagaimana kita melayan diri kita sendiri…”

Dua pepatah ni cukup mendalam bagi aku. Dulu, sebelum aku berhijrah, setiap hari aku mudah rasa tertekan terutama dengan apa yang aku terima dari orang sekeliling. Setiap hari aku meluah rasa tak puas hati. Sekecil-kecil hal menjadi sebesar-besar masalah pada aku. Aku banyak berprasangka buruk. Setiap apa yang aku terima mesti diiringi fikiran yang negatif. Sudahnya, aku banyak bermasalah dengan pelbagai jenis manusia. Semua sikap negatif menjadikan aku seorang yang sombong, suka menunjuk-nunjuk, dan pemarah walaupun aku juga cuba membuat banyak kebaikan.

Aku teringat, setiap kali aku dan Edy berkelahi, mesti Edy akan bidas dengan mengungkit, “Patutlah u dengan kawan-kawan u semua bermasalah…!” Acapkali setiap yang menjadi beban kepala aku, aku akan luahkan pada Edy. Jarang sekali yang berbunyi positif, semuanya bunyi negatif sahaja. Jadi, bila aku dan Edy bertelagah atas hal kecil, Edy akan kaitkan sikap aku itu dengan masalah seharian aku.

Akhirnya, hidayah Allah itu datang dalam bentuk yang sangat tidak diduga iaitu ujian kehilangan Najla. Bukan aku tak pernah diuji sebelum tu. Terlalu banyak ujian yang pernah aku terima sebenarnya tetapi hati aku belum terbuka agaknya untuk terima hidayah Allah. Aku selalu menganggap ujian yang terpaksa aku terima merupakan satu kebencian manusia pada aku. Bukan hidayah.

Namun, selepas kehilangan Najla, aku macam baru tersedar. Rasa seperti baru terhantuk di dinding. Rasa macam otak aku ni mula nak ‘rewind’ segala masa silam yang pernah berlaku. Segala dosa yang pernah aku lakukan. Satu persatu. Aku yakin, Allah mengambil Najla atas satu sebab; Kafarah. Menangis air mata darah sekali pun takkan dapat mengembalikan Najla pada aku.

Ada yang mempertikaikan mengapa perlu aku mengambil cuti bersalin 3 bulan sedangkan aku tidak ada anak untuk dijaga waktu tu. Tapi aku rasa, aku tak pernah silap dalam membuat keputusan kerana tempoh 3 bulan itu telah banyak membuka lembaran baru buat aku. Aku mengambil keputusan untuk berhijrah. Biar pun tidak terlalu ketara, sekurang-kurangnya aku berdikit-dikit untuk melakukan penghijrahan juga.

Selepas hijrah, aku berusaha terapkan pemikiran yang positif dalam semua hal. Tipulah kalau aku berjaya dengan sekali percubaan. Banyak kali juga aku kecundang. Dan banyak kali juga aku menangis bila aku rasa betul-betul diuji tatkala ingin berhijrah. Namun, aku tak pernah putus asa. Aku lekas bangun bila sudah jatuh. Aku mengadu segala-galanya pada Allah Yang Esa. Aku luahkan segala-galanya dalam tangis dan sedu. Aku minta apa sahaja dari Dia. Aku minta Dia lepaskan aku dari segala epilog negatif.

Lepas mengadu segalanya yang merobek hati, aku jadi lega. Aku jadi seperti biasa. Aku jadi orang yang sentiasa kelihatan gembira. Hinggakan ramai yang selalu bilang, aku kelihatan selalu happy, macam tak pernah ada masalah. Alhamdulillah, aku dapat sembunyikan segala kesedihan aku dari rakan-rakan di sini. Aku cuba untuk jadi kuat dan disenangi ramai. Paling penting, sentiasa berfikiran positif. Bila dalaman aku positif, luaran pasti positif. Bila aku selalu mempamerkan sikap positif, aku akan menarik gelombang positif yang bukan sahaja menenangkan aku, tapi orang di sekeliling aku juga terutama Edy.

Satu perbezaan yang ketara lepas aku berhijrah, ialah pada Edy. Aku lihat Edy semakin senang. Senang dari segi nafsu makannya (lihatlah saiz Edy sekarang), senang dari segi jiwanya, dan pekerjaannya juga. Edy selalu bahagia bila di rumah bersama aku. Kalau dulu di JB, Edy semacam tak gembira mahu pulang. Lebih bahagia duduk di Muar berjauhan, sambil rindu-rinduan. Tapi sekarang, aku mahu pergi kerja sahaja, sudah dibilang rindu. Samalah juga keadaannya dengan aku. Mesti mahu lihat Edy selalu. Biarlah bercakaran, janji Edy di depan aku. Lepas berminit-minit, kami bergelak tawa semula. Dalam tak sedar, sudah setahun kami selesa begini.

Sudahkah aku berhenti menangis? Tipulah kalau aku bilang sudah. Setiap hari ada pasang surutnya. Adakalanya, aku akan lalui saat-saat down itu juga. Cuma, aku yang menentukan jalan mana yang aku perlu pilih; stress atau bahagia. Kalau di sekolah, bila aku terasa down dengan kerja atau dengan pelajar, aku akan cari masa untuk menyendirikan diri. Biasanya, di ruang solat. Macam mana emosi aku sekalipun, aku cuba mengelak bercerita dengan rakan sejawat. Bukan apa, kerana aku malu jika menangis di depan mereka. Aku berusaha mengadu pada Allah semata-mata. Aku minta Allah kuatkan hati aku. Aku rasa tenang di ruang solat itu. Selepas itu, barulah aku boleh bekerja semula dengan efisien. Kadang-kadang aku cuma perlukan 5 minit, kadang-kadang hingga 50 minit, bergantung pada kelapangan jadual mengajar aku. Paling penting, aku berusaha untuk tidak mencampur adukkan satu-satu hal dengan hal yang lain. Dan sebenarnya, aku masih lagi mencuba untuk kekalkan semua ini. Aku tak pasti sejauh mana aku akan istiqamah, dan aku berharap, Allah sentiasa mengingatkan aku dalam setiap perkara yang buat aku terlupa diri.

Aku terlalu banyak khilaf dan aku menceritakan segala kekhilafan ini bukanlah untuk mendedahkan aib diri , tapi sebagai pedoman untuk orang lain. Sekiranya kisah aku bakal dijadikan pengajaran, aku rela berkongsi.

“Orang yang benci orang, kerana dia benci diri sendiri…

Orang yang marah orang, kerana dia marah diri sendiri…

Dan hanya orang sayang diri sendiri boleh menyayangi orang lain…”

Prof Dr Muhaya.

Wassalam~

Sent from my iPhone

This Post Has 8 Comments

  1. cik mie

    Assalamualaikum ummi,
    Suka saya baca entry ummi kali ini, 🙂
    Ummi …setiap ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita adalah kerana Allah peduli akan kita. Sayangnya Allah pada kita kan..bertabahla wahai hati..

  2. cik mie

    Assalamualaikum ummi,
    Suka saya baca entry ummi kali ini, 🙂
    Ummi …setiap ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita adalah kerana Allah peduli akan kita. Sayangnya Allah pada kita kan..bertabahla wahai hati..

  3. cik mie

    Assalamualaikum ummi,
    Suka saya baca entry ummi kali ini, 🙂
    Ummi …setiap ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita adalah kerana Allah peduli akan kita. Sayangnya Allah pada kita kan..bertabahla wahai hati..

  4. Feed by Ummi Najla

    Alhamdulillah. Syukran ya cik mie. Betul, ujian itu datang kerana Allah peduli pada kita, kerana Allah sayang, kan. InsyaAllah hikmah yg Allah beri nanti besar ganjarannya 🙂

  5. Bunga Lily

    seronok baca entry ummi najla.sebenarnye diri ini pon lebih kurang aje ummi.ma lily juga dlm sesi nak berubah.semoga Allah tetapkan hati ma lily dan ummi juga 😉

    Ya Allah, Kau tetapkan hati ku.berikan aku iman, dan setelah Kau berikan iman, jgn lah pula Kau menariknye ya Allah.aamiin

  6. Feed by Ummi Najla

    Its ok ma lily. Sekurang-kurangnya kita ada azam untuk berhijrah. InsyaAllah, niat tu akan bawa diri kita berhijrah ke arah lebih baik. Saya sangat takut akan iman yang tidak tetap. Sama2 kita istiqamah 🙂

  7. sweet tooth

    Thanks for sharing ummi. Smg 2013 membawa perkara yang baik2 untuk kita semua…Smg Allah merahmati kita selalu… Amin…

  8. Feed by Ummi Najla

    Tq so much miss sweet… InsyaAllah, azam 2013 akan dicapai sebaiknya…

Comments are closed.