You are currently viewing Group Breastfeeding Ibu Menyusu Malaysia – Feed by Momma

Group Breastfeeding Ibu Menyusu Malaysia – Feed by Momma

Feed by Momma – Group Breastfeeding Ibu Menyusu Malaysia ialah facebook support group yang dikendalikan oleh Feed by Ummi Najla.

Tujuan support group ini ditubuhkan adalah untuk kami berkongsi tentang ilmu penyusuan, art therapy in breastfeeding dan soal jawab penyusuan susu ibu kepada ibu-ibu yang merupakan followers Feed by Ummi Najla.

Feed by Momma diwujudkan untuk merapatkan lagi ukhuwah dalam kalangan followers Feed by Ummi Najla yang setia sejak 2016. Dalam group ini, mommies boleh berkongsi ‘win culture’ masing-masing untuk memberi motivasi kepada ibu-ibu lain.

Sejarah Penubuhan Feed by Momma

Feed by Momma dalam Majalah Pa&Ma keluaran Mac 2020

Selain Kak Nad, support group ini juga dikendalikan oleh 2 orang admin yang masing-masing adalah Peer Counselor (Cikgu Zainab Hj Moin dan PC Dayana Baharuddin aka Kakak Urut) dan dibantu oleh 3 orang kaunselor jemputan (PC Naseeha Sakinah, LC Elpeni Ramli dan PC Fairuz Ashikin)

Baca juga tentang Kepentingan Ilmu Penyusuan Susu Ibu

Kami juga menyediakan peluang untuk ibu-ibu belajar tentang ilmu penyusuan bersama dengan pakar jemputan seperti Pakar Pemakanan, Pakar Laktasi, Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti, Pakar Urutan Bayi, Pakar Urutan Payudara, dan lain-lain.

Pentingnya berada dalam satu sistem kumupulan sokongan untuk ibu-ibu mendapatkan jawapan yang betul tentang setiap masalah penyusuan yang dihadapi. Bukan sakadar mencari jawapan di google sahaja, tapi ibu-ibu dapat menyelesaikan masalah dengan segera.

Feed by Momma sentiasa mengalukan soalan-soalan tentang penyusuan susu ibu untuk diraikan bersama oleh ibu-ibu lain yang lebih berpengalaman. Penting untuk ibu-ibu berada dalam circle yang betul dan menyokong usaha kita meneruskan penyusuan susu ibu.

Kami raikan kehadiran setiap ibu baru yang ingin belajar Tips Meriahkan Susu, Teknik Urutan untuk Memperbanyakkan Susu, Urutan untuk Saluran Susu Tersumbat, Art Therapy dan lain-lain.

?JOM INVITE KAWAN-KAWAN MENYUSU MOMMIES JOIN GROUP NI YA. Ada banyak hadiah menarik untuk dimenangi 

Klik link untuk join ➡️

Salam sayang dari,
Nad Masrom
Your Certified Lactation Counselor
Facilitator Art Therapy in Breastfeeding
Founder Feed by Ummi Najla