Tips mudah menyusu di tempat awam , Ketahuinya


TIPS MENYUSU DI TEMPAT AWAM

Kak Nad just nak share 5 tips ini untuk mommies yang selalu rasa tak confident nak menyusu di tempat awam.

1. Pilih baju nursing friendly.

Baju nursing friendly ni biasanya ada akses seperti zip, butang atau bahagian selakan yang akan memudahkan proses penyusuan di tempat awam. Jadi tak adalah terdedah bahagian yang tak sepatutnya bila mommies nak menyusu nanti.

2. Guna nursing cover

Kalau mommies tak confident, boleh guna nursing cover yang lembut dan breathable ketika proses penyusuan. Kak Nad biasa guna tudung labuh je untuk ‘cover’.

gambar sekadar hiasan

3. Tenang dan fokus pada penyusuan.

Jangan rasa panik, malu, atau stress ketika menyusu di tempat awam kerana bayi juga akan turut rasa tekanan itu dan secara tidak langsung akan menyebabkan proses penyusuan tidak berjalan lancar.

Mommies kena relax, tenangkan fikiran, dan jangan terlalu fikir tentang orang sekeliling. Bila mommies tenang, orang pun tak perasan yang mommies tengah menyusu.

4. Segera tenangkan bayi yang meragam

Kadang-kadang bayi rasa terlalu penat dan cepat meragam. Mommies mesti tenang dan cari tempat yang selesa serta tidak terlalu bising untuk menyusukan bayi.

Sekiranya di tempat tersebut ada nursing room, tidak menjadi masalah yang besar. Sekiranya tiada, segera menyusukan anak supaya anak tidak meragam dengan lebih teruk.


5. Susukan bayi dahulu sebelum keluar di tempat awam.

Sebelum keluar rumah atau kereta, mommies boleh susukan bayi dahulu supaya bayi tak meragam nak menyusu. Jika bayi sudah mula makan makanan pejal, mommies boleh sediakan makanan pejal yang mencukupi untuk diberi kepada bayi jika bayi lapar.

Itu sahaja perkongsian daripada Puan Nad Masrom .

Dah baca ? jangan lupa share tau supaya ramai lagi dapat tips ini !