Untuk new mommies yang mungkin mencari tentang bagaimana untuk mengendalikan susu ibu dan menguruskan susu ibu untuk dihantar kepada pengasuh.
Antara peralatan yang diperlukan selain breastpump ialah:
- 1. Cooler bag
- 2. Ice brick / ice pack
- 3. Storage bottles
Sebelum saya terangkan cara untuk hantar kepada pengasuh, saya nak revise sikit beberapa terms:
- 1. EBM – expressed breast milk (susu ibu yang diperah)
- 2. FRESH EBM – (susu ibu yang baru diperah)
- 3. FROZEN EBM – (susu ibu yang dibekukan)
- 4. CHILLED EBM – chilled expressed breast milk (susu yang disimpan di chiller dan tidak dibekukan).
Saya akan label seperti ini (rujuk gambar dan nota) sebelum hantar kepada pengasuh.
- No. 1 : saya akan beri chilled EBM (kalau ada fresh yang baru perah lebih baik)
- No. 2 : Frozen EBM
- No. 3 : Chilled EBM
- No. 4 : Chilled EBM
Kenapa saya beri chilled EBM lebih banyak? Kerana kandungan nutrien dalam chilled EBM adalah lebih tinggi dari frozen EBM.
Antara peralatan yang diperlukan juga untuk melabel nombor botol susu dan nama anak anda sekiranya pengasuh menjaga melebihi seorang atau di taska.
- 1. Marker/pen
- 2. Sticker
Sebelum susu dipecahkan mengikut sukatan yang diperlukan, dinasihatkan untuk menulis tarikh susu diperah terutama jika mommies menggunakan chilled EBM untuk mengelakkan mommies terlupa atau keliru.
Berdoalah semoga niat mommies untuk menyusukan anak dipermudahkan Allah. Berdoalah semoga bertemu dengan pengasuh yang sanggup untuk menguruskan EBM dan permudahkanlah juga urusan mereka.
Terima Kasih kerana telah membaca artikel ini ! Nak baca artikel lagi menarik? Tips Atasi Masalah Susu Drop klik disini