FEED by Ummi Najla

Assalammualaikum w.b.t
Entry kali ni adalah entry penebusan juga 🙂
Saya pernah janji nak cerita tentang bagaimana saya boleh terlibat dengan bussiness kecil-kecilan saya sekarang ni. Oh sebelum tu, lupa nak beritahu, program Jom Kurus Ikut Cara Saya sudah pun masuk minggu ke-3 secara closed group (ada 7 orang termasuk saya dan datangnya dari pelbagai negeri/tempat; Terengganu, Perak, Johor, Putrajaya, dan Sabah) dan masih berada di fasa yang pertama untuk ahli group ini iaitu fasa mengenali jenis makanan terbaik yang sihat dan cara untuk mengira kalori makanan setiap hari. Cuma saya dan Azira dan proceed dahulu ke fasa yang kedua iaitu workout. Masing-masing sudah mengalami penurunan berat badan dan saya sendiri sudah turun 4 kg dalam masa 3 minggu ini (bermula dengan berat 66 kg dan kini 62 kg). Tapi masih belum capai berat target saya iaitu 57 kg. Hehe.
Kenapa saya buat secara closed group? Sebab terlalu banyak perkara untuk dibincangkan. Jadi saya lebih selesa direct sahaja dengan mereka yang betul-betul berminat. Kalau nak share kat blog pun, saya bukanlah pakar sangat. Banyak blog trainer kat Malaysia ni yang boleh dirujuk. Jadi saya ambil pendekatan secara kecil-kecilan kepada mereka yang berminat untuk kurus secara sihat, without any supplement atau ubat kuruskan badan! Masih breastfeeding? Yes, exactly! Saya masih fully breastfeeding walaupun anak saya sudah pun masuk hampir 17 bulan. Kuruskan badan secara sihat tidak akan menjejaskan kuantiti susu kerana makanan yang dipilih adalah yang terbaik, mengandungi paling banyak nutrien, fiber dan vitamin serta saya sendiri terpaksa minum hampir 3L air setiap hari. Alhamdulillah, hasil perahan tetap maintain dan susu lebih pekat berbanding biasa 🙂
Ok, kembali kepada tajuk entry.
FEED by Ummi Najla adalah nama yang saya pilih selepas 6 bulan mencuba pasaran dengan pemilihan produk yang ingin saya jual. Target market saya tentulah ibu atau bakal ibu yang ingin atau berhasrat untuk meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. 
Hampir 7 bulan yang lalu (dalam bulan Mac tak silap saya), saya secara tak sengaja terjebak dengan kursus perniagaan yang saya tak pernah terfikir atau terlintas untuk libatkan diri. Satu perkara yang saya yakin tentang diri saya  adalah perasaan SIMPATI saya yang akan membuatkan perniagaan saya rugi, bukan untung. Dan rasa itu tetap ada sehingga kini. Pernahlah suatu ketika dulu saya cuba-cuba untuk jual tudung, madu, minuman kesihatan, dan banyak lagi yang saya sudah lupa. Dan seingat saya, kebanyakkan pulangan saya adalah modal semata-mata. Jarang sekali untuk mendapat untung. Jadi, perniagaan adalah suatu yang mustahil untuk saya ceburi walaupun kawan-kawan saya kiri kanan depan belakang berniaga pelbagai jenis produk. Saya tetap tidak berminat untuk menjadi seperti mereka.
Sehinggalah anak saudara saya, Safwah perlukan seseorang untuk menemani dia ke kursus Nasihat Niaga yang diadakan di Bangi, dan saya setuju untuk ikut bukan kerana saya berminat tapi saya risau dia pergi berseorangan. Sewaktu di kursus tersebut, rata-rata yang menghadiri sudah ada perniagaan yang cukup hebat. Dan ada public figure juga yang turut serta dalam kursus tersebut. Sewaktu saya menyalin semua tips yang diberi, saya masih lagi blur langsung tak tahu apa tujuan saya berada di situ. Bila ada yang bertanya saya, apakah jenis produk yang saya jual, saya pantas menjawab, “perkhidmatan mencuci rumah dan tuisyen”. Hahaha!! Rasa kelakar pula bila ingat saya boleh jawab semacam tu sebab saya memang tak ada apa-apa untuk diniagakan pun! Dari pukul 8 pagi sehingga pukul 6 petang kursus, saya masih tak tahu nak jual apa! Nak jual tudung, shawl atau baju, saya bukanlah seorang yang fashionable. Jenis kain pun saya tak kenal! Dan saya pun tak faham kenapa saya boleh berada di kursus itu. Rasa macam sengal sangat (_ _”)
Detik terjebak (oh jerawatku!) Banyak ilmu saya dapat dari sini 🙂
Sehinggalah bila sambungan kursus selepas waktu maghrib, sewaktu penceramah menekankan tentang “penjualan produk yang kita tahu tentangnya, dan pakar tentang produk itu, dan boleh membantu untuk menyelesaikan masalah pelanggan”, saya terus terfikir masalah yang saya selalu alami sebagai seorang ibu yang masih fully breastfeed iaitu “SUSAH NAK JUMPA PERALATAN PENYUSUAN YANG MURAH!”. Itulah masalah saya acapkali sebagai seorang pelanggan. Dan saya terus tanpa membuang masa mencari agent-agent yang menjual peralatan penyusuan dan waktu itu juga di kursus tersebut saya terus menghantar email dan mendaftar sebagai dropshipper dan reseller. Ya, bermula waktu itu! 
Keesokkannya selepas kembali dari kursus tersebut, saya cuba untuk validate produk yang ingin saya jual kepada kawan-kawan ex-ROTU saya dan kawan-kawan sekolah. Validate ni adalah bertujuan untuk mengetahui permintaan pelanggan kepada produk kita (tanpa kewujudan produk itu). Dan malam itu juga, saya terima beberapa mesej yang berminat dengan peralatan penyusuan yang telah saya promote (breastpump, storage bottle, storage bag, cooler bag, etc). Cuak juga bila orang nak beli tapi produk tu tak ada di tangan saya. Mujur saya sudah mendaftar sebagai reseller dan saya mula menjual sebagai reseller selama hampir 6 bulan. Saya mendaftar juga sebagai agent kepada ATZ Care (Autumnz) tapi saya masih takut untuk keluar modal dan saya biarkan diri saya belajar sebagai reseller. Tak perlu keluar modal dan hanya perlu proceed order sahaja. Urusan pengeposan pun tak payah fikir masa tu.
Dan bermula Ogos tahun ini, saya beranikan diri untuk keluarkan modal membeli produk dari supplier (based on permintaan customer sepanjang saya menjadi reseller). Modal saya yang pertama adalah RM700++ dan dalam sebulan saya telah menjual 3/4 daripada jumlah modal ini. Kemudian saya tambah lagi order dalam RM800++ dan hasil jualan semakin meningkat. Dan bulan September juga adalah titik permulaan saya terpaksa atasi ketakutan diri sendiri dengan dunia internet. Saya bina akaun instagram secara public dan juga page di facebook. Saya menggunakan nama FEED by Ummi Najla ini. Saya masih nak kekalkan nama Najla kerana kehadiran Najla dahulu telah banyak mengubah hidup saya kini. Jadi, memandang nama dia setiap kali akan membuatkan saya sentiasa mengingati siapa diri saya dahulu. 
Ni logo sementara. Plan nanti nak tukar. Hihik!
Sekarang saya sudah ada matlamat berniaga secara part-time ini. Matlamat saya adalah untuk menjual produk penyusuan dengan harga yang lebih murah daripada pasaran dan cuba consult ibu-ibu yang perlukan nasihat dan bantuan saya untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun secara percuma. Warna-warni perniagaan ni pelbagai. Dengan karenah customer yang bermacam-macam juga. Paling penting, saya belajar dengan mendalam lagi apa itu erti SABAR. 
Seorang kawan pernah beritahu saya, “Business ni umpama sukan lasak. Kalau hati tisu, jangan sekali-kali terlibat!”. Teringat terus kenangan saya dahulu bila tak sengaja memilih ROTU sebagai pilihan kurikulum saya di universiti. Masa tu saya tak tahu ROTU tu pasukan simpanan bagi askar wataniah. Bila dah terjebak, berkali-kali rasa nak keluar baris (keluar ROTU). Menangis tu tah berapa kali. Tapi dalam menangis tu, saya berjaya juga bersabar hingga ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Sekarang saya dah faham, apa yang kawan saya maksudkan sebagai sukan lasak dalam berbisnes ini. Ya, memang sama! 
Doakan saya istiqamah untuk membantu orang lain dengan perniagaan ini. Sejujurnya, kadang-kadang untung yang saya dapat tak lepas pun nak bayar kos makan tengah hari saya di kantin. Tapi, keseronokan yang saya terima bila customer gembira umpama supplement kepada diri saya sendiri untuk saya kekal bermotivasi. Banyak perkara yang telah saya pelajari. Dari sini juga, segala syarikat pos telah saya kenali semata-mata ingin mencari postage terendah yang akan ditanggung oleh customer walaupun membeli berkilo-kilo barang dari saya :). Semoga saya menempah kejayaan dalam bidang ini. Amin.
Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman saya ini. Berjumpa di lain entry ya. Wassalammualaikum w.b.t. 
p/s: Jangan lupa ‘like’ page saya FEED by Ummi Najla dan ‘follow’ ig saya feedbyumminajla (ig and fb personal, saya tak ready lagi nak share. Sebab banyak gambar peribadi. Hihi… )