You are currently viewing Perlu ke guna warmer? Jom baca

Perlu ke guna warmer? Jom baca

“Perlu ke guna warmer ni, Kak Nad?”

Actually depend pada orang. Macam pengasuh Kak Nad memang suka guna warmer ni.

“Senang, letak awal-awal lepas tu tinggal je. Lepas 10-15 minit susu dah suam. Bila Khadijah nak susu, terus je bagi..”, kata pengasuh Kak Nad.

Satu kelebihan warmer ni ialah dia ada ‘temperature regulating system’. Maksudnya macam ni, bila kita set up pada suhu 40oC untuk panaskan susu dan ‘ON’ warmer, lampu dekat warmer akan hidup. Bila dah capai suhu 40oC, lampu terpadam. Bila suhu turun, lampu on semula. Dan berterusan sehingga susu betul-betul suam.

Kenapa mesti suhu 40oC? Sebab suhu badan manusia ialah 37oC. Biasanya suhu warmer tinggi 3oC sebab konsep sedikit haba akan hilang ke persekitaran. Jadi susu perlu dipanaskan mengikut suhu badan ibu juga. Dan suhu tidak boleh terlalu tinggi. Nanti nutrien dan protein susu termusnah pula.

“Kalau tak nak guna warmer boleh ke Kak Nad?”

Boleh tak ada masalah. Cuma pastikan susu dipanaskan dengan air suam (bukan air panas atas api @ microwave ya). Cuma kena selalu pantau susu dah cukup panas belum, air rendaman tu masih suam atau dah sejuk.

Kalau dah sejuk, kena topup lagi dengan air suam sampailah susu betul-betul cukup suam untuk baby. Tak boleh guna air mendidih tau untuk panaskan. Rosak susu nanti.

Senang cerita, penggunaan warmer ni lebih kepada memudahkan berbanding cara konvensional. Tapi tak salah nak guna cara biasa pun.

Semoga dapat membantu mommies yang keliru sama ada perlu atau tak untuk gunakan warmer.

Salam penyusuan susu ibu dari Kak Nad 
(Admin Feed by Ummi Najla)

Terima kasih kerana membaca artikel kami ! untuk link diatas boleh tekan disini

Menyusu dan kemurungan? Kenali bagaimana ianya berlaku

Klik di link ini untuk artikel diatas