Anda sudah tidak menghasilkan susu namun bercadang untuk menyusukan bayi semula?
Persoalan yang bermain diminda anda pastinya anda tertanya-tanya sama ada masih adakah peluang kedua atau tidak buat anda untuk menyusukan bayi sekali lagi?
Ya sudah tentulah boleh,proses untuk menghasilkan susu semula ini dikenali sebagai RELAKTASI.
APA ITU RELAKTASI?
Relaktasi ialah proses menghasilkan susu semula bagi wanita yang pernah melalui proses penghasilan susu secara semula jadi iaitu Memogenesis,Laktogenesis dan Galaktopoisis.Kata mudahnya wanita yang pernah menghasilkan susu dengan melalui proses hamil dan melahirkan namun tidak berpeluang atau berhenti menyusukan bayinya atas beberapa faktor.Contohnya,
- Ibu atau bayi dipisahkan seawal selepas dilahirkan dan penyusuan susu ibu tidak dimulakan.
- Bayi mengalami keliru puting dan ibu tidak memerah semasa bayi tidak disusukan pada payudara.
- Ibu tidak memerah dalam satu tempoh dan susu sudah tidak terhasil lagi.
APA IBU PERLU LAKUKAN?
Ibu perlu mempunyai matlamat untuk menjayakan proses Relaktasi,iaitu:
1.Menghasilkan susu semula.
2.Menyusukan semula bayi pada payudara.
CARA-CARANYA.
- Untuk menghasilkan semula susu pada payudara Ibu perlu meransang semula payudara sama ada menggunakan kaedah menyusukan bayi secara terus pada payudara, memerah menggunakan tangan(marmet) atau memerah menggunakan pam payudara.
Prolaktin dan Oksitosin,dua hormon yang memainkan peranan penting dalam penyusuan.
Apabila payudara ibu diransang sama ada bayi menyusu atau menggunakan pam, ia meransang rembesan hormon Prolaktin yang bertindak untuk penghasilan susu dalam payudara.Manakala hormon Oksitosin akan meransang pengeluaran susu.Kajian juga menunjukkan lebih kerap ibu mengeluarkan susu,lebih kerap penghasilan susu baru.Justeru disarankan untuk ibu yang mahu Relaktasi untuk memerah setiap 2-3 jam sekali bagi meransang penghasilan susu semula.
- Bagi menggalakkan bayi untuk menyusu semula pada payudara,disarankan untuk ibu melakukan Skin To Skin bersama bayi dengan kerap.Ini akan memudahkan bayi untuk menerima payudara setelah dibiasakan.
- Ibu boleh menggunakan Suplemental Nursing Device(SNS). Caranya,SNS akan dipasangkan pada puting ibu,dalam bekas SNS ibu boleh isikan dengan susu perahan atau susu rumusan.Apabila bayi menyusu pada payudara,bayi bukan saja dapat menghisap payudara yang akan meransang penghasilan susu,malahan bayi juga akan mendapat susu dari tiub SNS.
SNS sesuai digunakan bagi ibu yang masih tiada susu atau dalam fasa meningkatkan susu.Dengan cara ini ibu dapat memastikan yang bayi masih mendapat susu walaupun tubuh ibu masih berusaha untuk menghasilkan susu serta mengelakkan bayi dari kekurangan cecair dalam tubuhnya.
- Bagi ibu yang mencuba untuk Relaktasi digalakkan untuk mendapatkan bimbingan secara terus dari Kaunselor Laktasi.Kaunselor Laktasi akan menyarankan langkah-langkah yang dirasakan bersesuaian dengan situasi ibu serta umur bayi.Usaha diiringi bimbingan yang tepat pastinya tidak membuatkan ibu seperti terkapai-kapai.Hasilnya ibu lebih bersemangat serta penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih cepat jika mendapat panduan yang tepat.
- Penghasilan susu akan mengambil sedikit masa,ibu perlulah bersabar untuk melalui proses penghasilan susu ini.
- Dapatkan persekitaran yang positif,sertailah mana-mana kumpulan sokongan penyusuan yang bersesuaian.Sokongan dan dorongan dari rakan-rakan pastinya dapat membantu ibu dalam proses Relaktasi.