Cara atasi nipple bleb

Cara atasi nipple bleb

Sejak dari Korea hari tu, saya beberapa kali kena blocked duct. Ditambah dengan nipple bleb.

No photo description available.

Berganda sakitnya.Mula-mula memang saya massage dan buat hot compression + marmet. Lama-lama tak tahan juga. Maka pergilah ke farmasi mencari epsom salt.

Saya campur epsom salt dalam air panas sampai larut. Kemudian saya tambah air sejuk sikit untuk bagi larutan suam dan soak cik B dalam mangkuk berisi larutan epsom salt.

(Ratio campuran : lebih kurang dua sudu teh epsom salt + secawan air. Saya buat lebih kurang 2 cawan air + 4 sudu teh). Rendam 10 minit. Sambil rendam sambil massage, sambil compress.

Lega! Rasa ketulan yang besar tadi berkurang.Lepas menyusukan Fatimah, saya cuba ulang lagi tapi dengan cara berbeza. Google tadi dan terjumpa pula inovasi ni.

Image may contain: text that says "e A nad Masrom"

Lebih mudah dan tak basah kuyup 😅Cuma letak larutan epsom salt tadi dalam milk collector kemudian biarkan milk collector ‘bekerja’ sambil saya buat breast compression.Nampak dengan jelas air susu keluar lancar macam air terjun!

Seriously terus lega blocked duct saya. Allahu. Macam ni lah agaknya perasaan mak-mak yang saya selalu attend untuk masalah blocked duct.Patutlah muka diorang berkerut.

Memang sakit rupanya. Bila sendiri rasa, memang berkerut-kerut muka setiap kali nak buat massage.Tapi jujur, epsom salt tu sangat membantu. Mak-mak yang tengah alami blocked duct/nipple bleb tu boleh cuba ya.

At least dapat melegakan rasa sakit dan bantu lancarkan semula aliran susu dengan cepat dan kurang menyakitkan.Saya ada attach video cara nak guna milk collector dengan epsom salt.

https://www.facebook.com/100005863929639/videos/pcb.1038043556401099/1038940332978088

Harap membantu.

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Anda

Leave a Reply