You are currently viewing Suami Tak Sokong?

Suami Tak Sokong?

“Isteri saya struggle sangat nak menyusu.”

“Sampai rambut tak terurus, kain nak terlorot.”

“Saya tak sampai hati tengok isteri saya sampai terpaksa cadangkan dekat dia, beri je susu formula.”

“Isteri encik balas apa?”, tanya saya.“Isteri saya kata, jangan nak mengada-ngada cadangkan dia bagi susu formula.

Sebab dia dah nekad nak bagi susu ibu je”Saya senyum sebab ni bukan kali pertama cerita begini dikongsikan oleh seorang suami.

Kalau selama ni, saya banyak menulis untuk para suami fahami apa yang golongan isteri rasa, perkongsian kali ni mungkin mewakili golongan suami pula.

Isteri hamil suami muntah-muntah | Harian Metro

Seorang isteri merangkap ibu akan cuba untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu. Terasa tak lengkap jika tugas menyusu ini tak dapat ditunaikan sebaiknya.

Sebab itu jangan hairan jika ada ibu-ibu yang boleh meroyan gara-gara tak berjaya menyusukan bayi mereka pada awal kelahiran.Pantang sekali mereka yang tengah berusaha ini disuruh suami untuk beri susu formula.

Disuruh mengalah dengan beri bayi susu formula akan ditafsir isteri sebagai suami tak sokong susu ibu.Tak dinafikan memang ada segelintir suami yang tak ambil peduli tentang keadaan dan perasaan isteri.

Malah ada suami yang meminta isteri menghidangkan makan, menceduk lauk, menyenduk nasi ketika isteri masih 2 minggu berpantang. Kejadian ini saya saksikan sendiri ketika home visit.

Suami Jangan Biar Orang Sekeliling Mencemuh Mengkritik Kelemahan Isteri  Anda Secara Berjemaah

Saya akan cerita lain kali kerana kejadian ini sukar terpadam dari ingatan saya. Sebab saya sendiri melihat kesakitan isteri itu luar dan dalam.

Tapi, masih lagi ada sebahagian besar suami yang sangat kasihkan isteri mereka, berterima kasih kerana telah bersusah payah melahirkan zuriat mereka dan sangat simpati melihat isteri sampai bersakit-sakit ketika menyusukan bayi.

“Kalau isteri saya menyusu rasa sakit kira tak betul ya kak?”, tanya suami ini lagi.“Ya, kita kena betulkan posisi dan lekapan bayi di payudara”, jawab saya sambil membimbing si ibu.

Sebenarnya, suami ini bukanlah tidak mahu menyokong isteri mereka. Cuma mereka sangat simpati dan kasihkan isteri mereka. Mereka tak sanggup lihat isteri dalam keadaan tidak terurus.

Dan ramai suami baru sedar – kesukaran dalam penyusuan itu berlaku kerana kurangnya ILMU.Mereka bukan sengaja mahu beri cadangan kepada isteri supaya mengalah dan beri bayi mereka susu formula.

Tapi mereka sebenarnya sudah habis cara nak hilangkan serabut dek kerana bayi yang menangis tidak berhenti. Rupanya bukan masalah penyusuan, tapi masalah tangisan bayi yang belum difahami.

Jadi ibu-ibu semua, bersyukurlah jika suami sangat menyokong dan memahami perjuangan kalian dalam penyusuan susu ibu.Alhamdulillah, hari ini semakin ramai suami yang memahami keadaan isteri yang bekerja sambil menyusukan bayi.

Bila bekerja, perlu memerah di tempat kerja.Bila menyusu adakalanya perlu menyusu di tempat awam juga.

Ramai suami yang semakin terbuka dan tidak menghalang isteri untuk memerah susu malah dibelikan lagi keperluan buat isteri seperti breastpump, nursing cover, handsfree dan lain-lain untuk kemudahan isteri.

Maafkan khilaf suami jika mereka tak sengaja tercadang sesuatu yang menyakitkan hati. Sebenarnya mereka cuma simpati dan tak tahu tentang selok belok dunia penyusuan yang mencabar buat ibu-ibu menyusu.

Ajaklah suami untuk gali ilmu penyusuan bersama dari terus menyalahkan mereka tidak menyokong. Boleh lihat komen untuk kelas penyusuan yang ada.

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo