You are currently viewing Tips Suami Sokong Isteri

Tips Suami Sokong Isteri

Tips Suami Sokong Isteri

Seorang isteri perlukan suami yang sentiasa menyokongnya untuk terus bersemangat dalam kehidupan harian terumatanya selepas melahirkan anak .

• Sokongan suami juga sangat di perlukan bagi ibu berhadapan dengan saudara-mara yang tidak positif dengan penyusuan ibu.

• Suami dapat mempertahankan keputusan yang diambil oleh mereka suami isteri bagi menyusukan anak.

• Jangan biarkan isteri keseorangan semasa menjawab segala persoalan yang mungkin diutamakan oleh mereka yang tidak arif berkaitan dengan ilmu penyusuan bayi.

• Ada kalanya semangat ibu mungkin berkurangan kerana pelbagai masalah. Beri ruang kepada para isteri untuk dirinya sendiri dengan mengambil alih tugas menguruskan anak.

Bercinta dengan suami orang? Berani betul… | Geng Borak

Cara bagi sentiasa menyokong isteri:

• Bersedia mendengar luahan hati isteri dan yakinkan kepadanya yang anda berada disisinya tidak kira susah ataupun senang.

• Tiupkan semula semangat kepada dirinya dengan mengingatkan kembali saat-saat manis menyusukan anak.

• Nyatakan keyakinan kepada isteri yang dia mampu memberikan yang terbaik untuk bayi anda.

• Membantu menguruskan si kecil terutama pasa awal-awal pagi sama ada isteri bekerja ataupun tidak.

• Membantu menyediakan peralatan memerah susu yang mahu dibawa isteri ke pejabat pada waktu malam ataupun awal pagi sebelum isteri pergi kerja.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para suami. Sumber penulisan ini dapat daripada buku Anak hebat dengan Susu Ibu.

Penulisan ini telah diambil di facebook page FEED BY UMMI NAJLA dan dikredit oleh Nad Masrom .

Untuk melihat artikel yang lebih banyak tentang ilmu penyusuan bayi boleh tekan di sini