You are currently viewing Punca bayi keliru puting?

Punca bayi keliru puting?

Di saat orang lain sedang sibuk menguli tepung untuk buat kuih raya, saya masih lagi sibuk ‘menguli’ untuk keluarkan susu. Menghampiri raya ni, saya dapat banyak permintaan ibu-ibu dalam pantang untuk home visit.

Tak sampai hati nak tolak sebab fikirkan keadaan ibu yang stress dan sakit. Dua masalah yang dihadapi ibu-ibu ini:

1. Bayi keliru puting

2. Blocked duct (dan nipple cracked juga)Punca bayi keliru puting?

Lepas ibu bersalin, ibu rasa susu tak ada. Jadi ibu beri susu formula menggunakan botol. Bila bayi dah terima botol di usia kelahiran yang masih awal, bayi cenderung alami keliru puting dan seterusnya menolak untuk menyusu di payudara ibu.

Analogi bayi keliru puting ni macam kita yang dah selesa bawa kereta auto dan kalau disuruh bawa kereta manual, malas je rasanya sebab dah biasa dengan benda mudah.Jadi, untuk bantu bayi menyusu semula, saya bantu bimbing ibu untuk buat ‘oral stimulation therapy’.

Bila saya picit payudara ibu, keluar cecair jernih pekat seperti gam. Saya beritahu ibu itu kolostrum. Ibu yang selalu fikir susu mesti berwarna putih sangkakan susu tiada sebab tak tahu tentang keadaan kolostrum yang pelbagai warna.

Ada kes lain, disebabkan bayi dah keliru puting, ibu mengepam untuk keluarkan susu. Hasil teknik pam yang salah, puting ibu merekah dan liang susu tersumbat yang sangat teruk.

Dan ada juga kes yang menyebabkan ibu alami blocked duct kerana posisi pegangan sewaktu menyusu yang tidak betul.Bila posisi penyusuan tidak betul, lekapan mulut bayi tidak betul dan menyebabkan pengeluaran susu tidak optimum.

Dah dapat blocked duct, puting melecet pula!Akhirnya ibu trauma.Nak tak nak, ibu kena tahan sakit juga bila saya bantu untuk buat cold compression dan keluarkan susu tersumbat.

Selepas tu, saya ajar ibu buat perahan tangan untuk keluarkan susu.Banyak cabaran yang perlu dihadapi ibu-ibu ini dalam menjayakan penyusuan pada peringkat awal kelahiran.

Apatah lagi jika ibu dipaksa untuk berikan bayi selain susu ibu dalam kondisi bayi tidak bermasalah dan diberikan pula kuantiti yang sangat banyak melebihi saiz perut bayi yang masih kecil.

Gambar di bawah ni ialah hasil perahan tangan untuk salah seorang ibu yang alami blocked duct. Ibu oversupply. Memang seronok nampak susu banyak macam ni kan?

No photo description available.

Tapi bila tengok keadaan ibu yang merintih sakit, seronok tu jadi suatu mimpi ngeri bagi mereka. Yang pernah alami sahaja akan memahami rasa sakit itu.

Sakit Payu Dara – Dr R Juhaidah Blog

Saya doakan ibu-ibu yang baru bersalin atau bakal bersalin, dapat mengharungi cabaran awal penyusuan selepas kelahiran.Bertindak awal untuk meminta bantuan sebelum keadaan melarat.

Sebelum berputus asa, berdoalah semoga Allah tunjukkan jalan.

Salam ramadan 28 ❤️

#FeedbackBreastMassageFeedbyUmmiNajla

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Anda #nadbreastfeedinginfo