You are currently viewing BAYI TIBA-TIBA TAK NAK MENYUSU PADA USIA 3 BULAN

BAYI TIBA-TIBA TAK NAK MENYUSU PADA USIA 3 BULAN

BAYI TIBA-TIBA TAK NAK MENYUSU PADA USIA 3 BULAN

Image may contain: text that says "Asalammualaikum baby saya baru berusia 3 bln 12 hari.. Tapi dalam seminggu di siang hari die refuse utk direct feed. Dan dia lbh suka menghisap jari2 nye.. Dan ada bila di offerkn breast dlm posisi dia lbh kan menghisap jari2 nya.. Bila di berikan breast dia menghisap adalah dalam seminit 2 dan dilepaskn.. akan suakan beberapa kali kali la juga baby saya menghisap kejap dan melepaskannya.. masanye dia menghisap seperti dlm keadaan menengang2 kan kakinya... Saya da mn nak cuba direct feedkan baby.. Saya tidak bekerja dan sblm ini memang df shj sepanjang masa.. TUE 8:36 PM Aa"

Kerapkali ibu menyusu mengadu, bayi tiba-tiba tolak payudara pada usia 3 bulan. Kenapa ia berlaku?- Keliru puting?- Nursing strike?Rata-rata akan beri pendapat yang bayi alami masalah nursing strike.

Ok sebelum saya teruskan, kita fahami dulu apa itu nursing strike atau mogok menyusu. Nursing strike berlaku bila bayi yang sebelum ini menyusu dengan baik dan tanpa masalah kemudian dengan tiba-tiba tolak payudara dengan sebab yang kita sendiri tidak pasti.

Adakah kerana keadaan ibu dalam cuti bersalin atau berpantang dah TAK SAMA dengan keadaan ibu yang sekarang? Dulu bau masam, sekarang bau wangi? Atau mungkin ibu sudah bertukar sabun, deodorant atau shampoo yang memberi bau yang berbeza?

Mungkin ya. Terlalu banyak faktor yang boleh menjadi punca. Perubahan ketara ibu juga boleh jadi faktor bayi mogok menyusu.Tetapi kenapa kerap bayi alami masalah ini ketika fasa memasuki usia 3 bulan? Kerana ia ada kaitan dengan perkembangan mental bayi.

Saya bukanlah orang yang selayaknya bercakap tentang ‘mental leap’ atau perkembangan mental bayi. Boleh rujuk kepada mereka yang lebih pakar tentang Infant Mental Health. ? Cuma secara ringkasnya saya nak jelaskan yang ibu-ibu tak perlu terlalu bimbang selagi bayi dalam keadaan sihat

Jangan Biarkan Bayi Menangis Terlalu Lama. Ini 6 Bahayanya

Ya, saya akui ramai yang akan berasa sedih dan sukar untuk terima hakikat bila di’reject’ oleh bayi sendiri. Saya sendiri lalui pengalaman yang sama dengan Fatimah ketika dia berusia 3 bulan lebih.

Dari situlah saya mula belajar mengapa anak saya alami ‘nursing strike’. Anehnya, bila diberi botol bayi elok je menyusu. “KELIRU PUTING DAH TU!”- kata si polan. Maka ibu yang terkial-kial mencari jawapan jadi lebih keliru. Diajar botol selepas usianya 30 hari.

Kenapa tiba-tiba keliru puting sedangkan sebelum ini bayi menyusu tanpa masalah di payudara.Percayalah pada usia 3 bulan ini, bayi telah mula merasakan banyak sensasi.

Kalau sebelum itu bayi tak pandai nak mengawal pergerakannya sendiri, tapi memasuki fasa ini, bayi mula belajar mengawal pergerakan tangannya, mata dan lain-lain.

Kalau usia di bawah 3 bulan, kita seringkali lihat tangan dan kaki bayi bergerak-gerak tanpa henti kerana ‘involuntary movement’ – pergerakan yang belum boleh dikawal sepenuhnya oleh bayi.

Memasuki usia 3 bulan ini, bayi sudah boleh melihat pergerakan objek atau berpaling ke arah bunyi. Bayi sudah boleh menggerakkan jarinya dengan lebih terkawal dan mula menghisap jari tanpa terlepas.Banyak proses tafsiran otak yang berlaku.

Jadi, bertenanglah ibu-ibu. Jangan dipaksa bayi untuk menerima payudara serta merta.Jika bayi lebih mudah menerima botol ketika ini, janganlah terus menjatuhkan hukum bayi sudah mahu ‘wean off’ atau keliru puting.

Sudah tentu mekanisme minum susu melalui botol itu tidak sama dengan penyusuan secara terus di payudara yang melibatkan banyak proses; menghisap, menggerakkan lidah, menelan dan lain-lain. Jadi tidak perlulah ibu-ibu berputus asa dan mengambil keputusan untuk berikan bayi botol sahaja.

Biasanya bayi tidak menolak secara terus. Bila kurang awas/mamai, bayi masih lagi boleh menyusu macam biasa. Seperti ibu dalam mesej ini, yang bayinya hanya menolak payudara pada waktu siang.

Ibu bertenang dan cubalah perhatikan perubahannya. Adakah bayi masih dalam keadaan sihat dan gembira? Jika ya, ibu tak perlu terlalu bimbang.

Bermainlah dan bercakap-cakap dengan bayi. Bayi juga sudah ada sensasi perasaan. Sedih, rindu, gembira semuanya sudah dirasakan bayi.✅ Selepas tempoh tertentu, bayi akan menerima payudara semula dengan baik.

Dengan emosi yang tenang, lebih mudah untuk kita memahami tingkah laku bayi dan mengelakkan kita rasa kecewa atau putus asa.Untuk maklumat lanjut tentang INFANT MENTAL HEALTH ini, rujuklah kepada mereka yang lebih pakar ?.

Nak lebih banyak tips penyusuan percuma, klik link untuk join:

bit.ly/feedbymomma#LIKE post ni dan #SHARE post ini supaya lebih ramai yang akan dapat manfaat.

#TAG kawan-kawan menyusu mommies yang perlukan ilmu ini.

Nad Masrom Certified Lactation Counselor Facilitator Art Therapy in Breastfeeding, Founder Feed by Ummi Najla.