Bagus ke bengkak susu
“Bagus ke bengkak susu?”Bagi sesetengah ibu, bengkak susu sangat ditunggu-tunggu kerana mereka percaya bengkak susu bagus bagi ibu-ibu menyusu.
Mitos; PAYUDARA BENGKAK = SUSU BANYAK At that moment, memanglah nampak hasil perahan mommies banyak bila mommies biar breast penuh melebihi 3-4 jam. Tapi susu yang akan lebih banyak terhasil waktu tu ialah foremilk (susu yang lebih cair) berbanding hindmilk (susu yang mengandungi lemak yang tinggi).
Dan breast mommies pun akan terima banyak hormon FIL (feedback inhibitor lactation) yang akan mengurangkan penghasilan susu pada waktu2 berikutnya.
Dan lama2 penghasilan susu akan berkurang kerana otak detect demand berkurang bila mommies sengaja atau mungkin tak sempat nak perah dalam jarak masa yang lama.
Mommies yang direct feeding, pastikan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga tempoh yang secukupnya sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi. Ini adalah penting supaya bayi mendapat hindmilk yang mencukupi. Tempoh 5-8 minit pertama, bayi akan mendapat foremilk.
Dan hindmilk akan keluar selepas 8-10 minit. Hindmilk mengandungi molekul lemak yang lebih besar, kerana itu hindmilk lebih lambat keluar kerana ‘memberi laluan’ kepada molekul susu lain yang lebih kecil untuk keluar dahulu.
Kandungan laktosa untuk kedua jenis foremilk dan hindmilk adalah sama.Untuk mommies yang bayi mempunyai masalah kenaikan berat (tidak ada masalah poor latching, tongue tie, etc).
Pastikan mommies menyusu di sebelah payudara lebih lama sebelum bertukar ke payudara satu lagi agar bayi mendapat hindmilk yang mencukupi.Jadi bengkak susu bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu.
Kerana bila mommies biarkan payudara penuh melebihi jarak masa yang sepatutnya, penghasilan susu akan berkurang pada masa akan datang.
Lebih merisaukan bila susu yang mengandungi lemak yang tinggi tidak dikeluarkan dengan baik, kandungan lemak akan berkumpul dan menjadi ketulan besar (galactocyst) dalam payudara mommies.
Dan mommies akan rasa sakit serta kurang selesa bila keadaan ini berlaku.Jadi, pastikan breast dikosongkan setiap 3-4 jam ya mommies. Jangan tunggu bengkak baru nak perah ya. Ingat tau!
Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada para ibu yang sedang menyusukan anak .
Penulisan ini dihasilkan oleh Puan Nad Masrom