You are currently viewing BAYI 5 BULAN TIBA-TIBA TAK NAK MENYUSU?

BAYI 5 BULAN TIBA-TIBA TAK NAK MENYUSU?

BAYI 5 BULAN TIBA-TIBA TAK NAK MENYUSU?Perkongsian saya yang lepas ada cerita tentang mengapa kebanyakan bayi yang memasuki fasa 3 bulan alami nursing strike. Boleh baca sini nanti:

https://www.facebook.com/1790216991196931/posts/2583870918498197/

“Tapi kenapa anak saya yang dah 5 bulan tiba-tiba tak berminat nak menyusu?”, tanya seorang ibu.Biasanya ketika usia ini bayi sudah memasuki fasa perkembangan mental yang ke-4 iaitu sekitar minggu ke-19.

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam, Kembung Perut & Susah Tidur. Ibu Hamil  Pun Elok Amalkan - Pa&Ma

Kebanyakan bayi akan masuk dunia kejadian – world of event. DUNIA KEJADIAN : ada PERMULAAN dan PENGAKHIRAN.

Contoh:KEJADIAN : bola getah yang dijatuhkan. PERMULAAN: bola getah jatuh dari atas.PENGAKHIRAN: bola getah jatuh ke bawah dan melantun semula ke atas (turun naik).

Bayi tidak tahu apa yang akan berlaku bila bola getah itu MULA dijatuhkan. Bila melihat konsep kejadian (permulaan dan pengakhiran), bayi akan cuba memahami dunia kejadian ini. Dan pada fasa ini, bayi akan mula bereksperimen.

Bayi akan cuba memegang objek di tangannya, kemudian belajar bagaimana melepaskannya ke tangan yang lain. Tindakan sederhana ini, yang kita lakukan berkali-kali sehari tanpa berfikir, adalah kompleks dan merupakan cabaran penting bagi otak bayi yang sedang berkembang.

Bayi akan mahir menghisap jari untuk tenangkan diri dan menolak botol atau payudara bila kenyang. Rutin tidur bayi juga akan terganggu kerana bayi sibuk ‘menjelajah’ sesuatu konsep.Kebanyakan ibu-ibu akan nampak bayi terganggu dari segi penyusuan dan kualiti tidur.

Yang nak menyusu direct, tiba-tiba tak nak menyusu direct. Biasanya keadaan ini tak berlanjutan lama. Dalam kesibukan bayi memahami sesuatu kejadian yang berlaku, rutin tidur dan penyusuan perlu diamalkan secara konsisten.

Menurut Puan Uswatun Hasanah, Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi, rutin tidur yang boleh dilakukan ialah SIRI 20-30 minit sebelum tidur seperti urutan ringkas➡️bed time story ➡️susu ➡️nyanyi lagu/zikir➡️tidur.

Cara Membuat Bayi Tidur Nyenyak Dan Tak Ganggu Tidur Malam Anda |  theAsianparent Malaysia

Dan sebagai seorang kaunselor laktasi, saya menasihatkan agar ibu-ibu tidak perlu memaksa bayi menyusu di payudara ketika bayi menolak .Bermainlah bersama dengan bayi seperti permainan cak cak.

Bila bayi lapar dan sudah habis ‘menjelajah’, suakan payudara kepadanya tanpa paksaan. Bayi akan memahami dengan lebih baik semua kejadian ini.

Jadi, chill sahaja.Tak perlu bimbang kerana bayi adalah anak manusia yang kemahiran kognitifnya sedang berkembang. Percayalah, bayi tidak akan pernah melupakan cara untuk menyusu di payudara kerana itu ‘habitat’ semula jadi anak manusia sejak lahir.

#SHARE post ini dan #TAG kawan-kawan menyusu mommies yang perlukan ilmu ni.

#LIKE post ni dan enjoy your breastfeeding journey mommies

Nad Masrom Certified Lactation CounselorFacilitator Art Therapy in BreastfeedingFounder Feed by Ummi Najla