PENYUSUAN KETIKA BENCANA (BANJIR)
Penyusuan susu ibu adalah pemakanan paling selamat kepada bayi ketika bencana (banjir). Ibu perlu diberi keyakinan dan sokongan untuk meneruskan penyusuan susu ibu tanpa perlu menggantikan dengan susu formula.
Bagi ibu-ibu yang memberikan susu formula kepada bayi mereka, disarankan oleh WHO untuk memberikan susu khas bayi yang tersedia untuk diminum kerana kesukaran mendapatkan sumber bekalan air yang bersih bagi membancuh susu formula.
Antara bantuan yang boleh diberikan oleh NGO kepada ibu ketika banjir:
– Kain sarong (kain penutup untuk ibu menyusu dengan selesa seperti nursing cover)
– Makanan tinggi tenaga- Makanan penggalak susu- Air/minuman- Tempat tertutup untuk ibu menyusu
– Sokongan untuk meneruskan penyusuan, Ketika banjir 2014, UNICEF Malaysia telah membekalkan 100 ribu pack biskut tenaga tinggi dan berkhasiat untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan anak-anak.
Biskut tenaga tinggi ini juga mampu menggalakkan penghasilan susu ibu ketika banjir.Kerapkan penyusuan secara terus (direct feeding) dan mengurangkan penggunaan botol kerana botol boleh menyebabkan jangkitan kuman sekiranya tiada sumber air yang bersih untuk mencuci.
Bagi ibu-ibu yang selamat dari bencana dan berhasrat untuk menyusukan bayi semula, boleh lakukan relaktasi sebagai langkah persediaan mengadakan semula susu (jika ibu dah berhenti menyusu).
Boleh rujuk link ini untuk TIPS RELAKTASI:
https://www.facebook.com/1790216991196931/posts/2780009082217712/
Semoga semua urusan ibu dipermudahkan.
#SHARE post ni dan #TAG kawan-kawan menyusu mommies.
Sumber dari: Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman (salah seorang NGO yang samgat aktif membantu ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan ketika bencana)
Nad Masrom, Kaunselor Laktasi