You are currently viewing Kenapa susu ibu buat bayi excited?

Kenapa susu ibu buat bayi excited?

Kenapa susu ibu buat baby excited bila nampak mak dia?

Suami beritahu, Fatimah kalau nampak ibu dia macam nampak ayam goreng panas. Muka teruja sambil senyum sampai ke telinga. Tangan dan kaki mesti tergedik-gedik minta diambil cepat.

Muka tersengih dia tu.. adohaiii, mak nak tersandar baring pun tak jadi lerrrr. Memang cair habis!Terpaksa mengalah kat pandangan mata dia yang berkaca-kaca tu walaupun sekarang Fatimah siap bagi pakej ‘tarik + rentap + lepas’ kat ibu dia.

No photo description available.

Haha! Ajaibnya susu ibu ialah rasanya berubah setiap hari mengikut pemakanan ibu itu sendiri. Sebab tu jangan pelik bila baby suka sangat nak menyusu bila nampak ibu dia (walaupun sebelum tu baru je menyusu sebotol).

Sebab dia excited nak cuba ‘flavour’ baru susu ibu dia. Kita pun excited setiap hari kalau nampak menu makanan berbeza kan? Samalah juga anak-anak kita yang excited nak rasa ‘menu’ berlainan dari susu ibu dia sendiri.

Image may contain: 1 person, smiling

Allah kurniakan setiap anak manusia itu dengan deria rasa yang unik. Bayi telah belajar mengenal rasa makanan dari dalam kandungan lagi.

Apa yang ibu makan dapat ‘dirasai’ oleh bayi melalui kicipan air ketuban yang masuk ke mulut bayi.Selepas dilahirkan, bayi mula belajar mengenal rasa itu melalui susu ibu.

Dan kalau mommies perhatikan, apa yang mommies suka makan selalunya sewaktu mengandung atau menyusu, juga akan digemari oleh anak kita nanti.

Nak ajar anak suka makan sayur pun lebih mudah bila perkenalkan dengan sayur yang biasa dimakan oleh kita sendiri.

“The unique way to make your offspring more likely to eat vegetables – BREASTFEED THEM”

So mak-mak pula macam mana? Ada tak yang alami pengalaman macam ni?

Nad Masrom

Kakak Susu merangkap ayam goreng Fatimah

#nadbreastfeedinginfo