You are currently viewing NAK TIPS SUSU MERIAH DAN PEKAT?

NAK TIPS SUSU MERIAH DAN PEKAT?

Soalan ‘tips susu meriah’ dan ‘macam mana nak pekatkan susu’ selalu diajukan. Dalam konsep penyusuan, 2 perkara asas perlu difahami iaitu DEMAND (permintaan) dan SUPPLY (pengeluaran/penghasilan). Semakin tinggi DEMAND, maka semakin tinggi SUPPLY.

No photo description available.

Faktor peningkatan demand dan supply bergantung kepada:

1.Berapa kerap ibu menyusui bayinya?Semakin kerap ibu menyusui bayinya, semakin tinggi hormon prolaktin, semakin banyak susu akan dihasilkan (banyak tu bukan bermaksud penuh botol.

2oz pun dikira banyak jika bayi masih lagi pada peringkat awal kelahiran dan berkadaran dengan jumlah yang diperlukan melalui penyusuan direct).

Image result for susu ibu

Susu tak ada lepas bersalin? Baca sini nanti ➡️https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/2047913858760575

2.Berapa kerap ibu memerah?Semakin kerap ibu memerah, semakin tinggi hormon prolaktin, semakin banyak susu akan dihasilkan. Ibu yang bekerja dan terpisah dengan bayi, susu hanya dikeluarkan melalui perahan.

Susu nampak banyak bila memerah tanpa bayi di sisi kerana susu ibu yang ‘terkumpul’ dalam satu tempoh tertentu (seperti 3-4 jam sekali), berbanding menyusui bayi yang lebih kerap.

Digalakkan untuk ibu bekerja memerah dalam tempoh 3-4 jam sekali. Boleh baca cadangan jadual mengepam untuk ibu bekerja di sini ➡️https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/1842823575936272:0

3. Berapa kerap susu dari payudara dikeluarkan (melalui penyusuan atau perahan)?Lagi kerap ibu memerah dan menyusui bayi dalam sehari, maka lagi tinggi hormon prolaktin, lebih banyak susu yang akan dihasilkan.

Cuba campur total perahan sehari, banyak sebenarnya yang ibu dapat. Boleh baca cara nak kira hasil perahan di sini ➡️https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/1816834678535162:0

4. Adakah ibu telah beri susu gantian atau formula kepada bayi?Kalau jawapan ibu YA, maka demand bayi kepada susu ibu telah berkurang. Jika ibu tidak memerah atau tidak menyusui bayi dengan kerap, penghasilan susu akan drop.

Jadi macam mana nak tingkatkan semula? Baca tips di sini ➡️https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/1887087114843251

5. Adakah ibu terskip jadual memerah (ibu bekerja) atau ibu terskip penyusuan dengan bayi?Jika jawapan ibu YA, maka demand untuk susu dikeluarkan telah berkurang. Maka penghasilan susu akan berkurang juga.

Image result for working mom

Contoh ibu bekerja dari pukul 8.00am – 5.00pm tapi ibu hanya sempat mengepam pukul 1pm (sekali sehari sahaja). Kemudian balik rumah ibu beri bayi susu formula dan menyusukan bayi hanya waktu tidur sahaja.

Jadi bayangkan ibu tak keluarkan susu dari pagi dan perah sekali (tengah hari) kemudian biarkan pula sampai petang ke malam.Maka otak akan ‘set’ semula hormon prolaktin untuk dirembeskan ikut berapa kali je ibu PERLU untuk susu dikeluarkan.

Kalau ibu perlu keluarkan banyak, kerapkan perah/menyusu, maka BANYAKLAH susu akan dihasilkan. Jika ibu tak keluarkan susu dengan kerap, maka SIKITLAH susu akan dihasilkan.

Bila dah drop nak buat apa? Rujuk point no. 4 semula

Untuk info tambahan:

Tips nak banyakkan susu, baca link ini ⬇️https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/1954335251451770

Tips power pumping, baca link ini ⬇️

https://www.facebook.com/notes/feed-by-ummi-najla/power-pumping/1844860945732535/

Fasa-fasa penghasilan susu ibu, baca link ini ⬇️https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/2048415222043772

KESIMPULANNYA, BAGAIMANA NAK DAPAT SUSU MERIAH DAN PEKAT?1. BACA SEMUA POINT DI ATAS (WAJIB, TAK ADA SHORCUT ?. ILMU FREE KALAU TAK NAK BACA, RUGI)

2. Kerapkan penyusuan atau perahan.

3. Lakukan power pumping (jika perlu terutama ibu yang dalam fasa relaktasi, atau sedang alami kemeruduman susu yang sebenar- bukan yang ibu salah sangka sikit).

4. Lagi kerap susu dikeluarkan, maka lagi pekatlah susu akan dihasilkan.✅ Nak lebih banyak tips penyusuan percuma?

Join support group kami di bit.ly/feedbymomma#LIKE post ni dan #SHARE supaya lebih ramai mommies yang dapat manfaat.

#TAG kawan-kawan menyusu mommies sekali ya.

Salam penyusuan susu ibu dari,Nad Masrom ,Certified Lactation Counselor Facilitator Art Therapy in Breastfeeding Founder Feed by Ummi Najla