Nilai penyusuan susu ibu?
Memang tak ternilai. Tapi susah nak terangkan bagi yang tak faham atau tak nampak tentang nilai ni. Bila anak sakit, demam, atau batuk, maka soalan yang akan diajukan pada ibu-ibu ini, “aik, anak minum susu ibu pun sakit?”
Hari ni saya bukan nak bercakap tentang anak minum susu ibu akan sakit atau tak, tapi saya nak berkongsi tentang NILAI penyusuan susu ibu yang saya belajar dari Khadijah secara tak sengaja.Khadijah memang tak gemar mewarna (macam saya dulu masa kecil).
Jika diberi pilihan antara mewarna dan mengemas barang permainan, Khadijah akan pilih mengemas.Cuma hari ni saya cuba pujuk Khadijah untuk sudahkan juga tugasan mewarna. Biasanya Khadijah buat separuh jalan sahaja.
Macam biasa lepas 10 minit, Khadijah dah tak berminat teruskan. Saya pujuk lagi, tapi Khadijah buat acuh tak acuh sahaja.Saya cuba nampakkan nilai yang baik pada Khadijah.
Bukan reward permainan baru atau berikannya ais krim, tapi nilai hasil mewarna tu bila diberi kepada ayahnya, orang yang paling dia sayang.Macam tak percaya, Khadijah teruskan mewarna. Saya bantu awal-awal sahaja waktu Khadijah nak putus asa.
Lepas tu Khadijah sudahkan sampai siap. Then seperti yang dijangka, lepas siap tugasan mewarna Khadijah berlari berikan gambar itu pada ayahnya.
Sama juga dengan perjuangan penyusuan susu ibu, saya sendiri akui tak mudah untuk teruskan hingga ke penamat. Banyak sebenarnya perkara yang ‘tak minat’ untuk dilakukan setiap hari selama lebih kurang 730 hari (2 tahun).
Nak menyediakan alatan mengepam, menjaga jadual memerah, mencuci segala parts breastpump dan botol, menguruskan susu perahan, bekalkan susu perahan pada pengasuh, pengasuh mengadu susu tak cukup, puting melecet, puting luka kena gigit, puting berdarah, breast bengkak tersumbat, stok susu menyusut dan macam-macam lagi yang tak indah untuk dibayangkan.
Tapi… Bila kita cuba bayangkan NILAI yang hanya kita sendiri tahu dan faham apa yang bakal kita perolehi nanti, semua tu berlalu bagai angin lalu.Tiba-tiba macam tak percaya dah 2 tahun. Eh eh, rasa macam nak mengandung lagi.
Rasa nak lalui lagi pengalaman melahirkan dan menyusukan.Tah mana rasa serik sebelum ni.Tah macam mana boleh terlupa gaya sendiri yang macam mak lampir masa berpantang.NILAI bagi setiap ibu itu subjektif.
Ada yang berjuang untuk bonding, ada yang berjuang kerana nak anak sihat, ada yang berjuang kerana sedar ia adalah TANGGUNGJAWAB.Saya tak judge ibu yang TAK berjaya menyusukan anak dengan susu ibu.
Pada saya, kalian bukanlah ibu yang gagal sebab setiap ibu sentiasa ingin berikan yang terbaik.Cuma kalian KURANG ILMU sahaja. Sekali lagi saya tekankan, ILMU.
Walaupun penyusuan susu ibu ini suatu fitrah, tapi dengan kekangan pengetahuan yang kita ada menjadikan ia sesuatu yang agak sukar bila mencuba tanpa ilmu.Tak kiralah anak berapa pun yang kita ada, pengalaman penyusuan itu boleh jadi berbeza-beza dan tak sama.
Terlalu biasa bagi saya bila jumpa ibu yang berjaya kali pertama tapi gagal untuk anak yang berikutnya.Bila mengenangkan tentang NILAI yang kita akan perolehi, maka kita akan menyediakan diri dengan ilmu supaya perjuangan ini tidak terhenti di tengah jalan.
Untuk yang belum berjaya, masih belum terlambat untuk menimba ilmu. Teruslah menggali selagi mahu. Mungkin ilmu ini bukan terpakai untuk kita lagi, tapi anak cucu nanti, mana kita tahu?Sekadar berkongsi ilmu.
P/s: Maafkanlah kalau lakaran Pony tu tak semengga mana. Maklumlah tangan kaku ibunya yang melukis. Hehe.
Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Anda