You are currently viewing Kelenjar Montgomery.

Kelenjar Montgomery.

Pernah anda perasan terdapat benjolan kecil seperti jerawat putih di kawasan hitam payudara(areola) anda?Jangan panik,benjolan kecil ini dikenali sebagai Kelenjar Montgomery.

Kelenjar Montgomery terletak di sekitar areola dan puting payudara.Ia akan lebih jelas kelihatan semasa anda sedang haid atau hamil.Dikatakan setiap areola mempunyai sekitar 9 hingga 28 benjolan kecil ini,bilangannya berbeza mengikut individu.

Fungsi utama Kelenjar Montgomery ialah untuk merembeskan sejenis cecair atau minyak yang berfungsi untuk melembapkan puting serta areola dan menghindarkan kawasan ini menjadi kering.

Minyak ini juga mempunyai fungsi seperti pembasmi kuman bagi mengekalkan permukaan payudara sentiasa dalam keadaan bersih.Nah,disebabkan itu anda tidak perlu mencuci payudara sebelum menyusukan bayi!

Elakkan mencuci payudara dengan sabun semasa mandi kerana ia boleh menyingkirkan minyak ini dan menyebabkan kulit payudara menjadi kering.

Selain itu,ahli sains berpendapat cecair yang dirembeskan ini juga mempunyai bau yang seakan sama seperti bau air ketuban.Bauan ini meransang bayi untuk kearah payudara bagi mendapatkan susu.Ia sangat membantu bagi proses menyusukan bayi sejurus dilahirkan memandangkan bayi dilahirkan dengan deria penglihatan yang sangat terhad.Menarikkan fakta ini?