Minyak sawit merah adalah minyak kelapa sawit yang berwarna kemerahan jingga dan kaya dengan bahan karotenoid dan antioksidan. Selain daripada itu ia juga kaya dengan vitamin A. Golongan ibu hamil dan menyusu disarankan untuk mengambil minyak sawit merah ini sebagai diet harian untuk mengurangkan risiko kekurangan vitamin A dan anemia pada ibu serta bayi (Radhika et. al, 2003).
Salah satu minyak sawit merah yang ada di pasaran ialah minyak sawit merah Harvist dan saya sangat suka menggunakan Harvist Infused Extra Red Palm Oil iaitu Garlic Infused Oil dan Chili Infused Oil sebagai penyedap makanan. Terasa bawang putihnya dan kepedasan cili bila dijadikan penyedap makanan terutama bila dicurah atas salad atau ikan panggang menjadikan menu makanan ibu berpantang tidak membosankan.
Terdapat pelbagai khasiat yang boleh diperolehi daripada minyak sawit merah yang bukan sahaja digunakan sebagai minyak masak, tetapi sebagai rumusan penting dalam mengekalkan kesihatan golongan ibu terutamanya.
Minyak sawit merah mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting yang larut dalam lemak seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), dan E (Sommer et.al, 2012). Minyak sawit merah kaya dengan beta karotene iaitu sejenis antioksidan yang membantu menguatkan sistem imun badan (Georg et al., 2001)
Kandungan vitamin A dalam minyak sawit merah Harvist adalah tinggi di mana 1 sudu makan minyak sawit merah bersamaan dengan 1 biji saiz sederhana lobak merah. Pengambilan minyak sawit merah oleh ibu menyusu dapat meningkatkan kandungan vitamin A dalam susu ibu dan secara tidak langsung meningkatkan kandungan vitamin A pada bayi yang menyusu juga.
Vitamin A adalah penting untuk kesihatan visual, fungsi imun, penghasilan sel darah merah, pertumbuhan dan perkembangan janin. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan masalah kepada bayi seperti cirit-birit, campak, perkembangan terbantut, anemia dan masalah penglihatan (McCauley et al., 2011).
Pada tempoh 6 bulan pertama, bayi yang menyusu secara eksklusif mendapat sumber vitamin A melalui susu ibu. Jadi, amatlah penting untuk ibu-ibu menjaga pengambilan makanan agar keperluan vitamin A dalam susu ibu yang akan diberikan kepada bayi mencukupi (Erick,2018)
Vitamin A juga berperanan penting dalam proses metabolisme kelenjar susu, di mana retinoid diperlukan bukan sahaja untuk morfogenesis dan pengembangan kelenjar bagi penghasilan susu yang mencukupi tetapi juga semasa proses putus susu (wean off), ketika sel-sel epitilial yang mati digabungkan dengan pembentukan semula tisu (Teresa et. al, 2019)
Minyak sawit merah Harvist juga kaya dengan vitamin E. Satu sudu makan minyak sawit merah Harvist adalah bersamaan dengan kandungan vitamin E dalam 3 biji setengah buah avokado.
Vitamin A dan E sangat penting untuk proses penyembuhan ibu-ibu selepas bersalin. Kandungan vitamin E yang tinggi dalam minyak Harvist bagus untuk meningkatkan sistem imuniti badan, mengawal tahap kolesterol, pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah terutama bagi ibu-ibu yang sedang hamil atau bersalin.
Selain vitamin A dan E, minyak sawit merah juga kaya dengan koenzim Q10. Koenzim Q10 adalah sebatian semulajadi yang dikaitkan dengan vitamin E dan K. Menurut kajian oleh Ng (2006), koenzim Q10 yang terdapat dalam minyak sawit merah adalah bersamaan dengan 18-25 mg per kilogram. Kajian oleh Ng (2006) juga melaporkan koenzim Q10 mempunya 10 kali ganda ciri antioksidan berbanding vitamin E.
Organ-organ utama yang memerlukan bekalan tenaga yang besar seperti jantung, hati, ginjal dan pankreas memerlukan lebih banyak koenzim Q10 (Verma et al., 2007). Sekiranya kandungan mikronutrien ini adalah rendah, ia boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan risiko kepada jantung (Hidaka et al., 2008).
Koenzim Q10 juga mempunyai ciri anti-kanser. Kajian oleh Portakal et al. (2000) telah menunjukkan bahawa kandungan koenzim Q10 adalah rendah di bahagian payudara yang mengalami kanser berbanding tisu normal kerana ia didapati digunakan untuk melawan kanser.
Minyak sawit merah Harvist juga boleh digunakan sebagai minyak urutan untuk ibu-ibu selepas bersalin atau ibu menyusu yang mengalami bengkak susu. Minyak sawit merah ini boleh dijadikan minyak terapi urutan dengan mencampurkan beberapa titis essential oil ke dalam 2 sudu makan minyak sawit merah.
Minyak sawit merah boleh melembapkan kulit ibu apabila diurut terutama ibu-ibu berpantang yang sering mengalami kulit kering akibat perubahan hormon semasa hamil dan sangat sesuai diaplikasikan selepas mandi kerana ia lebih mudah memerangkap kelembapan pada kulit.
Kebaikan menggunakan minyak sawit merah pada kulit adalah kerana ia mengandungi vitamin E, tokoferol, dan tokotrienol (Dimenstein et al., 2011). Kandungan dalam minyak sawit merah ini dapat membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinar matahari dan dapat menghilangkan pembentukan parut.
Rujukan:
- Dimenstein R, Lira L, Medeiros AC. Effect of vitamin E supplementation on alpha-tocopherol levels in human colostrum. Rev Panam Salud Publica. 2011;29:399-403.
- Erick, M. Breast milk is conditionally perfect. Med. Hypotheses 2018, 111, 82–89.
- Georg, L. C., Jeya K. H., Generose, M., Joseph K. M., Angelina, B., Godwin, D. N. Wilbald, L., Andrew, T. Comparison of the effects of supplemental red palm oil and sunflower oil on maternal vitamin A status. The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 74, Issue 4, October 2001, Pages 501-509.
- McCauley, M.E.; van den Broek, N.; Dou, L.; Othman, M. Vitamin A supplementation during pregnancy for maternal and newborn outcomes. Cochrane Database Syst. Rev. 2015, 10.
- Radhika MS, Bhaskaram P, Balakrishna N, Ramalakshmi BA. Red palm oil supplementation: a feasible diet-based approach to improve the vitamin A status of pregnant women and their infants. Food Nutr Bull. 2003 Jun;24(2):208-17.
- Sommer, A.; Vyas, K.S. A global clinical view on vitamin A and carotenoids. Am. J. Clin. Nutr. 2012, 96, 1204S–1206S.