You are currently viewing Ibu menyusu asyik lapar?

Ibu menyusu asyik lapar?

KENAPA IBU MENYUSU CEPAT LAPAR?

May be an image of one or more people, hair, outerwear and text that says "IBU MENYUSU KERAP LAPAR? FB: Nad Masrom"

Proses penyusuan akan menggalakkan penghasilan hormon prolaktin dan seterusnya mencetuskan rasa lapar. Semakin tinggi hormon prolaktin yang dirembeskan, semakin meningkat rasa lapar.

Jadi, adalah NORMAL jika ibu-ibu menyusu kerap rasa lapar.

Apa yang penting adalah bagaimana ibu-ibu menyusu dapat memilih makanan tinggi nutrisi dan bukan sekadar makan ‘ikut suka’ sahaja.

Ibu-ibu menyusu yang baru sahaja melahirkan bayi, disarankan agar menunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu selepas kelahiran untuk menurunkan berat badan.

Image result for ibu sedang makan

Ini kerana tubuh ibu selepas bersalin memerlukan masa untuk pulih dan dalam masa yang sama memastikan bekalan susu tidak terjejas.

Apakah langkah-langkah yang ibu menyusu boleh lakukan untuk mengelakkan berat naik secara berlebihan dalam situasi kerap lapar ini?

1. Kurangkan pengambilan makanan tinggi tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak.

Ambil makanan tinggi nutrisi. Pengambilan vitamin seperti B12 juga perlu untuk membantu proses metabolisme tenaga.

Pastikan ibu-ibu mengambil pemakanan seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan pengambilan makanan ringan.2. Mengira kalori makanan.

Ibu menyusu harus mengambil sekurang-kurangnya 1800 kalori sehari, iaitu lebih kurang 500 kalori tambahan dari jumlah asal kalori.

Namun, ibu yang obesiti tidak perlu menambah jumlah kalori tambahan lagi. Pastikan juga ibu mengamalkan aktiviti senaman yang bersesuaian untuk kecergasan fizikal.

Hormon prolaktin dapat membantu penggunaan asid lemak jika ibu melakukan jenis senaman berintensiti tinggi seperti tekan tubi atau plank.

3. Menyusukan anak sekerapnya.

Proses penyusuan membantu pembakaran kira-kira 500-700 kalori setiap hari untuk pengeluaran susu. Ibu-ibu yang menyusukan bayinya lebih mudah untuk turun berat badan berbanding ibu yang tidak menyusui bayi mereka.

Image result for ibu sedang menyusukan anak

4. Sekiranya ibu menyusa rasa lapar selepas makan, minum air kosong terlebih dahulu. Ini kerana ibu mungkin berfikir mereka masih lapar tetapi sebenarnya mereka hanya DAHAGA.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tubuh badan ‘keliru’ dengan signal yang dihantar oleh otak untuk badan mengambil air dan ditafsirkan sebagai LAPAR. Minum segelas air sebelum mencari sesuatu untuk dimakan dan sekiranya ibu telah berasa kenyang, tidak perlu untuk mencari makanan lagi.

5. Tidur yang cukup. Pastikan ibu cuba dapatkan tidur berkualiti untuk mengelakkan masalah ketagihan ibu-ibu menyusu dengan makanan manis.

Boleh rujuk sini: https://www.facebook.com/1790216991196931/posts/2775901772628443/‼️

Jadi, elakkan menggunakan istilah MAKAN UNTUK BERDUA dengan alasan kita menyusu.Kebiasaannya ibu-ibu menyusu mengalami masalah berat berlebihan kerana tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Amalkan pinggan sihat dan pilihlah sumber snek yang berkualiti dan bukan jenis makanan ringan atau tinggi gula.

#SHARE post ini dan #TAG kawan-kawan menyusu sekali supaya mereka tahu punca ibu menyusu kerap lapar.

Join group penyusuan sekarang untuk lebih banyak info percuma ➡️bit.ly/feedbymomma

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Bertauliah

Rujukan:1. Waits, A.; Guo, C.-Y.; Chang, Y.-S.; Chien, L.-Y. Dose-Response Relationships between Breastfeeding and Postpartum Weight Retention Differ by Pre-Pregnancy Body-Mass Index in Taiwanese Women. Nutrients 2020, 12, 1065.

2. Lauwers, J. & Swisher, A. (2015). Counseling the Nursing Mother: A Lactation Consultants Guide. Burlington, MA: Jones & Bartlett Learning.

3. Wiessinger, D., West, D., Pitman, T., & La Leche League International. (2010). The Womanly Art of Breastfeeding (8th ed.). New York: Ballantine Books.

4. Ameneh Madjd, Moira A Taylor, Alireza Delavari, Reza Malekzadeh, Ian A Macdonald, Hamid R Farshchi (2015). The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 102, Issue 6, December 2015, 1305–1312.

#nadbreastfeedinginfo

Penulisan ini telah disemak oleh – Puan Adibah Zakaria (Pegawai Sains Pemakanan)