Cadangan jadual mengepam

Cadangan jadual mengepam

Mama, Usah Malu Mengepam Susu Badan - September 2020 | KelabMama Malaysia

Jadual Waktu Mengepam..Ramai yang tanya jadual mengepam Kak Nad. So Kak Nad share di sini untuk rujukan mommies. Bukan untuk ikut bulat-bulat, tapi mungkin boleh dijadikan panduan.

Ikut masa kerja mommies juga ya. Actually Kak Nad ada 2 jadual mengepam dengan handsfree: Cilmire/Freemie & tanpa handsfree. Jadual mengajar Kak Nad tak pernah sama. Jadi nak dapat masa mengepam yang tetap tu agak susah. Cuma kalau pakai handsfree lebih konsisten.

Jadual mengepam dengan handsfree

7am – Waktu drive pergi kerja

9-10am – Cuba cari masa free untuk mengepam 20-30 minit. Kalau tak sempat sangat, pam 10 minit minimum untuk hantar signal ke otak yang demand masih ada.

1-2pm – Mengepam sekali lagi untuk sesi ketiga. Kalau ada meeting, pam dalam meeting.

4pm – Mengepam sambil drive balik.Balik df macam biasa dengan baby. Kalau nak mengepam malam untuk buat stok keesokan harinya pun boleh.

Mengepam tanpa handsfree (guna corong)

5am – Pam bila dah bangun pagi sebelum subuh.

8-9am – Cuba cari masa yang sesuai untuk pam sesi kedua.

10-11am – Pam sesi ketiga

1-2pm – Pam sesi keempat. Cuma kalau ada meeting, Kak Nad keluar kejap dalam 10-20 minit untuk mengepam di bilik lain. Kalau ada nursing cover, boleh je nak mengepam dengan corong tapi Kak Nad tak pernah buat.

Sebelum balik – pam lagi. Nak pam dengan corong dalam kereta pun boleh. Kena pandai pasang dan selit kat bra. Pastikan selesa.Balik df macam biasa dengan baby. Kalau nak mengepam malam untuk buat stok keesokan harinya pun boleh.

Mesti cuba untuk kosongkan breast 3-4 jam sekali.Untuk guru, doktor, nurse, mommies yang kerja site dan semua mommies yang tak ada waktu yang TETAP macam Kak Nad untuk mengepam, cuba kosongkan breast dengan mengepam 3-4 jam sekali.

Sebaik-baik jadual mengepam adalah jadual yang konsisten setiap hari.Jangan biarkan breast bengkak melebihi 3-4 jam.

Kesannya, hormon FIL (feedback inhibitor lactation) akan lebih banyak dirembeskan dan otak akan mendapat signal yang breast mommies dah kurang demand (permintaan).

So sesi mengepam akan datang, hormon susu yang akan dirembeskan semakin berkurang dan kuranglah supply mommies.Inilah punca kenapa susu mommies drop bila mommies tak jaga jadual mengepam.

So mommies, please sangat cuba jaga jadual pam ya untuk jaga demand & supply. Semoga usaha mommies untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun dipermudahkanNya😍

Penulisan ini dari perkongsian daripada Puan Nad Masrom

Leave a Reply