LANGKAH PENJIMATAN 6 BULAN AKAN DATANG“
Saya kais pagi makan pagi kak…”, itulah ayat keluhan dari seorang ibu yang ingin menyusukan semula bayinya dengan susu ibu.
Dalam keadaan sekarang ini, ramai daripada kita yang pendapatannya terjejas kerana PKP.Sebahagian orang melakukan ‘prepping’ sebagai persediaan untuk keadaan tidak dijangka.
Antaranya dengan menyimpak stok makanan yang boleh tahan dalam suatu tempoh yang lama.Tak salah kalau ibu-ibu yang sudah berhentikan penyusuan berazam semula untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.
Selain dapat menjimatkan duit, kita semua tahu susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak kita.
Kalau sebelum ini, kita pernah gagal menyusukan bayi kita, jangan diulang lagi ayat “kita tiada susu” atau “rezeki susu anak saya sampai sini sahaja”.
Hakikatnya kerana kita TIADA ILMU. Kita tidak boleh menyusui bayi kita sebelum ini kerana TIADA ILMU (melainkan telah disahkan secara perubatan yang payudara kita tidak boleh menghasilkan susu).
TIADA ILMU – hakikat yang paling pahit untuk ditelan tapi masih belum terlambat untuk kita mencuba dari mula. Semua orang bermula dengan zero knowledge tentang ilmu keibubapaan.
Biarlah terlambat sikit tapi kita berusaha untuk mencari ilmu.Saya berikan beberapa link bagaimana ibu-ibu boleh memulakan semula penyusuan dan perbanyakkan semula susu.
Tips untuk relaktasi https://www.facebook.com/1790216991196931/posts/2554005268151429/?d=n
Tips untuk bayi keliru puting https://www.facebook.com/1790216991196931/posts/2572089679676321/?d=n
Tips untuk banyakkan semula susu https://www.facebook.com/1790216991196931/posts/2572673002951322/?d=n
LAMPIN PAKAI BUANG pula bagaimana?Saya sendiri sejak PKP sudah mula menggunakan cloth diaper. Duit untuk membeli lampin pakai buang (atau orang sebut pampers) saya gunakan untuk membeli CLOTH DIAPER.
Alhamdulillah, memang terasa banyak penjimatan sejak menggunakan cloth diaper. Kalau dulu, alasan untuk mencuci najis itu yang selalu jadi penghalang saya nak gunakan cloth diaper ini.
Tapi sekarang, apalah sangat dengan sedikit usaha untuk mencuci selain kita dapat menjaga alam sekitar dari membuang pampers yang memakan masa 500 tahun untuk diurai.
Lagi-lagi memang banyak masa di rumah sekarang.“Buat apa nak susah-susah.. Ada duit, beli jelah…” Bersedialah untuk keadaan tidak diduga. Sekurang-kurangnya keperluan asas untuk anak kita tak terputus dalam keadaan darurat.
Penyusuan susu ibu sehingga anak kita berusia 2 tahun sahaja. Selepas 2 tahun, tidak perlu beri anak susu formula (melainkan atas nasihat perubatan) kerana anak perlu makan makanan seimbang.
Macam mana nak dapat sumber kalsium kalau anak lepas 2 tahun tak minum susu formula? Kalsium boleh didapati dari sumber makanan seperti yogurt, cheese, almond, broccoli dan lain-lain.
Boleh juga berikan anak susu segar (fresh milk) 1-2 gelas sehari jika perlu. Kalau saya nak bagi juga susu formula tapi saya cairkan untuk lebih jimat boleh ke?
Bahaya untuk bayi bawah 6 bulan kerana air yang berlebihan boleh menyebabkan water intoxication bila tidak dibancuh mengikut sukatan dan dicairkan.
Selain itu, bayi juga akan kekurangan nutrisi. Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua.Nak lebih banyak tips penyusuan lagi?
Klik link di bawah sekarang bit.ly/feedbymomma#SHARE post ni supaya lebih ramai mommies di luar sana dapat manfaat.
#LIKE post ni dan #TAG kawan-kawan menyusu mommies yang perlukan.
Salam penyusuan susu ibu dari, Nad Masrom , Certified Lactation Counselor
Facilitator Art Therapy in Breastfeeding, Founder Feed by Ummi Najla