You are currently viewing Power pumping, bila nak buat?

Power pumping, bila nak buat?

Bila ibu-ibu tanya saya tentang power pumping, biasanya saya akan lihat keperluan untuk ibu lakukan.

Ibu-ibu dinasihatkan untuk merujuk soalan ini kepada perunding laktasi atau kaunselor penyusuan terlatih dan tidak merujuk semata-mata kepada pendapat ibu lain untuk mengelakkan ibu mendapat nasihat yang salah.

May be a cartoon of one or more people and hair

Apa itu power pumping? Power pumping adalah satu teknik memerah menggunakan pam yang ‘meniru’ hisapan bayi yang kerap menyusu atau sedang mengalami growth spurt – satu fasa di mana perkembangan bayi sangat pesat.

Image result for power pumping

Ketika tempoh tersebut, bayi biasanya agak cerewet, mahu sentiasa ‘berkepit’ dan kerap menyusu. Bilakah keperluan untuk ibu-ibu melakukan power pumping?

1. Perunding atau kaunselor penyusuan anda mencadangkannya setelah melihat kepada sejarah penyusuan anda.

2. Ibu perlu menyimpan susu tambahan kerana ibu akan terlibat dalam perjalanan panjang atau menjalani pembedahan.

3. Penghasilan susu merudum kerana permintaan bayi kepada susu yang semakin berkurang.

4. Ibu pernah alami masalah kesihatan yang menyebabkan kekerapan pengeluaran susu dari payudara semakin berkurang.

5. Ibu ingin relaktasi setelah memberhentikan penyusuan susu ibu.

Sebelum melakukan power pumping, ada beberapa perkara yang perlu diingatkan.

Image result for power pumping

1. Ibu tidak membuat anggapan sendiri yang susu ibu TIDAK CUKUP. Perlu lihat adakah susu ibu sudah mencukupi untuk bayi yang telah diberi makanan pelengkap.

2. Ibu tidak melakukan power pumping JIKA TIDAK PERLU.

3. TIDAK LAKUKAN power pumping ketika ibu masih peringkat awal kelahiran. Normal jumlah susu yang terhasil adalah sedikit pada peringkat awal kelahiran kerana ia seiring dengan saiz perut bayi. Ibu tak perlu tergesa-gesa untuk naikkan hasil perahan ketika ini.

4. JAGA DEMAND & SUPPLY. Pastikan ibu jaga kekerapan menyusu dan jaga jadual perahan dalam sehari dan tidak skip memerah atau menyusu.

5. Menggunakan LEVEL PAM yang tidak terlalu tinggi.6. CORONG PAM adalah bersesuaian dengan saiz puting ibu.

Rujuk sini untuk lihat cara ukur saiz corong yang betul ??????https://www.facebook.com/media/set/…

7. SPARE PART breastpump semua dalam keadaan baik. Sekiranya ibu sudah lakukan semua yang di atas tapi ibu masih lagi melalui situasi ‘low milk production’ – power pumping boleh dilakukan tanpa mengira sama ada usia bayi di bawah 6 bulan atau selepas 6 bulan.

Dengan syarat, kekerapan penyusuan dan jadual perahan telah dijaga dan beberapa faktor lain telah dipertimbangkan (seperti keadaan emosi ibu, pemakanan dan sebagainya).

Teknik power pumping boleh digunakan untuk meningkatkan hasil perahan bagi golongan ibu berikut:

1. Ibu yang sedang relaktasi (menghasilkan susu semula selepas berhenti atas faktor tertentu).

2. Ibu yang sedang melalui proses cetusan laktasi (menghasilkan susu bagi anak angkat).

3. Ibu yang melahirkan anak sendiri dan mengalami ‘low milk production’ – selepas ibu mendapatkan pengesahan melalui perunding laktasi atau kaunselor penyusuan, bukan anggapan ibu semata-mata.

Jadi sebelum ibu ingin lakukan power pumping, lihat dulu kepada keperluan dan keadaan ibu. Pastikan ibu lakukan dalam keadaan tenang dan relaks.

Untuk teknik power pumping boleh rujuk link berikut:https://www.facebook.com/notes/feed-by-ummi-najla/power-pumping/1844860945732535/

Dapatkan nasihat dari kaunselor penyusuan bertauliah agar ibu dapat bimbingan yang betul.

#SHARE post ni dan #TAG kawan-kawan menyusu mommies sekali.

Nad Masrom , Kaunselor Laktasi Bertauliah

Rujukan:1. Human Milk in the NICU :Policy Into Practice, Lois D.W.Arnold

2. All about power pumping. NebMedical.com

3. Andrea, H. (2016). “Power Pumping” – Super Stimulation For Milk Production. Elacta Europian Lactation Consultants Alliance.

#nadbreastfeedinginfo