Ramai ibu yang risau nak menyusukan bayi di tempat awam kerana risau pandangan serong orang lain.Ingatlah, kita sedang memberi MAKAN buat bayi kita. Bukan sedang lalukan perkara tidak senonoh.
Jadi, lakukanlah dengan YAKIN bila perlu menyusukan di tempat awam seperti di klinik.Kalau nak menyusu dalam carrier pula, longgarkan carrier, keluarkan payudara, masuk kat mulut baby then cover dengan tudung atau cover carrier tu sendiri.
Semua ni perlukan praktis jadi ibu boleh lakukan di rumah.Kalau nak menyusu sambil duduk pula, boleh cuba semua tips di bawah:
#1. Pilih baju nursing friendly.
Baju nursing friendly ni biasanya ada akses seperti zip, butang atau bahagian selakan yang akan memudahkan proses penyusuan di tempat awam. Jadi tak adalah terdedah bahagian yang tak sepatutnya bila mommies nak menyusu nanti.
#2. Guna nursing cover
Kalau mommies tak confident, boleh guna nursing cover yang lembut dan breathable ketika proses penyusuan. Kak Nad biasa guna tudung labuh je untuk ‘cover’.
#3. Tenang dan fokus pada penyusuan
Jangan rasa panik, malu, atau stress ketika menyusu di tempat awam kerana bayi juga akan turut rasa tekanan itu dan secara tidak langsung akan menyebabkan proses penyusuan tidak berjalan lancar.
Mommies kena relax, tenangkan fikiran, dan jangan terlalu fikir tentang orang sekeliling. Bila mommies tenang, orang pun tak perasan yang mommies tengah menyusu.
#4. Segera tenangkan bayi yang meragam
Kadang-kadang bayi rasa terlalu penat dan cepat meragam. Mommies mesti tenang dan cari tempat yang selesa serta tidak terlalu bising untuk menyusukan bayi.
Sekiranya di tempat tersebut ada nursing room, tidak menjadi masalah yang besar. Sekiranya tiada, segera menyusukan anak supaya anak tidak meragam dengan lebih teruk.
#5. Susukan bayi dahulu sebelum keluar di tempat awam
Sebelum keluar rumah atau kereta, mommies boleh susukan bayi dahulu supaya bayi tak meragam nak menyusu. Jika bayi sudah mula makan makanan pejal, mommies boleh sediakan makanan pejal yang mencukupi untuk diberi kepada bayi jika bayi lapar.
.#SHARE post ni dan #TAG kawan-kawan menyusu mommies supaya mereka dapat merancang cara menyusu di tempat awam dengan lebih yakin nanti
Nad Masrom , Kaunselor Laktasi