You are currently viewing KENAPA IBU MENYUSU SELALU MENGIDAM MAKANAN MANIS?

KENAPA IBU MENYUSU SELALU MENGIDAM MAKANAN MANIS?

KENAPA IBU MENYUSU SELALU MENGIDAM MAKANAN MANIS?

Cabaran mak-mak menyusu ni, selalu ada masalah berat susah turun. Lepas tu, selalu ‘mengidam’ makanan manis like coklat, kek, manisan, nutella cheese, cookies, dan sebagainya.

May be an image of one or more people, hair and text that says "IBU MENYUSU SUKA MAKAN MANIS? FB: Nad Masrom"

Kemudian macam biasalah, kita akan selalu buat ayat penyedap hati setiap kali nak makan, “Tak apalah selalu makan coklat pun. Bila happy, kan susu meriah.

So layankan jelah craving tu..”Tapi bila dah banyak sangat ambil GULA, berat makin naik, ibu-ibu mengadu risau pula.Jadi, macam mana nak elakkan ketagihan gula ni?

Sebenarnya bila kita teringin nak makan makanan manis, itu signal yang diberikan oleh otak kita – badan perlukan gula ringkas dengan segera.

Keadaan ni berlaku disebabkan kita tidak mengambil makanan mengikut keperluan yang betul (Cth: sarapan, makan tengahari, makan malam) Tak seimbanglah senang kata.

Dan ada juga ibu-ibu yang STRESS atau TAK CUKUP TIDUR turut alami situasi ini- CRAVING MAKANAN MANIS. Bila ibu kurang tidur atau stress, otak akan menghantar signal untuk badan mengambil gula ringkas untuk tenaga segera bagi mengimbangi kekurangan tidur dan bagi menghadapi stress.

Image result for food

Jadi, cara nak kurangkan situasi berlebihan pengambilan gula dalam makanan ni ialah dengan memperbaiki keperluan pemakanan kita, perbaiki kualiti tidur (walapun tak lama tapi berkualiti), banyak minum air kosong dan cuba atasi stress agar ia lebih terurus.

Ada satu kajian yang dijalankan oleh Qurratul et. al (2020) dalam kalangan 46 orang ibu tidak menyusu dan 25 orang ibu menyusu, telah menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan tentang keinginan untuk mengambil makanan manis di antara ibu menyusu dan ibu yang tidak menyusu.

Maksudnya, ‘mengidam’ gula ni bukanlah berlaku dalam kalangan ibu menyusu sahaja. Ibu tak menyusu pun boleh juga. Puncanya adalah disebabkan pemakanan yang tidak seimbang, faktor tidur tak cukup dan tekanan juga.

Keburukan pengambilan gula yang berlebihan boleh jadi punca susu merudum juga tau (milk killer). Macam mana?

Bila gula berlebihan dalam badan, ia boleh merosakkan sistem metabolik dan seterusnya merosakkan sistem hormon dan akan menjejaskan hormon dalam badan termasuk hormon penyusuan.

Image result for sugar

Jadi, ibu-ibu perlulah berpada dengan pengambilan gula agar tidak berlebihan. Sedangkan kita sebolehnya nak sembunyikan makanan manis dari anak-anak, so apa kata lepas ni kita cuba sembunyikan diri sendiri pula dari makanan manis.

Agak-agak boleh tak macam tu? ?Saya bukan orang yang selayaknya untuk bercakap tentang pemakanan. Ibu-ibu boleh merujuk tentang isu ini kepada pegawai sains pemakanan yang ada di tempat ibu-ibu sekalian untuk maklumat lebih lanjut.

#SHARE post ini dan #TAG kawan-kawan menyusu sekali supaya mereka tahu punca craving makanan manis.

Join group penyusuan sekarang untuk lebih banyak info percuma ➡️bit.ly/feedbymomma

Nad Masrom ,Kaunselor Laktasi Bertauliah

Rujukan:1. Qurratul Aina Faizi Faizul, Wan Fathin Fariza Wan Mahmood, Nor Azwani Mohd Shukri (2020).

Sugar Cravings and Added Sugar Intake Among Breastfeeding Women in Kuantan, Pahang. International Journal of Allied Health Sciences, 4(3), 1177-1188.

2. Clara, R.F., Amna Zehra, Veronica, R., Corinde, E. W., Nora, D. V., Gene, J.W. (2018). Impact of sugar on the body, brain and behavior. Frontiers in Bioscience, Landmark, 23, 2255-2266, June 1, 2018.

#nadbreastfeedinginfo

Penulisan ini telah disemak oleh – Puan Adibah Zakaria (Pegawai Sains Pemakanan)