You are currently viewing Tips Hadapi Cabaran Awal Penyusuan

Tips Hadapi Cabaran Awal Penyusuan

“Ada ke rawatan injection stop kan dulu susu sampai luka baik lepastu baru inject susu semula?”Sambil ibu tunjukkan gambar puting terbelah dua kepada saya.

Terserlah daging merah di bahagian dalamnya. “Memang niat dan azam kalau boleh nak menyusukan anak. Tapi di duga dengan luka macam ni rasa mcm down sedih ???

“Ibu meluah sebab dah penat tanggung kesakitan. Ibu akui semua ni berlaku kerana ibu tiada ilmu.PENYUSUAN SUSU IBU – tidak semudah disangka.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Betulkah?Ya betul bagi kebanyakan ibu yang mungkin tidak pernah terfikir akan cabaran yang berlaku bila tiada persediaan dari awal.Akhir-akhir ini ramai ibu menyusu yang alami masalah berikut:

– bengkak susu- puting melecet / luka / puting terbelah- blocked duct- susu drop

Daripada pemerhatian, kebanyakan punca semua masalah ni disebabkan:

LEKAPAN: ibu belum mahir dalam posisi pegangan bayi yang betul dan menyebabkan masalah lekapan berlaku.

STRESS: Penat bekerja dari rumah, stress di tempat kerja, masih beradaptasi dengan kehadiran orang baru (bayi) menyebabkan blocked duct berlaku.

KELIRU PUTING: Bayi kerap menangis dan ibu anggap bayi tak cukup susu seterusnya berikan bayi susu gantian dengan botol ketika awal kelahiran.

BAYI ASYIK MENANGIS : Bayi tak nak tidur, bayi asyik menangis yang difahami ibu kerana TAK CUKUP SUSU.

SEDIH / MURUNG : atas pelbagai faktor termasuk tiada sokongan suami atau keluarga terdekat.Semua ini akhirnya menyumbang kepada masalah penyusuan susu ibu seperti di atas.

Ibu juga kadang-kadang TAK YAKIN dengan kemampuan diri sendiri dan kerap dimomokkan dengan pelbagai mitos yang ‘mengelirukan’.”Tak boleh minum banyak air nanti rahim kembang.”

“Bayi kuning kena bagi susu formula. Susu ibu tak boleh turunkan kuning.””Mak dan kami adik-beradik memang lahir susu tak ada. Dah kena urut baru susu banyak”.

“Payudara kecil susu tak banyak”.”Susu ibu tak ada zat..”Dan banyak lagi mitos yang lain. Belum masuk lagi kes bayi kena paksa makan ketika berusia baru 2 bulan.

Apakah langkah terbaik untuk elakkan semua ini dari berlaku:

1. Dapatkan sokongan awal. Sertai kumpulan sokongan secara online atau fizikal.

2. Tanamkan azam untuk menyusukan bayi dengan susu ibu dan persiapkan diri dengan ilmu sedari awal.

3. Jika terlewat untuk gali ilmu dan sedar diri sudah berhadapan cabaran awal penyusuan, ‘don’t try and error’. Dapatkan terus bantuan penyusuan dari kaunselor penyusuan terlatih.

4. Ajak pasangan untuk belajar sama. Walaupun nampak seperti pasangan tidak ‘menyokong’, berdoalah agar dibukakan hatinya untuk cuba memahami ilmu penyusuan dan membantu kita bila sudah melahirkan.

5. Tidak terpengaruh dengan nasihat-nasihat yang tidak relevan yang boleh membahayakan bayi seperi beri air anggur kepada bayi kuning dan sebagainya.

Bila ibu-ibu dah buat persiapan mental dan fizikal dengan baik, in shaa Allah emosi ibu juga lebih mudah dikendalikan bila berhadapan dengan semua ni.Bila pasangan (suami) beri sokongan, itu BONUS buat ibu.

Kanser Payudara Tak Mematahkan Semangat Ibu Ini Menyusu Anak Kali Terakhir  | theAsianparent Malaysia

Kerana suami yang menyokong isteri akan lebih memahami dengan sebarang perubahan emosi isteri ketika hamil, selepas melahirkan dan ketika menyusukan bayi.

Ingatlah. Bukan tugas ibu seorang sahaja dalam membesarkan anak-anak.”It takes a village to raise a child”.Untuk ibu-ibu yang nak dapatkan bahan pembacaan tentang penyusuan susu ibu, boleh rujuk di komen

.P/s: Gambar sekadar hiasan. Salah satu sesi kaunseling yang melibatkan luahan ibu menyusu.

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi, Fasilitator Art Therapy in Breastfeeding.

#nadbreastfeedinginfo