You are currently viewing “MENYUSU dan ajar bayi SUKA SAYUR?”

“MENYUSU dan ajar bayi SUKA SAYUR?”

“MENYUSU dan ajar bayi SUKA SAYUR?”..Soalan ni kerap ditanya oleh mommies menyusu. Selalunya memang soalan tentang penyusuan susu ibu sahaja. Tapi kadang-kadang terselit juga soalan tentang solid food yang sesuai untuk baby menjelang usia 6 bulan.

Soalan yang paling kerap ditanya, “Saya dah cuba bagi puree sayur. Tapi kenapa anak saya tak suka makan?”.Biasa Kak Nad tanya balik pada mommies menyusu yang ada masalah anak jadi picky bila nak introduce makanan,

“Mak suka makan tak sayur tu?”. Dan bila mommies jawab “TAK” atau “Tak berapa suka”, maka dah tahulah kenapa anak mommies reject juga.

.Ajaibnya susu ibu berbanding susu formula ialah rasa susu ibu berubah setiap hari manakala susu formula, rasanya sama sahaja (mengikut flavour susu tersebut).

Sebab tu jangan pelik bila baby suka sangat nak menyusu bila nampak mommies. Sebab dia excited nak cuba ‘flavour’ baru susu ibu dia. Kita pun excited setiap hari kalau nampak menu makanan berbeza kan?

Samalah juga anak-anak kita yang excited nak rasa ‘menu’ berlainan dari susu ibu dia.Allah kurniakan setiap anak manusia itu dengan deria rasa yang unik. Bayi telah belajar mengenal rasa makanan dari dalam kandungan lagi.

Bayi ASI cenderung suka makan sayur

Apa yang ibu makan dapat ‘dirasai’ okeh bayi melalui kicipan air ketuban yang masuk ke mulut bayi. Kajian saintifik ini telah terbukti sekian lama oleh ramai pengkaji.

Selepas dilahirkan, bayi mula belajar mengenal rasa itu melalui susu ibu. Dan kalau mommies perhatikan, apa yang mommies suka makan selalunya sewaktu mengandung atau menyusu, juga akan digemari oleh anak kita nanti. .

Berbalik kepada persoalan awal tadi, “Kenapa anak saya tidak suka makan sayur?”, adalah kerana anak mungkin kurang terdedah dengan rasa sayur itu sendiri disebabkan mak sendiri tidak suka @ jarang makan.

Jadi untuk mula ajar anak dengan makanan pejal, mulakanlah dengan sayur yang biasa mommies makan sewaktu menyusukannya. Lebih mudah untuk diterima anak kerana anak sudah ‘biasa’ dengan rasanya.

Mommies juga perlu kreatif dalam penyediaan makanan bayi. Boleh juga tambah EBM dalam puree supaya bayi lebih mudah untuk terima ‘rasanya’. Dan pastikan bayi mommies betul-betul dah bersedia untuk diberikan makanan pertamanya.

“The unique way to make your offspring more likely to eat vegetables – BREASTFEED THEM” .Semoga perkongsian ini memberi manfaat. ..Salam Penyusuan Susu Ibu dari

Nad Masrom Your Breastfeeding lactation Counselor.