You are currently viewing Penyusuan akan diteruskan atau tidak sekiranya ibu demam ?

Penyusuan akan diteruskan atau tidak sekiranya ibu demam ?

Ramai berasa takut sekiranya ibu yang mengalami demam akan memindahkan kuman tersebut kepada bayi mereka sama ada melaluui air susu, sentuhan semasa menyusukan bayi dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan ramai ibu enggan menyusui bayi semasa mereka demam.

Bagi ibu mengalami demam seperti demam dan selesema, mereka masih boleh teruskan menyusukan bayi. Malah, penyusuan dalam tempoh ini membantu memindahkan antibodi yang dihasilkan dalam tubuh ibu untuk melawan jangkitan tersebut kepada bayi.

Anak Menyusu Badan Ketika Ibu Demam Atau Kurang Sihat, Selamatkah?

Tetapi ibu harus mengambil lagkah pencegahan seperti memastikan tangannya dibasih dengan sabun sebelum memegang bayi serta mengelakkan daripada bersih atau batuk ke arah bayi.

Jika ibu berasa tiidak larat untuk menyusukan bayi disebabkan demam, ibu boleh memerah susu dan meminta bantuan orang lain untuk memberikan susunya kepada bayi.

Untuk ibu yang mengalami demam serta simptom yang lain sehingga ibu perlu dirawat, ibu perlu beritahu doktor bahawa ibu dalam tempoh menyusukan bayi.

Hal ini penting kerana mungkin sesetengah antibiotik tidak boleh diambil oleh ibu yang menyusukan bayi. Kerana boleh dipindahkan ke dalam susu ibu dan boleh berikan kesan kepada bayi.