You are currently viewing Apa rasa susu ibu?

Apa rasa susu ibu?

Melihat betapa enaknya bayi meneguk laju susu ibu semasa menyusu pasti membuatkan anda terfikir apalah rasa cecair emas yang mampu mengenyangkan perut bayi ini ya?Setiap kali menyusu,tiada yang tersisa di tepi bibir bayi pun,licin.

Waktu minum susu ialah saat yang mengujakan buat bayi.

Adakah rasanya sama seperti susu lembu?

Adakah rasanya sama sahaja setiap hari?

Hurm,pasti membosankan jika hari-hari melalui pengalaman merasai rasa yang sama setiap hari,bukan?

Pernah ibu cuba rasa susu sendiri?

Secara amnya jika dilihat susu ibu teksturnya akan lebih nipis dan tipis,ia tidak sepekat tekstur susu rumusan mahupun susu segar lembu yang berada di pasaran.

Rasa susu ibu sebenarnya agak manis-namun tidaklah terlalu manis atau tawar tiada rasa.Rasa manis ini datang dari Laktosa,antara ramuan utama dalam susu ibu.Walaupun Laktosa bukan antara jenis gula yang paling manis dalam keluarga gula,namun kehadirannya sebagai ramuan utama dalam susu ibu cukup memberi rasa yang memikat selera bayi.

Tidak terhenti disitu,uniknya susu ibu ialah rasanya yang akan berubah-ubah mengikut makanan apa yang ibu makan.Contohnya apabila ibu makan durian,rasa susu ibu juga akan berubah.Masih lagi rasa manis tapi diiringi dengan perisa durian yang berlemak.Begitu juga jika ibu makan ikan,ayam,tomato,makanan barat mahupun Korea serta pelbagai menu lain lagi,susu ibu juga akan berubah rasa mengikut makanan tersebut.

Hebatkan?Belum terhenti disitu lagi,tahukah anda apa pula kelebihannya?Ya,perubahan rasa ini membolehkan bayi merasai pelbagai perisa makanan walaupun si kecil anda masih belum memulakan fasa makannya lagi.Sudah tentu waktu minum susu ialah saat menyeronokkan kerana bayi dapat merasai pelbagai rasa makanan darinya.

Ia juga memberi kelebihan pada bayi yang menyusui susu ibu apabila kajian menunjukkan bayi yang minum susu ibu dapat mengelakkan bayi menjadi ‘picky eaters’ atau memilih makan di masa akan datang.Walaupun hanya susu namun bayi dapat merasai pelbagai rasa makanan dan membuatkan bayi biasa dengannya dan tidak menolak apabila anda memperkenalkannya apabila bayi sudah makan.

Sekarang anda sudah tahu kenapa bayi sentiasa teruja setiap kali sesi minum susu bukan?