Assalammualaikum w.b.t
Hari-hari terakhir 2013, dan hari ini saya bersyukur kerana di alam maya ini, Allah temukan saya dengan seorang sahabat dunia akhirat saya, Falina. Pejam celik pejam celik, rasanya sudah hampir setahun setengah kami mengenali antara satu sama lain. Itu pun bermula melalui entry Wad Paedatrik.
Dan kerana kasih dan sayang saya pada anaknya Faiq Aqwa, saya hasilkan sebuah entry khas untuk Fa dan Faiq di blog percisan ini dan entry ini antara popular post yang menjadi rujukan ibu-ibu bayi pramatang di luar sana.
Allah pertemukan kami di alam nyata pada Aidilfitri yang lalu. Satu pertemuan yang ringkas tapi akan tetap saya ingati sampai bila-bila.
Dan hari ini, bila membaca entry khas dari Fa untuk saya, saya menangis. Terharu! Benarlah kata orang, sahabat, kita boleh bertemu di mana-mana sahaja termasuklah di alam maya.
Terima kasih Fa kerana sudi berkongsi kisah Faiq yang mana itulah impian saya dulu untuk berkongsi kisah Najla sebagai bayi pramatang. Tapi apakan daya, Allah Maha Besar, lebih mengetahui sesuatu yang terbaik buat kami. Dan saya bersyukur kerana Fa sudi untuk teruskan impian saya menerusi Faiq. Semoga Allah sentiasa membantu Fa untuk meneruskan kehidupan menjaga Faiq sehingga Faiq sihat membesar seperti anak-anak lain di dunia ini. May Allah bless you and your family.
Terima kasih sekali lagi Falina!
Fa dan Faiq 🙂 |
may Allah bless u too sis 🙂
Amin.. Tq so much dear Nina 🙂
:')
Tak tau nak cakap apa Nad..
Thank you so much for this entry.. You are truly a great friend. Nad baik sangat :).
Semoga Nad terus kuat dan kuat meniti hari-hari mendatang. Doa Fa untuk Nad tak pernah putus. Fa bahagia melihat Nad dan Edy. Sungguh, kebahagiaan itu jelas terpancar pada wajah kalian. Nad layak menerima kebahagiaan tersebut kerana keperibadian Nad yang sangat menyenangkan.
Thank you so much Ummi Najla. Friends forever. 🙂
sebak pula saya membacanya.. semoga persahabatan kalian kekal selamanya..
Almost welcome Fa. Alhamdulillah, kerana pengalaman yang hampir sama, Allah telah temukan kita 🙂
Tq ina. Thanks to ina juga sebab selalu kongsi kisah adik pada kami semua 🙂
amin
Insya Allah dear..amin..amin…blogwalking,jemput ke follow blog saya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
salam nadia..masih ingat khaira..untuk pengetahuan nadia khaira telah berjaya hamil selepas kehilangan puteri kesayangan pada 6hb feb 2013. dan pada 11hb feb 2014 khaira telah selamat melahirkan baby boy pada usia 31week dgn berat 1.4kg czer kerana breech. sekarang baby boy khaira berada di NICU hsajb A4 kerana premature. Sekali lagi tuhan menguji khaira dengan kelahiran pramatang..doakan baby khaira selamat dan kuat. khaira takut kehilangan untuk kali ke2..
Ye nadia ingat. Ingat sangat.Khaira, ur baby need u. Khaira wajib kuat supaya baby khaira dpt rasa kekuatan ibunya n akan terus berjuang. In shaa Allah khaira. Yakin yakin dan yakinlah dgn kehendak dan izin Allah, baby khaira akan sihat membesar seperti anak2 lain. Khaira perlu positif di saat2 ini. Bykkan membaca kisah2 baby pramatang yg survive and sihat membesar. In shaa Allah khaira akn dpt juga aura positif tu.. In shaa Allah khaira. EBM untuk baby sentiasa cukupkan.. Percaya dan yakin pada kuasa dan kehendak Allah Taala ye khaira…