Pergimu akan selalu dirindui. Al-fatihah buat baby Niyyaz.

Assalammualaikum w.b.t
Sebenarnya kesempatan ini saya ingin berkongsi tentang kisah seorang sahabat yang saya kenali melalui entry “Bidadary Syurga”. Berikut ialah comment pertama dari seorang sahabat yang saya kira mempunyai pengalaman seserupa saya untuk kejadian 3 tahun lepas. Saya memanggilnya sebagai Fila.
“Salam Ummi Najla..sedih baca kisah puan dan kisah hani..saya pon baru kehilangan baby 4/3/14 yang lalu..saya sempat jaga dia 3 bulan sahaja..hari kedua saya masuk keja dia pun tinggalkan saya buat selama-lamanya..sedih sgt2 coz he was my first baby..saya pernah keguguran sebelum nie dan menunggu hampir 3 tahun utk dpt dia..namun Allah lebih sayangkan dia dan bagi saya berpeluang utk merasai pengalaman sebagai seorang ibu utk 3 bulan sahaja..sedih sgt sampai rasa nak gila..tiap2 mlm terjaga dr tidur mst saya cari dia utk bg susu..skrg hnya baju dan selimut dia saya jd peneman tidur saya..bila saya sedih sgt saya mesti pegi ziarah kubur dia..rasa tenang bila dpt lihat kubur dia dan bercakap2 di situ..saya pun selalu google blog2 ibu2 yg kehilangan baby derang dan terjumpa blog puan..ramai rupanya yang senasib dengan saya..mcm puan kata mudah utk org kata “takziah, muda lg..i.allah boleh pregnant lg” tp saya btol2 trauma dengan apa yg berlaku..saya tkt kejadian yg sama berlaku lg dan saya x rasa saya kuat utk hadapi kehilangan baby lg..utk pregnant balik pon saya takut sbb saya rasa takde sapa boleh ganti tempat arwah Niyyaz..mcm2 bnda saya fikir sampai kadang2 saya rasa saya dah gila..mujur suami saya kuat dan bnyk support saya..tp tiap2 mlm saya mst menangis especially lps solat..sunyi sgt rasa rumah xde rengek tangis baby…luarannya semua org nampak saya kuat utk hadapi dugaan ini tp dalam hati hanya Allah yg tahu..bila tgk baby org lain mula la saya menangis..tp bila bc nasihat puan kepada hani bt saya tersedar yang saya banyak menangis dan mengeluh nasib diri sdgkan bnyk nikmat lain yg Allah berikan pd saya..terima kasih ummi najla..doakan yg terbaik bt saya dan suami ye..semoga saya makin tabah dan kuat utk hadapi dugaan ini.. “


Dan balasan dari saya,
Waalaikumussalam fila. Fila, sejujurnya dulu pun saya pernah rasa nak gila, hampir meroyan pun ada. Sehinggalah saya berhijrah dengan izin dan takdir dari Allah. Saya berhijrah tempat tinggal, tempat kerja, dan hijrah diri… Saya berhijrah untuk mnjadi seorang yg baru… Saya banyak menghabiskan masa membaca buku2 islamik dan ilmiah yg selama ini saya tak sempat nak terpandang. Saya banyak habiskan masa membaca, mendengar slot Prof Dr Muhaya.. Segala2nya mula menjadi kekuatan dalaman sewaktu saya hampir rebah dahulu…

Akhirnya, saya mendapat hidayah untuk menunaikan umrah. Dan selepas itu, hidup saya kembali bersinar. Saya lebih tenang dan redha dalam menghadapi jalan yg penuh liku… Sekalipun kini, Allah belum mengizinkan saya mendapat pengganti arwah, tapi saya masih bahagia dan redha, tidak seperti dulu.

Tanpa saya sedar, masa yg telah menjadi pengubat duka kehilangan arwah anak. Masa yg berlalu mnjadikan saya tabah dan kuat untuk terima semua takdir ini. Apatah lagi, anak-anak kita akan menanti di pintu syurga memohon syafaat buat kita ibu bapanya… Alangkah indah saat itu…..

Fila, saya tahu bukan mudah untuk menjadi tabah. Memang sakit dalam menjadikannya kuat.. Kepada Allah jawapan yg paling tepat. Kita mengadu pada-Nya dan minta Allah berikan petunjuk, hidayah dan hikmah di sebalik semua ini… Beribu hikmah dtg dlm hidup kami selepas Allah mengambilnya pergi… Dan saya tak pernah sesal selepas mengetahui hikmah yg Allah sembunyikan sebelum ini sewaktu saya perlu menghadapi kehilangan puteri tercinta. Hikmah, rezeki yg Allah beri kpd kami selepas itu sgtlah besar dan tidak ternilai.

Saya yakin Fila akan mengetahuinya juga suatu hari nanti..

Fila, menangis tidak salah, apatah lagi terlalu rindukan anak Fila. Tapi, paling susah ialah utk redha dgn pemergiannya. Fila… Anak2 kita sedang menanti kita, menanti dan memohon syafaat untuk kita ke syurga sekiranya kita redha dgn pemergiannya… Redha sesuatu korban yg besar tetapi perlu dilakukan.. Saya harap Fila faham….


Saya sangat mengerti apa yg Fila lalui kini.. Fila, sekali lagi kata nasihat yg mungkin tiada berguna tetapi itu sahaja yg mampu terucap, BERTABAHLAH… Masa akan menjadi pengubat….

Saya sentiasa ada utk fila. Boleh email saya, mungkin kita boleh berhubung supaya Fila dpt meluah rasa sedih yg terpendam……
Dari comment di entry “Bidadari Syurga”, akhirnya saya dan Fila berhubung melalui email. Fila ada berikan gambar Niyyaz yang sangat comel dan meruntun jiwa saya dan siapa-siapa pun saya kira. Berikut adalah perbualan kami melalui email. Untuk pengetahuan semua, saya telah memohon izin dari Fila untuk berkongsi email dari beliau ini.
Salam Ummi Najla..sihat ke?..Saya fila..saya pernah bercerita di blog puan pasal anak saya yang telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya…lega rasa dpt meluahkan perasaan kepada puan..semalam saya ada appointment dgn doktor Family Medicine Specialist (FMS) dan beliau bnyk bg moral support pda saya..saya dimaklumkan yg kemungkinan result post mortem anak saya akan keluar x lama lg..mslh skrg saya klu boleh x nak tahu sebab kematian anak saya sebab saya dah redha dgn keadaan skrg..sbb penemuan awal doktor kata Niyyaz meninggal mungkin sbb virus infection pd paru-paru atau infant sudden death..jd saya lebih rela menerima bhwa anak saya pergi tnpa terseksa dan dlm tidur shja..tp saya tkt sgt klu result post mortem mengatakan hal sebaliknya..mungkin disebabkan kecuaian pengasuh..saya rasa bersalah sbb kenapalah saya x sambung je cuti tanpa gaji untuk jaga Niyyaz smpi dia dah cukup kuat untuk dihantar ke pengasuh..semua bnda2 ni berlegar-legar dlm fikiran saya..tp doktor FMS ckp klu btol disebabkan oleh kecuaian pengasuh saya kena amik tindakan sebab untuk keadilan Niyyaz..saya kusut sgt skrg..saya bru je nk pulih dari kesedihan ini tp skrg dia mcm luka balik..saya asyik terpikir dan asyik trbayangkan yang bukan2..maaf ye sbb susahkan Nadia utk baca pnjg2..saya x tau nk kongsi dgn sesapa skrg..saya rasa hanya org yg prnh mengalami shja paham perasaan saya skrg…

*****


Waalaikumussalam fila….

Fila, first of all saya nak minta maaf sangat2 x sempat nak reply email fila. Maaf sangat2. Di saat fila ingin berkongsi denga saya, saya tidak ada pula. Sebak tengok gambar comel baby Niyyaz.

Fila dah dapat keputusan post moterm?Saya faham perasaan Fila. Saya pun dulu lalui perkara yang sama. Saat kehilangan anak saya, saya yang berusaha keras untuk mencari punca kematian anak saya. Waktu itu mungkin susah untuk menerima pemergiannya sehingga saya ingin tahu apakah punca anak saya dijangkiti kuman.

Untuk lalui saat ni memang bukan mudah. Penuh sesalan, sedih, memori bersama anak kita… Semuanya datang bertalu-talu hingga mengundang air mata untuk tah yang ke berapa kali…

Cuma selepas berjaya melepasi tempoh kehilangan yang sukar, kehilangan yang sangat memeritkan, akhirnya saya redha. Bukanlah suatu keadaan yng mudah untuk dicapai kalau saya tidak berusaha untuk mencari jalan hingga saya boleh menerima kehilangannya. Saya cuba memenuhkan jiwa yang kosong dan sedih ini dengan pelbagai bacaan; blog walking, baca buku-buku berunsur islamik, dengar sot prof dr muhaya di radio ikim  (Islam itu Indah) dan sebagainya. Saya juga seperti Fila dulu meluah perasaan saya bersama blogger yang pernah melalui situasi kehilangan sama seperti saya…. Dan Alhamdulillah keadaan tu sangat melegakan.

Fila, percayalah… Sesuatu yang berlaku ni walaupun pedih adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin bukan sekarang, tapi nanti Fila akan bertemu jawapan-Nya, akan bertemu hikmah-Nya. Fila sendiri mungkin sukar untuk terima mengapa Fila yang dipilih untuk diuji. Saya pun begitu dulu. Tapi akhirnya saya nampak hikmah yang begitu banyak. Banyak sehingga saya bersyukur Allah mengambil anak saya dahulu sehingga saya sedar sekiranya Allah tidak memberi ujian yang berat ini kepada saya 3 tahun lepas, saya mungkin alpa, saya mungkin tidak sedar akan segala kesilapan saya.

In shaa Allah Fila, bila-bila Fila memerlukan saya untuk berkongsi rasa, saya sedia ada untuk Fila. Cuma saya memohon maaf kalau saya terlewat membalas.

*****


Assalamualaikum Nurun…


Sihat ke?Lama tak emel Nurun..Nak bgtau yg saya dah dpt result post mortem Niyyaz dan nak brkongsi dengan Nurun..Mcm yg doktor maklumkan sebelum ni, Niyyaz pergi sebab virus infection pd lung dia..saya bertambah redha bila dapat tau result nie sbb dia pegi bukan sebab kecuaian sapa-sapa jd saya tak menyimpan dendam atau ralat..Cuma saya sedih sgt2 sebab Niyyaz sihat saje..takde tanda sakit pun utk menunjukkan yang dia terkena jangkitan virus di paru-paru dia..tapi itulah, mungkin itu hanya asbab nya sahaja kerana dah sampai masanya utk dia pegi..saya redha..tp perasaan rindu pada dia tu membuak-buak smpi tak tertanggung rasanya..tp mcm yang Nurun cakap, mmg terlalu banyak perubahan yang berlaku pada diri saya selepas pemergian Niyyaz..saya terlalu banyak merancang untuk hal-hal duniawi sampai saya lupa kehidupan yang kekal di sana..tp bila dugaan ini menimpa, saya mula sedar yang motivasi diri saya sekarang adalah untuk memperbanyakkan amal ibadat saya supaya saya dpt bertemu dengan Niyyaz semula di sana..itu yang paling saya harapkan.

Asalnya saya dan suami plan untuk menunaikan umrah pd 4.6 yang lalu tp disebabkan visa tak lepas jd terpaksa la kami postponed ke hujung tahun..mungkin ada hikmahnya juga kenapa Allah menangguh pemergian kami ini..untuk makluman Nurun jugak saya akan melakukan minor surgery pada 20.6 ni kerana ada sedikit masalah pada tempat ceaser saya yang lalu…Nurun doakan saya ye..

Alhamdulillah juga saya dpt berpindah ke tempat kerja baru..semoga tempat kerja baru ni dapat menguatkan kembali semangat saya dan memberi harapan baru kepada saya…terlalu banyak kenangan saya dengan Niyyaz di tempat kerja lama saya terutamanya di saat saya sarat mengandungkan dia..mmg saya tak mampu nak berada di sana lagi..Alhamdulillah Allah mendengar doa saya dan saya dapat bertukar..

Terima kasih Nurun kerana sudi mendengar cerita saya ini..malu rasanya sebab tak pernah berjumpa tapi asyik membebankan Nurun dengan cerita-cerita saya ini…saya banyak mendengar nasihat-nasihat Nurun untuk membaca buku-buku Islamik dan lebih mendekatkan diri dengan Allah..ini sedikit sebanyak menenangkan diri saya..terima kasih Nurun..

*****
Alhamdulillah, membaca email terakhir dari Fila buat saya benar-benar menarik nafas lega. Entah kenapa, saya rasa, Fila sama macam saya dahulu sebelum diuji. Dan mungkin hanya dengan ujian sebesar ini mampu untuk mengubah hati kami. Sungguh, hanya Allah yang lebih mengetahu rahsia di sebalik ujian ini. Allah hanya akan memberikan ujian yang mampu untuk ditanggung dan dilalui oleh hamba-hamba-Nya. Dan kami telah ditakdirkan untuk melaluinya agar dapat kembali ke jalan yang benar dan diredhai. Semoga Allah akan terus membuatkan kami bersabar dan redha dengan ujian seperti dan sentiasa memimpin hati-hati kami ke jalan yang benar. In Shaa Allah.


Saya attach sekali gambar baby Niyyaz yang diberi Fila. Al-Fatihah untuk baby Niyyaz. Semoga berbahagia sayang kamu di sana dan nantikan ibu bapamu di pintu syurga. Mereka sangat merindui kamu dan pasti mahu menyusul menjadi ahli syurga sepertimu~



~Baby Niyyaz yang dirindui.~

This Post Has One Comment

  1. ieza ashaari

    Sayunya. Za yang 'hilang' Darwish 10 minit pun rasa macam gelapnya dunia, korang yang rasa ni tak tahu macam mana nak cakap. Tabahnya kamu. Memang kamu ni insan terpilih.

Comments are closed.