Musim cuti raya ni, saya dapat soalan tentang cara nak bawa EBM travel. Alang-alang nak share, saya kongsikan sekali pengalaman saya travel dengan EBM di Korea.
Antara peralatan untuk mengepam yang saya bawa ialah:
1. Handsfree
2. Rechargeable breastpump
3. Manual pump
4. Ice pack
5. Storage bottles
6. Storage bag
7. Cooler box
8. Powerbank
9. Usb cable untuk pam (standby)
10. Charger
Dalam perjalanan saya dari KLIA ke Korea, saya mengepam selepas pemeriksaan kastam (di ruang menunggu) dan dalam penerbangan 2 kali.Saya standby cooler box Coleman.
Saya bawa juga Natural Moms backpack sepanjang perjalanan.Selepas pemeriksaan imigresen di Korea, saya perlu menjalani pemeriksaan kastam.
Mereka check cooler box saya yang berisi susu perahan (EBM). Salah satu prohibit item ialah dairy product, jadi mereka tanya itu susu apa. Saya hanya beritahu susu tu untuk ‘baby’.
Mereka senyum dan lepaskan.Sepanjang perjalanan saya di sana dengan menggunakan subway, saya tak tinggal rutin mengepam saya. Winter coat sangat membantu untuk jadi ‘cover’ sewaktu saya mengepam dalam train.
Handsfree sangat memudahkan saya untuk mengepam sambil berjalan. Manual pumppula membantu bila pam saya kehabisan bateri.
Sepanjang 5 hari di sana, saya tak bekukan susu perahan kerana pengendalian chilled EBM lebih mudah berbanding frozen EBM untuk dibawa pulang.
Perjalanan untuk balik mengambil masa lebih dari 20 jam (Myeondong – Seoul – Incheoun – KLIA-Muar). Saya check out pukul 11 pagi dan naik flight pukul 11 malam.
Bermulalah fasa susu perahan perlu dibawa menggunakan polistrin box.Banyak kisah menarik tentang polistrin box ni hingga saya gelarkannya ‘Kotak Gabus dari Itaewon’. Saya akan cerita lagi nanti.
Bahan yang saya gunakan untuk bawa EBM travel:
1. Polistrin box
2. Surat khabar (untuk alas bahagian bawah supaya tak basah sangat)
3. Garam (untuk tabur pada ais supaya tahan lama)
4. Soletip
5. Ais
Saya silap sebab terlupa untuk buat ketulan ais sendiri di hotel. Saya hanya bergantung pada ice pack sendiri dan saya terpaksa beli ais di kedai berhampiran. Secawan ais dalam 600 won = lebih kurang RM2.
Saya perlu beli banyak untuk penuhkan dalam polistrin. Saya tabur garam juga untuk pastikan ais tahan lebih lama.Saya tinggalkan kotak polistrin ni di peti berkunci stesyen Seoul sebelum kami sambung membeli-belah di beberapa tempat berhampiran.
Sampai di Incheon Airport, saya wrap kotak polistrin ni. Harga wrap 10,000 won = lebih kurang RM38. Saya teruskan rutin mengepam di ruang menunggu Incheon dan dalam flight 2 kali. 6 jam perjalanan dari Korea ke KLIA.
Saya keluar dari KLIA pukul 8 pagi dan sampai Muar lebih kurang pukul 10 pagi. Total perjalanan EBM lebih kurang 22 jam.Alhamdulillah bila sampai di rumah mak mertua, EBM saya masih sejuk lagi.
Dan bila balik Kulai, saya terus transfer ke freezer untuk dibekukan.Ada beberapa tips yang saya nak share untuk ibu-ibu mengepam yang perlu travel tanpa membawa bayi.
1. Bila mengepam sahaja tanpa direct feeding, pastikan marmet juga selepas mengepam dan pastikan breast betul-betul dah ringan.
2. Buat breast compression waktu mengepam dan hot compression jika perlu.Saya kena blocked duct yang teruk bila balik dari Korea. Bila saya semak semula kenapa saya boleh kena, rupanya sebab saya tak buat dua perkara ini.
Lagi bila cuaca sejuk di sana, susu tinggi lemak lebih banyak terhasil (hindmilk). Lagi banyak susu berlemak, lebih mudah untuk kena blocked duct jika susu tak dikeluarkan secara optimum.
Ini saya kongsikan pengalaman travel dengan EBM untuk tempoh 5 hari.Jika mak-mak travel (balik kampung atau outstation) melebihi tempoh yang lebih lama, susu perlu dibekukan.
Dan cara nak travel dengan frozen EBM boleh rujuk di sini nanti ya.
https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/1866193013599328:0
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk mak-mak yang nak travel dengan EBM.Dipersilakan #share untuk manfaat bersama.
Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Anda #nadbreastfeedinginfo