You are currently viewing Ketahui Tips Outstation bagi Ibu Menyusu

Ketahui Tips Outstation bagi Ibu Menyusu

  • Post author:
  • Post category:travel

Tips berkursus/outstation bagi ibu-ibu menyusu


Ada beberapa aspek yang perlu diambil kira; waktu perjalanan dari tempat kursus ke rumah, tempoh kursus, dan kemudahan yang ada di tempat kursus.

Pengalaman saya menghadiri kursus sehari dan kursus 3 hari adalah seperti berikut:

Kursus sehari

Perjalanan dari rumah ke tempat kursus adalah 2 jam. Tempoh kursus : 8 jam.

Kemudahan: Ada peti ais / ada surau / penganjur beri kelonggaran untuk mengepam dan tumpang peti ais.

Saya akan bawa coleman kerana ice packs lebih tahan lama dalam coleman berbanding menggunakan cooler bag biasa. Biasanya saya akan bawa 3 ice packs dan 1 ice brick.

Bila sampai di tempat kursus, saya akan tumpang 3 ice packs tadi di bahagian freezer untuk dibekukan dan gunakan ice brick sahaja untuk saya letakkan EBM selepas sesi mengepam sewaktu berkursus (sebab kadang-kadang bilik untuk berkursus dan peti ais agak jauh).

Bila habis kursus, baru saya akan ambil semula ice packs yang dibekukan tadi untuk saya guna dalam perjalanan pulang. Ini sangat penting untuk menjaga suhu EBM dalam perjalanan sepanjang 2 jam itu.

Saya akan mengepam pada waktu-waktu berikut:

  • sebelum kursus bermula dalam 20 minit,
  • pada waktu rehat pagi (saya tak pergi makan dan bawa bekal makanan macam roti, air kotak, air milo dll),
  • pada waktu lunch (gunakan masa untuk makan bukan berbual, terus solat zuhur dan mengepam di surau),
  • pada waktu balik (saya akan pam dalam 20 minit sebelum bertolak balik)

Bagi kursus yang melebihi 1 hari dan perlu bermalam di situ.

Saya akan hubungi pihak hotel dahulu untuk pastikan sama ada peti ais disediakan atau tidak. Sekiranya ada, tiada masalah besar.

Sekiranya tidak disediakan, saya akan menumpang di freezer cafe/kitchen hotel tersebut. Biasanya saya akan label nama, nombor bilik, dan labelkan ‘SUSU IBU’ / ‘MOTHER’s MILK’ di situ (Tak digalakkan label SUSU BADAN, macam akward kepada sesetengah orang nanti )

Dan jadual mengepam saya seperti di atas cuma saya tambah sesi mengepam setiap 3 jam pada waktu malam. Saya set alarm juga supaya bangun untuk mengepam pada waktu tengah malam (1 pagi – 5 pagi) kerana waktu seperti ini saya akan terjaga untuk menyusukan baby.

Camping

Ni paling mencabar sebab saya pernah kena uruskan kem di hutan dan tak ada peti ais di situ! So saya kena berulang-alik ke kedai makan dan beli ais dan simpan EBM dalam coleman. Setiap 8 jam kena berulang-alik pergi kedai makan cari ais.

Memang tawakal kepada Allah sahaja masa tu agar suhu susu tetap terjaga. Dan saya guna pam manual masa tu kerana lebih ringkas. Alhamdulillah suami saya sanggup berkorban datang setiap malam berulang-alik dan bawa balik semua EBM sebab bimbang EBM akan rosak ?

para suami boleh mempelajari cara suami menyokong penyusuan susu ibu

Cara mengepam?

Saya gunakan freemie cup collection dengan Autumnz Passion. So memang tak ada masalah sebab saya boleh mengepam sambil berkursus.

Kalau mommies tak ada freemie pun tak apa. Gunakan setiap waktu rehat yang ada untuk mengepam. Kalau jadual terlalu fix, boleh guna nursing cover waktu berkursus dan mengepam seperti biasa. Paling penting mommies kena atasi rasa malu ketika ingin mengepam.

Pilih kedudukan paling strategik mommies nak mengepam tanpa masalah nanti sewaktu berkursus. Dan minumlah banyak air juga ya. Boleh stand by bekalan makanan yang lebih sikit kalau-kalau mommies tak sempat nak makan makanan yang disediakan.

Harap tips ringkas ini dapat membantu para ibu . Terima kasih kerana membaca artikel ini ! link sebenar boleh tekan disini.