Tidurlah Wahai Bidadari Syurga

Dedikasi untuk adikku sayang: Siti Rohani, seorang ibu muda yang tabah…
Saya dan Hani (nama panggilannya) sama-sama kenal bila saya baru bertukar ke sekolah sekarang dan Hani pula baru dipostingkan. Masa tu Hani baru 2 bulan bernikah. Sekarang hampir 2 tahun saya sudah kenal dan rapat dengan Hani.
Hani berttc juga sebelum ni. Hampir 10 bulan kalau tak silap saya. Alhamdulillah, selepas berubat secara tradisional, Hani disahkan hamil. Masa tu, saya rakan sekerja pertama yang diberitahu. Hani minta saya rahsiakan dahulu. Malah Hani juga ada berkongsi tips dan amalan doa dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat. Hani memang seorang yang sangat baik, ramah, lemah lembut dan setakat ni saya tak pernah dengar komplen tentang Hani atau pun melihat Hani marah. Tak pernah. Dia memang seorang yang sangat baik. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur Allah temukan saya dengan Hani.

Selepas 9 bulan mengandungkan bayi tercinta tanpa sebarang masalah, Hani selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 12 Jun 2013. Tapi saya tak sempat melawat Hani waktu tu sebab Hani sudah pulang berpantang ke negerinya.

Lebih kurang selepas hampir 3 bulan Hani cuti bersalin, tiba-tiba saya terima mesej whatsapp dari Hani.

Masa tu Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Bercampur baur. Tapi saya dan Hani masing-masing cuba kekal berfikiran positif. Hani terus tabah berulang-alik menjaga anaknya di hospital. Tak ada muka letih atau cuba untuk merungut pun dengan apa yang sedang dilaluinya. Hani dan suaminya terus berjuang dengan tabah untuk si kecil yang tercinta.

Namun, Allah lebih mengetahui sesuatu yang terbaik buat mereka. Selepas dua bulan anak perempuan Hani menjalani pembedahan buang hempedu, akhirnya si kecil itu kembali ke pangkuan Allah SWT. Saya sebak terus menangis bila tahu berita itu. Itu pun saya tahu dari kawan yang lain. Tapi, saya kagum dengan ketabahan dan kekuatan Hani. Bila terima mesej dari Hani sehari selepas pemergian puteri tercinta, saya lega kerana saya tahu Hani bukan calang-calang hamba-Nya yang telah terpilih untuk melalui ujian getir ini.

Tengok cara Hani menjawab mesej saya (box putih) pun sudah tahu betapa tabah dan positifnya dia bila melalui ujian ini. Saya bertemu semula Hani dalam meeting pertama kami. Tapi saya tak mampu nak tanya selanjutnya tentang saat-saat akhir anaknya. Biarlah masa menjadi pengubat untuk Hani. Saya yakin Hani boleh melaluinya dengan baik. Dan saya yakin sekarang ni pun Hani baik-baik sahaja dalam melalui masa-masa tanpa anakanda tercinta. Selebihnya, Allah lebih mengetahui hikmah disebalik semua ini 🙂
Saya dan Hani 🙂
Semoga bidadari syurga ini tenang di sana dan setia menanti ibu bapanya di pintu syurga. Al-fatihah~

Tirai 2013 bakal berlabuh. Semoga Hani dan suami terus kuat untuk meninggalkan tahun yang penuh memori ini. Bertabahlah duhai sayang. Biarlah bidadari syurga ini tidur di ‘sana’. Kelak kita akan berjumpa nanti. Amin.

This Post Has 5 Comments

  1. FaaFalina

    :'( Nad.. Kenapa dalam hari ni, dah beberapa post yang Fa baca semuanya menyedihkan.. Semoga baby Hani tenang di sana.. Pasti. Semoga Hani dan husbandnya kuat dan terus tabah.. Tapi Nad, Fa tak setabah tu..Kagum Fa dengan Hani. :')

  2. Feed by Ummi Najla

    Lately ni, byk juga kesedihan kawan2 yg nad dapat tahu. Mungkin kerana kita ibu2 yg dipilih utk melalui ujian Allah ini, jadi kita lebih mudah n byk thu ttg kesedihan org lain juga yg mungkin hampir sama dugaanNya.

  3. Feed by Ummi Najla

    Tapi Fa, sejujrnya Hani ialah ibu kedua yg nad rasa pling tabah nad pernah jumpa selama ni. Ibu pertama tu pula ialah Fa. Cara Fa jawab n Fa buat yg terbaik utk Faiq buat nad rasa… Mmg nad x mampu nk pikul n hadapi dgn baik ujian mcm Fa lalui…

  4. _nuratikaajiz

    takziah buat akak.semoga akak ada rezeki untuk dapat anak pada hari yang mendatang.be strong kak.may Allah bless you and your family 🙂

Comments are closed.