Perjalanan ‘bidadari kecil’ bernama Nuha

Sedang membelek Mingguan Wanita keluaran Oktober 2012, tiba-tiba terpandang coretan Editor MW, Nuri Supian tentang Perjalanan ‘bidadari kecil’ bernama Nuha. Tajuk yang cukup menarik dan menggamit hati kecil seorang ibu kepada Bidadari Syurga seperti aku. Berikut tulisan Nuri Supian yang aku taip semula.


Mingguan Wanita Oktober 2012
“Perjalanan anak manusia ada pelbagai ragam. Sewaktu Allah menghembuskan roh ke dalam jasad, ketika itu bermulalah destinasi, atau ia sekadar memberi pengalaman sementara kepada ibu si pemilik ‘Rahim’ untuk menikmati denyut jantung seorang anak manusia, hanya Dia yang mengetahui.

Bagaimanapun kesudahannya perjalanan anak manusia itu menuju destinasi, ia tetap mengikut perintah Yang Maha Esa. Jika dalam perjalanan itu dia dijemput pulang oleh Pemiliknya yang abadi, biarpun belum sempat sampai ke pintu Rahim, dia harus redha. Perjalanan sementara itu bukan perjalanan yang sia-sia… Dia tidak tewas dalam perjalanan, tetapi dia datang sekejap kerana mahu memberitahu si ibu pemilik rahim tempatnya bersemayam biarpun sementara, bahawa dia pulang ke sana kerana mahu menjadi ‘bidadari syurga’ menanti si ibu dan ayah di sana kelak.

Kedatangannya yang sekejap itu, bukan sebagai ujian tetapi sebuah anugerah besar yang menanti di sana. Jangan gusar.

Kedatangannya yang sekejap itu bukan untuk ditangisi tetapi untuk memberikan secebis senyuman bahawa dia sudah berdaftar menjadi milik kekal di sana…

“Ayah bonda yang berasa sedih kerana kehilanganku, kesatlah air mata itu kerana kehadiranku yang sekejap itu untuk memberimu khabar gembira, bukan khabar duka. Usah bimbang pada kehilangan sementaraku ini, kerana aku tetap wujud di hatimu sampai bila-bila. Aku yang sudah kau hadiah sebuah nama indah sebelum menghantarku kembali ke alam ‘sana’ amat berterima kasih kerana walaupun sekejap , aku sudah bernama di sini.”

“Datangku tanpa nama tetapi kembaliku sempat diberikan tanda. Nuha, indahnya nama itu. Kubawa nama pemberian ayah bonda ke alam sana agar nanti mudah mencariku dengan nama itu, apabila kita berkumpul kelak di sana…”

Catatan kecil ini sengaja saya ukir sebagai penawar duka kepada sepasang ayah bonda yang baru kehilangan ‘bidadari kecil’ mereka, setelah sekian lama menanti kedatangan itu. Nuha memang dipinjamkan sementara kerana ketika dilahirkan, dia tidak sempat mengalunkan indah dan gemeresik suaranya di pendengaran ayah dan ibunya, kerana dalam pengembaraannya sebagai anak manusia, dia kembali menemui Pencipta-Nya. Namun ‘bidadari’ ini sempat memberi sebuah kebahagiaan kepada pasangan muda itu.

Bagi anda yang lain, mungkin mengalami peristiwa yang sama, percayalah Allah telah memberikan kurnia-Nya kepada insan terpilih. Redha dan yakin bahawa kurniaan itu akan menjadi saham akhirat yang bakal memimpin tangan anda di Jannah apabila tiba masanya kelak. Air mata sedih anda hari ini, akan bertukar menjadi air mawar di sana kelak. Ingat bukan semua hamba-Nya terpilih seperti anda dan tabahlah menghadapi perpisahan sementara ini… Saya hanya mampu mendoakan agar anda tabah.

DARI TINTA
NURI SUPIAN”

Takziah kepada sahabat-sahabat yang baru saya kenal terutamanya melalui forum Ratu Hati. Kepada ibu arwah Ameena, iaitu Shaziera, semoga entry ini dapat mengubati kerinduan pada arwah Ameena.

Dan terutama untuk Ziyaad, mama kepada arwah Nuha, saya tak pasti adakah titipan Editor ini ada kaitan dengan awak. Saya harap, awak akan rasa sedikit terubat bila memahami maksud tulisan Editor tersebut.

Begitu juga buat ibu-ibu lain di Kelab IUD, dan mereka yang pernah melalui tempoh sesukar saya dahulu, insya-Allah masa akan mengubat segalanya. Allah SWT akan menggantikannya dengan kurniaan yang lebih baik selepas ini. Jika masih menunggu lama pengganti arwah, usahlah gusar kerana kita sudah punya bidadari kecil yang satu-satunya akan kita kenali apabila dibangkitkan kembali. Bergembiralah umpama kita mengharapkan akan ada orang yang menjemput kita di lapangan terbang di mana ribuan manusia ada di sana tapi tiada seorang pun yang kita kenal dan tiba-tiba sahaja seseorang melambai tangan dan memanggil nama kita..”Ibu..!” Begitulah agaknya di ‘sana’ apabila si ibu dan si anak saling mengenali. Wallahua’lam.

Semoga coretan entry ini dapat mengukir secebis senyuman di bibir anda.

Al-Fatihah buat kesemua bidadari cinta di syurga.

This Post Has 18 Comments

  1. Ketenangan

    Terima Kasih Nadia cz sudi berkongsi sedikit kesulitan hati saya,mudah-mudahan kita akan diberkati oleh-Nya,membaiki hati-hati kita agar sentiasa mengingati DIA Maha Besar.sama-sama kita menunggu akan nikmat yang diberikan.Aminn…

  2. Feed by Ummi Najla

    Ziyaad? Saya faham perasaan awak dan ibu-ibu yang pernah kehilangan anak yang kita cinta dan kita sayang. Yang pergi tiada galang gantinya tapi perginya penuh hikmah dan cinta. Cinta yang akan menanti kita di sana. InsyaAllah ziyaad 🙂

  3. Anugerah

    Takziah dan tahniah buat semua ibu2 terpilih, ibu2 bidadari syurga…kita adalah insan terpilih, setiap yg berlaku terlindung di sebaliknya 1001 hikmah…pandanglah dgn mata hati, insyaAllah kita akan ketemui…

    Nadia, min nk tumpang pesanan buat group KELAB IUD~ratuhati foru :- untuk makluman, min dah x blh bukak akuan kat forum tu, so x dpt nk reply personal mesej atau entry..Harap maaf…so, jika ada yg ingin berhubung dgn min blh la ke blog min…Nadia tlg inform kat kelab IUD blh?TQ…

  4. Feed by Ummi Najla

    Untuk makluman semua, Nuri Supian adalah makcik kepada Ziyaad, mama Nuha. Sebetulnya cerita ini memang berkait 🙂

  5. Ketenangan

    This comment has been removed by the author.

  6. Ketenangan

    salam sy shaziera tq Ma Nuha n Nadia,pepn cerita kita sama kn..mungkin ini cara untuk kita merasa tenang dan semangat serta yakin dengan ujian.

  7. Feed by Ummi Najla

    Ok shaziera. Sorry tak notice dari awal siapa. Ye shaziera, kalau tak berkongsi rasa, rasa terbeban hati ini. Lebih terubat bila kita dapat berkongsi rasa hati yang sama dengan ibu-ibu yang kehilangan anak. Perasaan yang susah nak explain.. 🙂

  8. MamaZaraa

    sebak & spechless. 🙁
    Indah sggh penulisannya.
    Takziah utk Ziyaad. Smg ziyaad tabah.
    Al Fatihah utk bidadari syurga kita dsana…

  9. Feed by Ummi Najla

    Tq mama zaraa. Al-fatihah untuk mereka yang kita cintai…

  10. Syafiqah

    Sebaknya baca..Al-Fatihah buat bidadari syurga..

  11. Feed by Ummi Najla

    Ya sYafiqah, al-fatihah buat mereka semua.. Amin 🙂

  12. Iyla Cantek

    Salam..
    Menitik air mata bace..ramai lg rupanya yg senasib dgn sy..2 thn lps sy penah IUD..sedih kan bile ingt blk..time tu xblh nk tgk ank org..bile tgk je nangis..tp Alhamdulillah..Allah tu Maha Adil..sy dh dpt penggantinya..
    InsyaAllah..Umi Najla bakal dpt pengganti jgk..Sy doakan utk awk n semua yang pernah alami mcm sy..anda ibu2 yg cekal..
    At least ade yg mendoakan utk kite disana..satu hari nanti pasti akan berjumpa semula..Ummi Najla jgn sedih2 yer..

  13. Feed by Ummi Najla

    Wssalam Iyla. Tq for reading. And tahniah sebab dah dikurniakan pengganti. Memang betul, masa mula-mula, rasa trauma sampai tengok anak orang lain pun rasa macam pandang anak sendiri. Tapi sekarang, alhmdulillah dah ok.. Masih berusaha untuk dikurniakan seorang zuriat 🙂

  14. khairawatikarim@blogspot

    Salam..nadia selamat berkenalan..
    Saya adalah silent reader awak..saya telah baca blog tentang kisah awak sejak seminggu yang lalu setelah kehilangan puteri sulung saya pada 6/2/13 yang lalu selepas melahirkan dia 34week dengan berat 2.kg dan telah kembali ke rahmatullah selepas 1/2jam dilahirkan..apa yang awak luahkan adalah sama dengan saya lalui sekarang..apa yang awak tulis ada lahir dari hati dan perasaan saya..semua seakan sama..Allah telah pilih kita untuk diuji..

  15. Feed by Ummi Najla

    Wsslm. Selamat berkenalan Khairawati. Maaf lewat membalas. Takziah saya ucapkan. Saya faham perasaan yang awak sedang lalui sekarang. Rasa sedih, pedih, trauma, rindu semuanya bercampur baur. Lagi-lagi melihat bayi lain. Mungkin saya tiada kata indah untuk diberi. Masa akan jadi pengubat pada kesedihan ini. Dekatkan diri pada Allah, banyakkan membaca kisah orang lain yang lebih malang, banyakkan meluah dan menulis, barangkali semua ini boleh jadi pengubat buat awak. Saya tahu awak tabah kerana itulah awak dipilih untuk melalui ujian ini. Bidadari syurga sedang berbahagia di sana. Kalau ditanya, mahukah dia kembali ke dunia? Sudah tentu jawapannya tidak kerana dia telah dijaga dengan lebih baik dan sudah dijamin syurga baginya. Dialah yang akan memimpin awak nanti ke syurga. Subhanallah, bukan semua orang Allah pilih untuk menerima syafaat terindah ini. Percayalah, walaupun kita tiada rezeki untuk menjaga mereka di dunia, pasti Allah akan menjana lebih banyak rezeki buat kita nanti. Berhenti mencari kesalahan sendiri dan yakinlah semua ini pasti ada hikmah-Nya yang tersembunyi. Tersembunyi yang kita tak tahu. Saya sentiasa ada jika awak ingin berkongsi segala cerita 🙂

  16. khairawatikarim@blogspot

    Terima kasih nadia..kata2 semangat dari awak buat sy jadi lebih kuat dan redha dengan ujian Allah..setiap kali saya baca blog awak sy jd makin tenang apa yg awak tulis adalah sm dengan perasaan saya.
    Sama-samalah kita berdoa semoga Allah makbulkan doa kita untuk dat zuriat lagi selepas
    Penganti arwah pangubat luka.

  17. Feed by Ummi Najla

    Sama2. Saya faham apa yang awak rasa. Dalam keadaan seperti ini, kita memang perlukan seseorang untuk berkongsi rasa. Alhamdulillah Allah pertemukan kita,dua ibu yg pernah melalui saat kehilangan anak yang dicintai. Saya doakan, Allah berikan sesuatu yang lebih baik buat awak dan suami. Saya doakan awak dikurniakan pengganti arwah dengan cepat sebagai pengubat duka awsk. InsyaAllah ada rezeki yg lebih baik selepas ini. Amin 🙂

Comments are closed.