Assalammualaikum w.b.t
Terima kasih. Itu sahaja yang saya mampu ucap. Terima kasih atas segala penghargaan dari semua anak murid tercinta. Saya tak minta semua itu. Saya cuma berharap kalian mendoakan saya. Namun, saya terima segala penghargaan yang diberikan. Saya masih banyak khilaf. Saya mungkin tidak dapat meletakkan semua gambar pemberian anak-anak murid saya di sini. Tapi, ada satu ‘pemberian’ yang telah meruntun hati saya awal pagi ini.
Saya tak sedar air mata saya jatuh jua sewaktu membaca setiap ayat dalam kad ini. |
Kejutan yang saya terima daripada Edy juga buat saya menangis sekali lagi. Terima kasih. Saya masih terlalu banyak khilaf di waktu saya menerima semua ini. Saya sedar saya tidak layak. Saya malu. Semoga saya dapat menjadi pendidik yang sentiasa menyanyangi anak-anak murid saya setulusnya dan menjadi lebih sabar dan tabah dalam mengumpul pahala jariah saya di ‘sana’. Saya masih banyak khilaf.
Keletihan melakukan kebaikan akan hilang tetapi pahalanya kekal.
Keseronokan melakukan dosa akan hilang tetapi dosanya kekal.
Hanya mujahadah akan membuat keletihan melakukan kebaikan hilang.
Hanya taubat akan membuat dosa melakukan kejahatan hilang.
-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi –
Untuk guru-guru yang telah meredhakan ilmu mereka kepada saya dahulu hingga saya akhirnya menjadi seorang ‘manusia’ pada hari ini, saya tujukan lagu ini khas buat kalian. Hanya Allah SWT mampu membalas kebaikan dan kesabaran cikgu-cikgu dalam mendidik saya. Terutama buat Cikgu Zainol yang telah meletakkan saya dalam senarai pelajar ‘A’ (di saat saya tahu saya sudah tidak boleh melakukannya) dan mencungkil keyakinan saya (sedangkan saya rasa sudah tidak ada lagi keyakinan dalam diri), sehingga ke hari ini, jasa cikgu masih saya ceritakan kepada anak-anak murid saya di sini. Dan kerana itu, Allah SWT telah menemukan kita di tanah suci. Maha Besar Kuasa Allah Taala menemukan saya kembali dengan seorang guru yang telah banyak mengajar saya tentang erti kasih sayang dan mendidik saya setulusnya :”)
Terima Kasih :”)
Selamat Hari Guru Ummi Najla..=)
Terima kasih aine ainun 🙂
Slamat Hari Guru Ummi, smg Allah melimpahkan barakahnya pada ummi dunia n akhirat 🙂
Tq so much sweet tooth. Semoga para malaikat mendoakanmu jua 🙂
selamat hari cikgu ummi…
tugas yang mencabar..bukan semua org boleh mendidik..
tahniah 🙂
jasa cikgu tetap dikenang smp bile2 🙂
Terima kasih banyak2 mag. Dan sesungguhnya, guru pertama bagi seorang anak itu adalah ibunya. Selamat Hari Guru juga buat mag dan semua ibu sekalian yang telah memerah keringat mendidik anak tercinta 🙂
selamat hari guru buat ummi najla.. hehe.. Bukan mudah nak didik anak-anak zaman sekarang ni kan.. Moga Allah bantu mudahkan urusan para pendidik sekelian.. =))
Selamat Hari Guru Cikgu Nadia (^-^)
Tq so much mimie 🙂
Happy belated mother's day n happy teacher's day for u too kak yana 🙂
Owh.. Cikgu juga rupanya… Selamat hari guru.. Belum msuk Jun lagi.. Mei kira hari cikgu lagi la kan.. Hehe…
Tq so much myfirdz :). Terharunya..
Terima kasih banyak atas semua infonya, salam sukses yah gan..
http://goo.gl/su0ebq
Terima kasih banyak atas semua infonya..
http://goo.gl/5zJIpW
Makasih banyak buat infonya….
http://goo.gl/Y99b98
Ini dia info yang saya cari…
http://goo.gl/eYB2Uc
Thank for all infomration…
http://goo.gl/BLyBmN
Matur nuhun kanggo infonya…
http://goo.gl/36SrUP
Mantap, nice info.. 🙂
ijin nyimak yaa
kata-katanya bagus sekali,
Info yang Anda berikan bermanfaat sekali, jangan lupa kunjung balik ya.. 🙂