You are currently viewing “Berapa lama yang diperlukan untuk susu ada semula dalam payudara selepas ‘kosong’?”

“Berapa lama yang diperlukan untuk susu ada semula dalam payudara selepas ‘kosong’?”

“BERAPA LAMA MASA YANG DIPERLUKAN UNTUK SUSU ADA SEMULA DALAM PAYUDARA SELEPAS ‘KOSONG’?”

Soalan seperti, “Kak Nad, kenapa breast saya tak kosong selepas mengepam? Bila saya picit je mesti ada lagi…”, banyak ditanya hampir setiap hari.

Selalu Kak Nad akan tanya balik, berapa jumlah oz yang mommies dapat lepas ‘kosongkan’ breast? “Dalam 3-4 oz macam tu…”, jawab mereka..Lepas tu Kak Nad akan tanya lagi, “Breast rasa ringan tak lepas mengepam atau still rasa berat?”. Dan kebanyakan jawapan mommies, “RASA RINGAN…

Ramai mommies yang tersalah anggap tentang susu ibu seperti susu dalam botol yang akan kosong sepenuhnya dan memerlukan MASA untuk REFILL semula sebelum bayi boleh menyusu lagi.

Ini sama sekali tidak bertepatan dengan bagaimana penghasilan susu dalam tubuh badan berlaku..Dulu pun Kak Nad tersilap menggunakan istilah ‘kosong’ ini.

Walaupun faham tentang konsep penghasilan susu ibu, tapi Kak Nad sendiri kerap menggunakan perkataan “breast rasa kosong lepas mengepam @ menyusu” kerana itulah istilah yang sering diguna pakai oleh kebanyakan ibu..

“Breast tak pernah kosong ya kaunselor… Breast akan rasa RINGAN selepas menyusu atau mengepam”, pesanan Dr Hairin Anisa, seorang Pakar Laktasi yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga Kak Nad sewaktu kami menghadiri kelas beliau setahun yang lalu.

Sangat mudah sebenarnya kami kaunselor untuk menukar istilah itu kerana memahami konsep penghasilan susu itu sendiri..Tapi rupa-rupanya bukan mudah untuk membuat ibu lain percaya yang breast mereka tidak pernah KOSONG.

Pernah sekali Kak Nad ditanya oleh seorang ibu yang juga kawan Kak Nad. Beliau baru sahaja menghadiri kelas penyusuan. Dan kemudian beliau ajukan soalan, “macam mana nak tahu breast betul-betul dah kosong?”. .So Kak Nad pun terangkan yang sebenarnya tak ada istilah BREAST KOSONG.

Breast hanya akan rasa ringan selepas sesi menyusu dan mengepam..“Ye ke???” jawabnya seperti tidak percaya dengan penerangan Kak Nad kerana dalam kelas yang dihadirinya sangat ditekankan berkali-kali tentang pentingnya MENGOSONGKAN PAYUDARA.

Kak Nad rasa ilmu yang disampaikan tu betul cuma penggunaan istilah KOSONG itu sahaja yang telah mengelirukan ibu-ibu yang kekurangan ilmu ini. Kerana Kak Nad sendiri kerap terbaca atau terdengar tentang istilah ini di mana-mana.

Cuma pemahaman seseorang tentang konsep penghasilan susu itu yang akan membezakan penerimaan masing-masing..Masalah yang berlaku ialah ibu-ibu ini selalu rasa pam mereka bermasalah dan waktu perahan tak mencukupi kerana setiap kali picit payudara, susu STILL ADA ! Bila nak kosongnya???.

Maka ibu-ibu selalu kerisauan. Selagi breast tak kosong, maka mereka percaya susu tak dikeluarkan dengan sepenuhnya..Untuk pengetahuan mommies, penghasilan susu ibu berlaku SETIAP MASA dalam payudara. .Kajian menunjukkan, kuantiti susu yang diminum oleh bayi berubah-ubah dari masa ke semasa.

Tapi dianggarkan lebih kurang 75-80% susu akan dikeluarkan dari payudara sewaktu proses menyusu.Usaha untuk MENGOSONGKAN payudara seumpama ingin MENGOSONGKAN sebuah sungai. Sangat mustahil kerana semakin kita cuba untuk ‘mengosongkannya’, semakin banyak susu yang akan terhasil.

Kajian juga menunjukkan, semakin banyak susu yang dikeluarkan dari payudara, maka semakin ‘CEPAT’lah susu yang baru akan terhasil. . Semua ni sebenarnya kembali kepada fitrah Demand & Supply itu sendiri. Konsep asas dalam penyusuan susu ibu.

Ada PERMINTAAN (penyusuan direct @ perahan) maka akan adalah PENGHASILAN yang baru..Jika ibu kerap biarkan breast ‘PENUH’, maka automatiklah tempoh penghasilan susu itu akan berkurang dan secara tidak langsung menurunkan kuantiti penghasilan susu ibu itu sendiri.

Istilah lain, susu DROP bila ibu tak jaga jadual pam..Jadi sebenarnya, mommies tak perlu menunggu masa untuk breast ‘refill’ semula selepas sesi perahan atau menyusu kerana susu akan sentiasa terhasil.

Cuma bezanya, selepas perahan atau proses menyusu, komposisi susu yang berikutnya sedikit berlemak dan lebih pekat berbanding susu pada awal perahan..Pattern menyusu atau memerah (jarak berapa jam @ berapa lama setiap sesi) akan menentukan ‘kecepatan’ penghasilan susu pada sesi berikutnya.

Ini juga bergantung kepada berapa ‘cepat’ atau ‘banyak’ hormon prolaktin dan oksitosin yang akan dihantar oleh otak ke breast mengikut kebiasaan mommies menjaga jadual perahan atau sesi menyusu.Jadi jangan risau untuk menyusukan bayi selepas mengepam kerana susu itu sentiasa ADA.

Harap posting ini dapat menjawab persoalan mommies..#LIKE post ni dan #SHARE supaya lebih ramai mommies yang akan mendapat manfaat…

Salam Penyusuan Susu Ibu dari ,Nad Masrom Your Breastfeeding lactation Counselor