Sebagai seorang TTCian… Tips 2: Awasi Keputihan!

Assalammualaikum w.b.t
Minggu lepas, saya terima mesej dari seorang reader. Saya sebut namanya sebagai A sahaja di sini. Saya dan A mula berkenalan sejak bulan 3 tahun ini. Waktu tu saya sedang hamil 7 bulan dan sedang dalam mc sebulan. Diringkaskan cerita, A sudah 8 tahun berttc dan masalah utama A adalah keputihan yang sangat teruk dan tidak dirawat. Mungkin A terjumpa blog saya melalui entry berkaitan masalah keputihan. Dari berbalas comment/email, saya kemudian berikan A nombor telefon saya untuk memudahkan saya menjawab segala soalan A dengan cepat.
Nasihat saya mudah sahaja;
1. Rawat keputihan dahulu. 
2. Jaga kebersihan miss V. 
3. Dapatkan nasihat pakar puan.
4. Lakukan HVS (high vaginal swab) untuk kenal pasti jenis keputihan melalui ujian kultur.
5. Jaga pemakanan (diet seimbang).
6. Kurangkan makanan manis.
7. Banyakkan minum air zamzam.

Setiap kali saya ditanya tentang masalah berkaitan keputihan oleh readers, perkara yang saya senaraikan di atas biasanya yang akan saya nasihatkan terlebih dahulu sebelum mereka proceed dengan sebarang kaedah alternatif. Saya tak akan berikan nasihat yang akan membawa mereka kepada sebarang risiko. Dan sama jugalah dengan A, tetap saya nasihatkan hal yang sama.

Kemudian perbualan kami berlanjutan kepada hal yang lebih peribadi. Dan saya yakin A adalah seorang yang sangat tabah untuk mengharungi setiap ujian itu (biarlah menjadi rahsia saya dan A sahaja).

Dan saya tak ingat sejak bila, perbualan kami terhenti seketika. Saya tidak dapat hubungi A kerana masalah handphone, dan A terus mendiamkan diri. Sehingga saya terlupa tentang A selepas melahirkan Nur Khadijah.

Hampir 7 bulan berlalu. Tiba-tiba saya dapat whatsapp dari A.

Ya Allah! Tentulah saya gembira. Saya yang menanti Khadijah 3 tahun pun sudah terlalu gembira, apatah lagi A yang menanti kehadiran anak pertama selama 8 tahun. Syukur A masih lagi mahu mengkhabarkan berita gembira itu pada saya.

Tentang masalah keputihan A, kami tidak berbual begitu lanjut (apa yang dia lakukan dan sebagainya). Cuma tak salah ingatan saya, A macam ada buat pemeriksaan dengan pakar puan. Tapi saya betul-betul tak ingat apa keputusannya dan apa yang A lakukan selepas itu. Mungkin saya keliru dengan perbualan saya bersama readers lain. Maafkan saya jika point saya tersilap di sini.

Saya cuma boleh berkongsi dengan rakan-rakan ttcian apa yang gynae saya pernah beritahu saya,; “selagi keputihan you ada, you susah untuk hamil..”

Sejujurnya, saat saya hamil, masalah keputihan saya masih ada. Mungkin sedikit berkurang daripada biasa kerana saya menjaga pemakanan saya gara-gara join Jom Kurus (boleh rujuk entries saya sebelum ini).

Pada pendapat saya, pemakanan adalah faktor utama penyumbang kepada masalah keputihan dan ketidak seimbangan hormon dalam badan. Memang saya sangat jaga pemakanan saya tahun lalu gara-gara terlalu bersemangat mahu jaga kalori dan ingin kurus semula (masa tu niat mahu sihat kerana ttc sudah jatuh nombor 2). Rasa sangat teruja bila dapat sarung semula baju-baju yang sudah tidak muat dipakai sebelum itu.

Alhamdulillah, walaupun keputihan masih ada, tapi kesannya agak ketara kerana jelas berkurang jika dibandingkan sebelum saya menjaga pemakanan saya. Dan sejujurnya, selepas saya telah berusaha menjaga pemakanan, barulah saya teruskan dengan kaedah alternatif untuk merawat keputihan.

Jadi untuk rakan-rakan ttcian yang saya sayangi, sekiranya kalian juga mempunyai masalah keputihan seperti saya dan A, mungkin perlu dirawat dahulu. Saya pasti kalian lebih arif daripada saya dalam dunia ttc ini. Dan saya sekadar ingin berkongsi sedikit yang saya tahu tentang keputihan dalam berttc.

Dan buat mereka yang telah berjaya hamil, keputihan sewaktu hamil juga perlu sentiasa diawasi. Ia bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan. Cukuplah saya pernah mengalami PPROM kerana keputihan teruk yang saya alami sewaktu mengandungan Najla dan disahkan pula GBS positif sewaktu mengandungkan Khadijah (yang sekiranya tidak dikesan awal boleh mengakibatkan risiko jangkitan kuman kepada bayi yang dilahirkan). Biarlah orang lain nak berkata, “anak aku lahir ok je walaupun aku ada GBS..”, “Ala..keputihan waktu mengandung memang normal..”. Biarkan mereka! Sebab mereka tak lalui apa yang saya lalui dan apa yang kawan-kawan saya lalui. Jadi saya memang akan memberikan nasihat yang serius kepada rakan-rakan atau readers yang bertanya.

Terima kasih kepada readers yang mendengar nasihat saya untuk terus ke hospital mendapatkan pemeriksaan pakar O&G. Alhamdulillah, walaupun ada di antara mereka terpaksa mengharungi pemeriksaan sehingga 8 jam lamanya, bayi yang mereka kandung selamat hingga dilahirkan.

Saya tidak akan pernah letih untuk membalas pertanyaan mereka yang memerlukan. Saya sedar saya bukanlah seorang doktor. Apatah lagi pakar tentang masalah keputihan. Saya hanya berkongsi apa yang saya pernah lalui. Saya ada tinggalkan nombor telefon saya dalam salah satu entry di blog ini. Hanya mereka yang menemukan entry itu akan menghubungi saya. Dan saya tidak akan mengabaikan soalan mereka dan akan menjawab dengan sesegera mungkin. Saya sudah mendapat keizinan daripada Edy. Biasanya kalau saya tengah khusyuk menaip mesej dengan muka serius dan cemas, maka Edy akan tahu saya sedang berbalas mesej dengan readers. Bosan? Memang tidak. Cukuplah saya dan Edy pernah lalui kehilangan Najla dan saya tidak mahu mereka yang lain laluinya juga. Jadi kerana itu, saya akan cuba memberi nasihat sebaik mungkin.
Harapan dan doa saya, semoga Allah melindungi kandungan ibu-ibu ini dan memberikan rezeki anak kepada rakan-rakan ttc yang amat saya sayangi. Saya ingin kalian yang berttc beroleh kebahagiaan yang kalian inginkan ini. Bahagia itu subjektif. Percayalah kepada kebahagiaan yang kalian sedang miliki. Itu pasti lebih hakiki.

“Ya Allah, janganlah Kau persiakan doa mereka yang sentiasa mendambakan pemberian amanah dari-Mu iaitu umat Nabi Muhammad SAW dalam rahim mereka. Dengarlah rintihan dan rayuan mereka. Kurniakanlah penantian mereka dengan zuriat yang soleh dan solehah. Berikanlah kegembiraan yang sama kepada mereka seperti mana telah Kau berikan kepada kami yang lain…

Amin, amin ya rabbal a’lamin…”

This Post Has 2 Comments

  1. Anonymous

    Assalam sis… Boleh share apa alternatif tbaik utk rawat keputihan? Sy ada mslh tu dan sy dah berkahwin 3 bulan lepas 🙂

  2. Unknown

    UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
    SMS/WASSUP 0148004302

Comments are closed.