Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M)

Assalammualaikum w.b.t

**Draft ni sebenarnya sudah tertangguh 3 bulan untuk dipost. Baru ini saya punya masa untuk edit dan post :)**

Entry ni dah tertangguh lebih kurang setahun lebih lamanya. Tapi disebabkan permintaan sepupu saya yang minta saya share macam mana saya boleh turunkan 6 kg dalam masa 6 minggu dalam entry ini, so rasanya hari ni masanya untuk saya share.
Dipendekkan cerita, saya join program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) musim pertama anjuran Kevin Zahri di bawah trainer Najjah, seorang student UTM yang jauh lebih muda daripada saya. Saya bukan seorang, tapi bersama dua schoolmate saya, Azira dan Shama serta kakak kesayangan saya, Kak Leha bersama team kami yang lebih kurang 15 orang which dalam group kami masa tu semua perempuan. Ada juga team yang bercampur dengan lelaki, tapi saya, kakak saya dan kawan-kawan memilih group yang kesemuanya ladies. Rasa lebih selesa, kot. Kami dalam group JB Utara sebab masa tu group JK1M di Johor tak banyak macam sekarang. So orang Kulai macam saya kena join under team JB juga. Tapi sekarang team-team di Johor sudah banyak. Team Kulaijaya pun sudah ada.

Saya dan 2 schoolmate saya. Dari kiri Azira, Shama, dan saya. Lihat ketembaman kami.
Sebab hobi kami ialan makan-makan selalu janji bahagia 🙂

Gambar ni lebih kurang sebulan sebelum kami sertai
program JK1M. See, ‘comel-comel’ kan? 😀

Bayaran program ni ialah RM300 dan aktiviti adalah selama 6 minggu dipantau oleh trainer yang sedia terlatih. Nampak macam mahal kan RM300 tu? Tapi dengan aktiviti, work out, dan kesan kepada diri sendiri, saya rasa sangat berbaloi! Oh lupa, dapat work out 3 jam dengan Kevin Zahri juga 😀

Team 1&2 JB Utara bersama Kevin Zahri
Actually saya memang dah lama nak turunkan berat badan since my previous berat lepas lahirkan Najla is 67 kg then turun sikit kepada 64 kg. Lepas tu maintain sampailah awal tahun 2014. Saya memang dah lama nak kurus sebab matlamat kurus dengan sihat ni memang ada dalam usaha TTC saya juga. Turunkan berat badan dengan sihat, conceive dengan sihat, mengandung dengan sihat, dan melahirkan anak dengan sihat. In shaa Allah 🙂

Cabaran?


First of all, pendapat saya, untuk kuruskan badan dengan cara yang sihat, kita perlu ‘tahan telinga’ dengan persepsi negatif sesetengah pihak yang mempertikaikan sama ada program yang saya sertai ini akan berjaya atau tidak. Teringat lagi saya bagaimana saya dan dua schoolmate saya itu ditertawakan apabila ada rakan-rakan lain yang tahu kami sedang mengawal kalori pemakanan dan sanggup menyertai program kesihatan seperti itu dengan bayaran RM300! Ibu mertua saya juga risau bila melihat saya asyik mengawal makan dan melihat badan saya mula susut. Tapi alhamdulillah, walaupun pada awalnya ramai yang tidak yakin dengan keberkesanan program ini, setelah melihat perubahan positif pada tubuh badan kami yang mula menunjukkan penurunan berat badan dan nyata lebih bertenaga, barulah rakan-rakan saya dan keluarga saya terutamanya, berminat untuk mengetahui apa yang telah kami lakukan sepanjang program tersebut. Saya langsung tidak malu untuk bercerita pada rakan-rakan  atau keluarga saya yang bertanya bagaimana saya boleh kurus dengan sihat hanya dalam masa 6 minggu.

Aktiviti?


Sangat banyak dan best. Tapi khabarnya JK1M musim terbaru lebih banyak aktiviti berbanding musim kami dahulu. Aktviti-aktiviti yang saya rasa tak mungkinlah saya akan buat dalam keadaan ‘normal’ macam Zumba, jogging berkilo-kilo meter, hiking, work out untuk burn carbo dan fat dan macam-macam lagilah. Saya dah tak ingat nama-nama setiap work out tu. Tapi kalau tak pernah buat and silap cara, memang boleh pengsan. Hehe.

Akitiviti hiking di Gunung Pulai

Saya dan kawan saya Azira (orang yang bertanggungjawab mengajak saya sertai program ni)

Bersama sebahagian team 2 group JB Utara. Yang pakai tudung merah tula trainer kami, Najjah.
Masa ni muka kami semua dull sikit. Mungkin sebab penyusutan berat menyebabkan kurang seri sikit. Hihi



Pemakanan?


Program Kevin Zahri tidak sama seperti program Atkins yang hanya mengawal pengambilan karbohidrat sahaja. Pemakanan yang ditekankan dalam program ini lebih kepada kawalan pengambilan kalori makanan. Macam saya; pengambilan kalori saya untuk sehari adalah 1200 kcal. Itu dah kira maksimum kalau saya tak ada exercise dan sekadar ‘duduk-duduk’ sahaja. 1200 kcal tu lebih kurang 3x makan:  1. Sepinggan makanan berlauk yang mengandungi secawan nasi (saya prefer beras Taj Mahal atau beras perang sebab kalori lebih rendah), ikan/ayam, sayur, 2. Snack (salad, dsb), 3. dan lain-lain yang akhirnya mencukupkan jumlah kalori saya sehingga 1200 kcal sehari. First week memang sangat mencabar. Saya rasa kebuluran melihat makanan dan rasanya lebih menderita berbanding puasa sebulan! Tapi dalam masa seminggu itu juga dengan hanya mengawal kalori, saya Berjaya menurunkan berat badan 1-2 kg, tanpa exercise. Jadi untuk meningkatkan bilangan kg yang akan diturunkan, minggu-minggu berikutnya saya fokuskan kepada aktiviti-aktiviti work out dan makanan-makanan yang dapat meningkatkan metabolism seperti makanan pedas, kopi, dsb. Tidak lupa juga kepada air detox! Pemakanan juga lebih sihat sebab saya hanya makan ikan atau ayam yang digrill, minyak sayuran atau minyak zaitun, beras perng atau Taj Mahal makanan-makanan rebus, buah-buahan dan saya AVOID segala makanan segera kecuali SUBWAY (sebab kalori rendah dan sihat). NO junk food, air bergas, air kotak, air manis, chicken nugget, kentang goreng, dan segala-galanyalah yang mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Kalau kepingin sangat, saya akan makan ice cream potong sebab kandungan kalorinya still rendah.

Kesan?


Alhamdulillah, selepas 6 minggu saya sertai program ni, berat saya turun sebanyak 6 kg. Dari 64kg kepada 58 kg. Kemudian saya still teruskan pemakanan seimbang dan exercise berterusan seperti work out 2 kali seminggu, hiking seminggu atau 2 minggu sekali, berjogging, main badminton, dan sebagainya selama lebih kurang 3 bulan. Sehingga Mei tak silap saya. Kesibukan belajar saya juga membantu saya dalam mengawal pengambilan kalori seharian saya sehingga saya rasa perut saya seperti sudah dilatih hanya untuk makan dalam kuantiti yang kecil selama saya mengamalkan cara hidup sihat itu.

Saya di awal program (gambar kiri) dan masa minggu ke-4 program (gambar kanan).
Masa ni dah susut lebih kurang 4-5 kg. Gambar tidak diedit ya. Saya hanya crop dari
gambar-gambar di atas. 

Tujuan utama saya sertai program ini?


Seperti yang saya bilang, kuruskan badan secara sihat adalah salah satu usaha TTC saya. Dan usaha TTC inilah yang paling sukar untuk saya buat. Puas sudah berblogwalking baca kejayaan-kejayaan TTCian lain yang mengamalkan cara hidup sihat kemudian dapat conceive dengan jayanya secara natural. Tapi sejujurnya saya still gagal untuk mengamalkan cara hidup sihat itu dengan JAYAnya! Mungkin tak nak ambil tahu, atau malas nak amalkan cara pemakanan yang sihat dan menganggap semua yang terhidang depan mata adalah rezeki selagi boleh makan, atau selalu rasa gagal melihat keberkesanan saya berbasikal atau berjogging dalam penurunan berat badan, menjadikan saya semakin gagal dengan usaha saya yang satu ini. Puas sudah segala produk kesihatan yang agak terkenal saya cuba. Kesannya? Hanya sedikit.

Dan paling lucu, pakej menguruskan badan under MayFair pun saya pergi juga. Tapi, saya tak adalah bayar pakej yang ribu-ribu tu. Saya beli voucher under Groupon, set trial dalam RM30-RM40 kot untuk 3 sesi. Kak Leha pun saya belikan juga. Mak aih! Sakit sangat! Saya memang respect orang yang boleh kuruskan badan dengan cara sedemikian and sanggup melabur beratus-ratus atau beribu-ribu untuk lebih kurang 10 sesi menguruskan badan yang complete. Dahlah mahal, menyakitkan pula dengan segala mesin pemecah lemak dan sebagainya itu. Saya rasa yang paling best agaknya ialah Hot Blanket dengan satu badan disapu dengan lotion bercili. Tapi at last, staff di MayFair tu selalu ingatkan saya supaya JAGA MAKAN JUGA! Haha! Dan akhirnya saya terpaksa quit sebab saya rasa, cara menguruskan badan sedemikian tidak sihat untuk sistem dalaman saya dengan barang elektrik bagai dan sebab yang lebih kukuh mestilah kerana ianya MENYAKITKAN!

Syukur Alhamdulillah Allah memakbulkan doa saya yang selalu meminta agar diberikan petunjuk dan jalan dalam usaha saya berTTC ini. Dan akhirnya saya menemui peluang ini; menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia Musim Pertama. Peluang yang benar-benar memberi kesan positif dalam hidup saya. Dan buat pertama kalinya, barulah saya berjaya untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan menurunkan berat badan secara sihat juga. Selepas tamat program, saya masih konsisten dengan pengambilan kalori dan work out, yang menjadikan berat saya akhirnya turun lagi dari 58 kg kepada 54 kg. Lucunya, Edy yang tak menyertai program tu turut susut 10 kg sebab terpaksa makan apa yang saya makan di rumah. Tanpa saya sedar, Edy juga ‘terpaksa’ mengamalkan cara hidup yang sihat dari aspek pemakanan kerana kasihan pada saya yang beria-ia mahu mengamalkan cara hidup sihat 🙂

Ikut putaran jam (saya dan Edy spend time together main badminton seminggu sekali, saya dan Iman (nephew) hiking together, saya dan kakak saya, Kak Leha (mak kepada Iman) hiking bersama dan akhir sekali bersama founder JK1M, Kevin Zahri)

So, pada kawan-kawan TTC yang mungkin menghadapi masalah untuk menguruskan badan dan berdiet secara sihat seperti saya, mungkin boleh cuba untuk sertai program-program seperti ini. Paling penting ialah support dari ahli team tu sendiri. Buat secara sendirian dan berseorangan mungkin akan menyebabkan kita rasa cepat give up atau bosan berbanding melakukannya secara berkumpulan. Percayalah, kesannya in shaa Allah akan positif. Minda kita pun jadi lebih sihat kerana weekend terisi dengan aktiviti yang menyihatkan seperti ini. Tak semestinya mesti join program Kevin Zahri. Pada pendapat saya, apa-apa program yang mungkin ada di kawasan berhampiran yang dapat melibatkan kita dengan aktiviti sihat seperti ini dan kalau boleh program yang disertai itu lebih kepada work out dan bukannya jualan produk kesihatan semata-mata 🙂

Dalam team saya, rata-rata dah jadi mak-mak orang, termasuklah kakak saya yang sudah beranak 8 tu! Yang single-mingle tak berapa ramai, tapi kami terdiri dari pelbagai latar; ada yang pensyarah, guru, engineer, students, surirumah dan sebagainya. Untuk sertai program seperti ini, janganlah mencari alasan seperti terlalu sibuk atau tiada masa. Kekuatan itu datang daripada diri anda sendiri, Teringat saya pada kata-kata seorang peserta dari group kami, Dr Balqis (pensyarah fakulti kejuruteraan UTM) yang lebih kurang begini, “kalau nak sertai, jangan mencari alasan kerana hanya orang yang cepat mengalah dan tidak mahu sahaja akan memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai.”

Saya dan Azira. Lepas habis program lebih kurang sebulan. Masa ni bulan April 2014.
Saya terlibat sebagai mc MSSJ 2014 manakala Azira sebagai Floor Manager.
Muka kami masa ni dah berseri sikit. Hehe

Dari kiri Kak Ika, Azira, saya, Shama, dan Lina. Masa ni bulan 5, Hari Guru.
Masih berjaya mengekalkan kekurusan. Hihi

Ok, sampai sini dahulu entry kali ini. In shaa Allah bertemu lagi nanti. Semoga entry ini dapat menjadi inspirasi buat kawan-kawan yang mungkin sedang mencari jalan untuk menurunkan berat badan secara sihat.

Sesiapa yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang program JK1M yang saya sertai ini, boleh layari kevinzahri.com

Akhir kalam, wassalammualaikum w.b.t 🙂

This Post Has 9 Comments

  1. sweet tooth

    Ummi, tahniah! semoga istiqamah. 70% yg menyumbang kepada berat badan adalah pemakanan. bila jaga makan memang akan susut badan secara sihat. I did it last year, and managed to loose 6 kilos. tapi sebab tak istiqamah, naik balik… huhuhu…so skang ni dalam proses nak turunkan semula… harap2 lps ni istiqamah la… heheheh

  2. Feed by Ummi Najla

    Betul tu sweet tooth.. Istiqamah tu sangaaaaatlah penting kan. Kadang2 kalah nafsu juga, tapi memang kena muhasabah diri balik. Nak sihat, mestilah tahan nafsu dan yang paling penting istiqamah.. Hehe 🙂

  3. Anonymous

    Salam kak, nak tanya, tempat tinggal disediakan sekali x kalau join jk1m ni? Ke tanggung sendiri?

  4. Feed by Ummi Najla

    Wssalam, JK1M ni hanya weekend sahaja dik.. Cuba cari slot JK1M di tempat terdekat dgn tpt adik ye.. JK1M musim ke-5 x silap start bulan september ni.. tengok link website kevinzahri yg akk bg kat atas tu ye.. register dgn trainer yg terlatih..JK1Mada 1 Malaysia..

  5. Ila Razali

    Terinspire sungguh mmbacanya. Tq sis….. insyaallah sy join jk1m 5 sept ni. Dan saya now di fasa kwn2 dok condemn msuk jk1m tu bazir…. bersenam seniri pun mmpu :(( tapi…. dh byk kli dah sy try…. x brp berjy. Cabaran utama ada smgt dari diri sendiri. Itu kita boleh dpt dr kwn2 seperjuangn kan sis….. pray for me sis. X sabar nak feel aktif dan sihat…..

    Regards – mama ank 4 ?

  6. Ila Razali

    Terinspire sungguh mmbacanya. Tq sis….. insyaallah sy join jk1m 5 sept ni. Dan saya now di fasa kwn2 dok condemn msuk jk1m tu bazir…. bersenam seniri pun mmpu :(( tapi…. dh byk kli dah sy try…. x brp berjy. Cabaran utama ada smgt dari diri sendiri. Itu kita boleh dpt dr kwn2 seperjuangn kan sis….. pray for me sis. X sabar nak feel aktif dan sihat…..

    Regards – mama ank 4 ?

  7. Ila Razali

    Terinspire sungguh mmbacanya. Tq sis….. insyaallah sy join jk1m 5 sept ni. Dan saya now di fasa kwn2 dok condemn msuk jk1m tu bazir…. bersenam seniri pun mmpu :(( tapi…. dh byk kli dah sy try…. x brp berjy. Cabaran utama ada smgt dari diri sendiri. Itu kita boleh dpt dr kwn2 seperjuangn kan sis….. pray for me sis. X sabar nak feel aktif dan sihat…..

    Regards – mama ank 4 ?

  8. magic blue

    Betul hanya pemakanan yang sebenar dan sedikit yang membakar lemak saja betul betul boleh kurangkan berat badan

  9. magic blue

    Betul hanya pemakanan yang sebenar dan sedikit yang membakar lemak saja betul betul boleh kurangkan berat badan

Comments are closed.