You are currently viewing Menyusu dan berpuasa (FAQ)

Menyusu dan berpuasa (FAQ)

Persoalan biasa tentang penyusuan dan berpuasa.1. Kenapa susu saya drop bila puasa?

Sebenarnya puasa tak beri kesan pun pada production susu. Badan ibu secara automatik akan membuat ‘pengubahsuaian’ dengan menggunakan sumber kalori sedia ada dan menghasilkan susu seperti biasa semasa ibu berpuasa.

Tapi bila ibu rasa penat/letih/stress/tak sahur/tak cukup minum air dan rasa dahaga, akan beri kesan pada penghasilan hormon oksitosin (yang berfungsi untuk mengecutkan otot di sekeliling kelenjar susu dan mengeluarkan susu)

Yang mana akan menyebabkan hormon ini berkurang dan secara automatik berkuranglah susu ibu (susu drop).

2. Kenapa kena minum air banyak waktu malam?

Ini kerana sumber susu dihasilkan dari bendalir dalam tubuh badan ibu. Selepas berbuka sehingga sahur, ibu perlulah minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter untuk membekalkan tubuh badan dengan jumlah air yang mencukupi untuk penghasilan susu.

Sediakan air sentiasa di sisi supaya ibu sentiasa ingat untuk minum.

3. Kencing saya pekat bila berpuasa.Kencing pekat dan sedikit menunjukkan badan ibu kekurangan air.

Cara Ajarkan Bayi Duduk, Stimulasi Mulai dari Usia 3 Bulan |  Parenting.Dream.co.id

Untuk mengetahui sama ada badan ibu cukup air atau tidak, warna air kencing biasanya jernih dan itu menandakan air dalam badan ibu mencukupi.

4. Kenapa tak digalakkan bersahur dengan air nescafe?Sebarang minuman berkafein akan menggunakan banyak air dalam badan untuk disingkirkan. Jadi, minuman berkafein akan mengurangkan air dari tubuh badan ibu dan menjadikan ibu sangat letih.

5. Saya surirumah. Macam mana saya nak tahan berpuasa bila anak suka mengempeng?Jika ibu tidak mampu, Islam memberikan rukhsah kepada ibu menyusu yang berpuasa untuk tidak berpuasa dan wajib membayar fidyah.

Memang cabaran utama bagi ibu-ibu menyusu yang bersama dengan anak 24 jam. Sekiranya tidak mampu, berbukalah. Alternatif yang boleh dilakukan jika ibu ingin berpuasa, berikan anak susu perahan untuk menggantikan 1-2x sesi di rumah terutama pada waktu tengah hari dan petang.

6. Saya mengepam 3 jam sekali tapi kenapa susu saya kelihatan cair?Otak akan mengesan cuaca dan menghasilkan susu mengikut keperluan bayi. Sekiranya cuaca agak panas, susu sedikit cair untuk memastikan bayi tidak dehidrasi. Sekiranya cuaca sejuk, susu yang terhasil lebih pekat.

7. Tips menyusu di bulan puasa boleh dirujuk di link ini ??????https://www.facebook.com/…/a.17902…/1864758493742780/…

Selamat berpuasa mommies!