Menyusu dan KURUS? Fakta atau auta

Banyak soalan Kak Nad dapat tentang macam mana nak kurus dengan menyusu.

Kak Nad jarang sentuh tentang diet pemakanan ibu menyusu sebab Kak Nad bukanlah pakar dalam bidang ini. Ramai lagi yang pakar tentang pemakanan yang sihat untuk ibu-ibu menyusu.

Kak Nad pernah share sikit sebelum ni di sini.??????

“Boleh ke berdiet sewaktu menyusu?”

https://www.facebook.com/feedbyumminajla/posts/1813727532179210:0

Cuma kalau ada mommies yang mengadu, mommies tak kurus-kurus walaupun menyusu badan, sebenarnya semua ada kaitan dengan pengambilan kalori makanan seharian mommies.

Dulu Kak Nad pun jahil tentang ‘kalori’ ni. Tapi sejak Kak Nad pernah jadi peserta Jom Kurus 1 Malaysia (Musim Pertama), dan berpeluang untuk belajar tentang kiraan kalori dari jurulatih nombor satu Malaysia; Kevin Zahri, Kak Nad dah mula faham apa itu KALORI. Masa tu berjaya juga turunkan 6 kg dalam masa 6 minggu dengan ilmu yang betul.

Apa-apa pun kita kena buat dengan ILMU. Tak boleh diet sesuka hati kalau tak nak susu drop. Kak Nad memang pernah amalkan juga kiraan kalori ni waktu menyusu. Alhamdulillah susu still meriah, Kak Nad lebih sihat dan baby pun bertambah sihat masa tu sebab dapat sumber nutrien yang lebih berkualiti.

Asasnya ialah kita perlu tahu berapa kalori yang diperlukan oleh tubuh badan. Faktor usia, jantina, berat, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan perlu diambil kira untuk dapatkan jumlah kalori yang tepat.

Macam Kak Nad, kiraaan kalori yang diperlukan oleh badan ialah 1200kcal (tanpa menyusu).

Tapi disebabkan ibu-ibu menyusu akan membakar lebih kurang 500kcal sehari untuk penghasilan susu, jadi Kak Nad tambah jumlah 500kcal ni kepada bacaan asas tadi. So total yang diperlukan ialah 1700kcal sehari.

Masalah kegemukan berlaku bila kita makan melebihi jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. Contoh badan kita perlukan kalori 1700kcal tapi kita makan sehari dalam 3000-5000kcal.

So bayangkanlah berapa ribu kalori yang tak diperlukan oleh badan untuk pembakaran tenaga disimpan sebagai LEMAK. Semuanya kerana pengambilan kalori yang berlebihan.

Kak Nad makan apa sahaja. Nasi Kak Nad tak tinggalkan. Ais krim pun Kak Nad makan bila nak. Sayur dan protein itu wajib. Tapi Kak Nad kena kira kalori makanan setiap hari. Kak Nad makan kuantiti yang mencukupi (tak kurang dan tak lebih dari 1700kcal sehari).

Cuma untuk jimat kalori dan kekalkan kuantiti hidangan, Kak Nad tukar BRAND makanan dan jenis hidangan. Cari yang lebih sihat. Contohnya, Kak Nad kena makan 2 cawan nasi. Beras jenama biasa bersamaan dengan 200kcal secawan. So untuk jimat kalori tapi kekalkan kuantiti hidangan, Kak Nad tukar kepada beras Taj Mahal (1 cawan hanya 100kcal sahaja).

Samalah juga dengan sayur dan protein (ikan, daging, telur), Kak Nad tukar cara masakan. Panggang, masak air dan tanpa minyak jadi pilihan utama. Minyak masak pun Kak Nad tukar. Pilih minyak masak jenis sayuran. Lemak still ambil tapi pilih jenis unsaturated fat. Kak Nad suka makan roti tapi Kak Nad pilih wholemeal bread. Sapu jem tak? Of course sapu mommies! Cuma Kak Nad pilih jem yang rendah kalori.

Untuk peringkat awal memang Kak Nad akan kerap survey di bahagian label makanan untuk tahu nilai kalori per serving. Jadi Kak Nad still makan macam biasa cuma pilih makanan yang berkualiti. Air masak memang kena jaga. 3L sehari mesti minum.

Jadi agaknya, terjejas tak susu mommies? Tentulah tidak kalau mommies buat dengan ilmu. Malah lagi berkualiti susu yang baby dapat. Metabolism badan meningkat, mommies jadi sihat dan apa yang mommies makan JADI SUSU dan BUKAN LEMAK.☺️

Diet Atkins antara diet yang tidak disyorkan untuk mommies menyusu. Jadi, janganlah nak kurus cepat dengan amalkan diet yang salah.

“Kalau saya tak berdiet & tak nak exercise sebab tak sempat, boleh tak saya nak kurus dengan menyusu sahaja?”

“BOLEH”. Dengan syarat mommies kena menyusu dengan KERAP dan mengepamlah bersungguh-sungguh.???

1oz susu yang dihasilkan akan membakar lebih kurang 20kcal. Kalau mommies mengepam dapat 5oz (1 botol) so maksudnya 100kcal terbakar. Kalau 1 sesi mommies boleh dapat sampai 10oz, maknanya 200kcal terbakar setiap sesi (anggaran 20-30minit mengepam).

Kalau satu hari 4x sesi mengepam dan dapat jumlah perahan lebih kurang sama, hampir 800kcal dalam badan terbakar dengan penghasilan susu tadi.

800kcal ni banyak tau! Kalau buat workout mahu nak pitam. Hehe..

Ni baru kira untuk sesi mengepam. Tak termasuk mommies balik rumah sambung df sampai tengah malam. Mahu 1000kcal burn kot.?

Lepas tu mommies kena tahu bila WAKTU TERBAIK nak MAKAN. Pembakaran kalori paling efektif untuk makanan sebenarnya ialah selepas kita buat workout. Ni yang Kak Nad belajar dulu masa join Jom Kurus.

Trainer Kak Nad galakkan kami makan selepas work out. Sebab lepas work out, pembakaran kalori dalam badan tengah ‘aktif’. Bila kita terus makan, pembakaran kalori dari makanan tu terus berlaku dan tak sempatlah makanan tu nak jadi lemak (dlm bahasa mudahnya).

Jadi, sebagai gantian mommies yang tak buat workout, mommies bolehlah makan SELEPAS sesi menyusu/mengepam sebab badan mommies dah start mem’bakar’ masa sesi menyusu/mengepam tadi. So, automatik makanan yang mommies makan tadi terus di’bakar’.

Tapi kenalah tengok output dan inputnya juga. Janganlah output (susu) sikit tapi input (makanan yang masuk) banyak pula berganda-ganda melebihi output. Sama jelah kalau macam tu. Hehe.

Hakikatnya, kita mak-mak menyusu ni memang cepat lapar bila menyusu sebab badan kita asyik membakar kalori.☺️

Workout pun jadi ke laut sebab ‘workout’ mommies setiap hari lagi dasyat – house chores, jaga anak, bangun malam, etc.?

House chores tu pun bakar banyak kalori. So sebenarnya dalam tak sedar, mommies pun ber’workout’ juga setiap hari.?

Perkongsian Kak Nad ni tak detail. Banyak lagi point-point lain yang Kak Nad tak sentuh. Cuma kalau mommies betul nak kurus sewaktu menyusu, carilah ilmu yang betul dan tahu setiap asbab-musabab apa yang mommies buat tu.

Jika ada ilmu, mommies boleh berdiet sewaktu menyusu tanpa masalah. Tapi kalau tak ada ilmu, berdietlah lepas mommies tamatkan tempoh penyusuan 2 tahun. Itu lebih selamat.

Semoga sedikit perkongsian ni menjawab persoalan mommies yang bertanya selama ni.

“TURN your food into milk, not fat!”
Salam penyusuan susu ibu dari;
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor

**(Gambar sebelah kiri masa baby 6 bulan, berat 72kg. Gambar sebelah kanan masa baby 18 bulan, berat 58kg sehingga sekarang).