Kehilangan

Assalammualaikum w.b.t
 
 
Sejak akhir-akhir ini saya selalu terbayang akan sesuatu yang akan hilang. Kehilangan yang saya tak pernah terfikir malah tak terlintas. Namun adakalanya, sewaktu saya ralit sedang membuat kerja, tiba-tiba saya terbayang bagaimana kalau tiada hari esok untuk saya? Jika saya di sekolah, saya terus ke ruang solat, memohon ampun pada Allah. Kalau di rumah, saya cepat-cepat peluk Edy. Saya tak nak minta apa-apa, saya cuma mahu Edy ada di sebelah saya saat itu. Apakah saya punya masa untuk kumpul pahala sebanyakknya? Kadangkala tak dinafikan, saya juga orang yang banyak khilaf dan dosa.
 
Adakalanya saya terasa masa begitu suntuk. Saya cuba gunakan setiap saat yang ada sebaiknya. Alhamdulillah, 1 daripada azam tahun ini sudah tercapai dan saya harap azam itu bukanlah sekadar azam. Dua lagi azam masih dalam percaturan masa untuk saya hadapinya. Saya tak pasti adakah saya masih berkesempatan untuk itu tapi saya tetap akan teruskan liku perjalanan ini. Saya yakin Allah SWT telah aturkan yang terbaik untuk saya. Saya cuma berdoa, sekiranya itu yang terbaik buat saya, Allah permudahkan ia bagi saya dan saya berharap agar saya sentiasa redha dengan ujian yang datang dalam tempoh saya ingin mencapai cita-cita saya ini.
 
Saya cuba menghargai apa yang saya masih ada. Peluang di depan mata akan terus saya kejar. Saya ingin berkhidmat dan beramal. Semoga setiap peluang yang ada itu adalah terbaik untuk saya. Jika tidak, saya redha jika ia bukan untuk saya.
 
Saya yakin dan saya tak perlu takut. Saya boleh hadapi semua ini dengan baik.
 
Insya-Allah. Allah Maha Mendengar. Saya tak sabar untuk berikan hadiah terbaik buat ibu bapa saya di ‘sana’ juga.
 
p/s: Lewat ini, entry saya selalu ringkas dan pendek sahaja kan. Kerana saya sedang mencuri masa dan saya tak nak persiakan masa yang ada. Doakan saya 🙂

This Post Has 2 Comments

  1. ril3x

    Didoakan agar semuanya selamat sahaja…amin

Comments are closed.