Inilah kakak saya, Dr Maskiah Hj Masrom. Berusia 52 tahun. Idola saya dalam penyusuan susu ibu.
Kakak saya telah menyusukan keempat-empat anaknya selama 2 tahun. Dengan ketiadaan gadget dan kurangnya penyebaran tentang ilmu penyusuan pada masa itu (lebih 20 tahun lepas), kakak saya tak pernah putus asa untuk cari ilmu tentang penyusuan susu ibu melalui buku dan majalah.
Storage bottles pada masa itu tak semurah sekarang. Kakak saya terpaksa beli dari luar negara kerana di Malaysia sangat susah nak jumpa.
Saya masih ingat arwah mak saya uruskan EBM kakak saya. Dalam hati kecil saya yang masih bersekolah, kenapalah tak guna ‘susu tepung’ je. Kan lebih senang…
Kakak saya juga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana waktu itu cuti bersalin yang disediakan hanya 45 hari hanya kerana ingin pastikan penyusuan awal itu berjaya.
Mengusung ke sana ke mari anak-anak hanya kerana ingin pastikan penyusuan susu ibu dapat dilunaskan selama 2 tahun sudah jadi satu kebiasaan pada masa itu.
Dicemuh? “Perkara biasa”, kata kakak saya. Memang ramai yang pandang serong atas ‘kepayahan’ kakak saya berusaha untuk menyusukan dan perlu mengepam di tempat kerja. Ingat lagi pam tradisional kakak saya yang ada getah warna merah tu ?
Sekarnya kakak saya ingin menempuh perjalanan ini, menjadikannya terinspirasi untuk hasilkan karya tentang penyusuan susu ibu dalam salah satu cerpen beliau.
Dan saya sangat gembira bila kakak saya sangat menyokong perjuangan saya. Dan barulah sekarang saya faham, kenapa kakak saya sanggup ‘bersusah-payah’ untuk menyusukan anak-anak saudara saya dulu dan tidak memilih susu formula.
Kerana dia ingin berikan MAKANAN TERBAIK untuk anak-anaknya. Seperti apa yang saya cuba lakukan untuk anak saya sekarang.
“Angah hanya berpegang pada Surah Al-Baqarah Ayat 233. Kalau kita faham maksud ayat tu, kita wajib
laksanakan..”
Terima kasih angah… Semoga perjuangan penyusuan ini dapat diteruskan oleh adikmu ini yang masih banyak kelemahan dan selalu rasa rendah diri untuk berkongsi.
#SeminarKebangsaanIbuSusuan
#KelabSokonganPenyusuanSusuIbuJohor