You are currently viewing Kepentingan Ilmu Penyusuan Susu Ibu Supaya Ibu Tak Alami Kegagalan

Kepentingan Ilmu Penyusuan Susu Ibu Supaya Ibu Tak Alami Kegagalan

Buat bakal-bakal ibu yang ingin menyusukan anak secara esklusif, hadamkan perkongsian saya ini. Semoga bermanfaat dan anda tidak akan membuat sebarang kesilapan.

Teruskan penyusuan susu ibu dengan sedaya yang ada. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

Sambungan dari BAHAGIAN 1

Boleh tekan link ini untuk bahagian pertama

Assalammualaikum w.b.t

Perjalanan penyusuan saya tidaklah esklusif 100%. Gara-gara ada sedikit ilmu yang saya tidak study betul-betul, maka Khadijah 3 kali telah diberi formula milk (fm).

Semuanya telah ditakdirkan dan di luar kawalan saya kerana saya langsung tidak tahu baby akan diwarded selepas dilahirkan kerana saya positif GBS melalui result HVS dan saya tahu tentang result high vaginal swab (HVS) ini pun pada malam 10 Mei 2015 (usia kandungan 38 minggu), iaitu pada hari saya ditahan kerana sudah dilate 3cm.

HVS tu dilakukan sewaktu saya bleeding pada 29 minggu. Alhamdulillah saya ditakdirkan bersalin di HSAJB (tempat yang sama Najla dilahirkan), kerana rupanya Allah ingin menyelamatkan anak saya dengan result HVS itu (saya akan cerita bila saya sudah bersedia).

Pada 12 Mei 2015, sewaktu saya ditolak ke labour room, setiap kali nurse, HO, MO, dan doktor pakar datang memeriksa saya, perkara yang sama akan saya tanya, “kalau anak saya boleh bernafas dengan baik, boleh tak saya nak menyusukan anak saya?” Dan alhamdulillah, jawapan yang sudah dijangka daripada staf-staf sebuah hospital kerajaan yang juga hospital rakan bayi itu sememangnya adalah “SANGAT BOLEH”.

Maka, selepas selamat melahirkan pada 4.15 petang, saya terus minta agar bayi saya diserahkan kepada saya sebelum dihantar ke wad A2 (wad paedatrik). Alhamdulillah, saya dapat tunaikan impian saya untuk penyusuan awal selepas kelahiran.

Nurse beri saya peluang selama setengah jam untuk belajar direct feeding (df) bersama Khadijah. Lebih kurang pukul 5 petang, saya ditolak balik ke wad dengan wheel chair dan Khadijah terus ke wad A2 bersama Edy.

Selepas mandi wiladah, lebih kurang pukul 7.30 malam, saya ke wad A2 menaiki wheel chair utk df Khadijah. Edy sudah pesan pada nurse di sana, Khadijah mahu diberi full df.

Dan saya stay di wad A2 bersama Edy dan Khadijah sehinggalah pukul 12 malam. Bila saya pulang ke wad first class, nurse di sana rupanya mencari saya dan saya tidak dibenarkan ke wad A2 lagi kerana nurse bimbang keadaan saya yang baru sahaja bersalin.

Saya memang bercadang nak ke wad A2 pukul 3 pagi nanti tapi dihalang nurse kerana bimbang terjadi apa-apa kepada saya dalam perjalanan ke wad A2. Mereka hanya benarkan saya bekalkan EBM untuk Khadijah.

Di sinilah saya telah melakukan kesilapan kerana ilmu PSI yang tidak dipelajari dengan bersungguh-sungguh.

Saya putus asa ketika cuba mengeluarkan kolostrum melalui kaedah marmet dan menggunakan pam manual Avent. Saya kurang ilmu di sini dan saya jadi canggung, hilang idea, dan bingung.Maka saya mengalah begitu cepat dan akur untuk Khadijah diberikan fm ketika di wad A2.

Dua kali Khadijah diberi fm di wad, iaitu pada pukul 3 pagi dan 6 pagi. Keesokan harinya bila saya dibenarkan untuk keluar wad, saya terus mendapatkan Khadijah untuk df bersamanya. Hinggalah kami dibenarkan pulang pada pukul 3 petang.

Sekali lagi kesilapan saya berlaku bila pulang sahaja ke rumah. 8 jam Khadijah df bersama saya dari pukul 4 petang hingga 12 malam tanpa henti. Anehnya Khadijah asyik menangis bila saya lepaskannya. Saya tak tahu Khadijah nak apa.

Saya berdoa agar Khadijah tidak terus meragam. Alhamdulillah, Khadijah ok dan tidur nyenyak setiap kali selepas df dan selepas kekhilafan itu, barulah saya terhegeh-hegeh mencari di mana kesilapan saya.

Barulah saya nak menjenguk semula nota-nota di internet. Barulah saya tahu kenapa saya hampir gagal pada awalnya. Mujur, saya tidak gagal terus untuk menyusukan Khadijah. Syukur Allah masih memberi peluang kepada saya.

Saya ingin berkongsi kekhilafan saya ini agar rakan-rakan yang berusaha untuk menyusukan anak kalian secara esklusif, tidak melakukan kesilapan yang sama seperti yang telah saya lakukan.


1. Saya tidak dapat mengeluarkan susu melalui kaedah marmet.

Sebenarnya, saya tiada ilmu tentang cara untuk mengeluarkan susu secara marmet sejurus selepas melahirkan. Saya rasa kaedah marmet sangat menyusahkan dan sedikit menyakitkan. Saya cuba pula dengan pam manual Avent, hasilnya tetap sama, tiada setitik kolostrum pun yang keluar.

Masa tu saya tak pasto sewaku saya df Khadijah, dia dapat atau tidak kolostrum tu. Tapi setiap kali lepas df, Khadijah terus tidur lena. Jadi, saya beranggapan Khadijah mungkin dapat juga barangkali setitik dua, cukup untuk saiz perutnya yang masih kecil itu.

Apa yang sepatutnya saya lakukan?

Kolostrum hanya dapat dikeluarkan apabila menerima rangsangan (hisapan bayi atau pam). Sepatutnya saya kerap menyusukan bayi saya dan dengan lekapan yang betul, kolostrum akan keluar apabila menerima rangsangan.


2. Anak saya menangis setiap kali saya lepaskan df dengannya.

Sesampai sahaja di rumah, kakak saya sudah menunggu. Saya sempat makan lauk ikan bakar, tempe, dan sayur lobak putih. Kemudian saya terus menyusukan Khadijah dari pukul 4 petang hinggalah 12 malam. 8 jam Khadijah df. Saya memang langsung tak boleh bergerak pergi ke tempat lain.

Anehnya, bila saya cuba letakkan Khadijah, Khadijah terus menangis. Dia hanya akan senyap bila saya menyusukannya. Sejujurnya saat itu, saya mula bimbang, bimbang Khadijah dehydrated kerana tidak dapat susu.

Mungkin position latching yang salah saya fikir (kerana cik P melecet), jadi saya mengalah dengan air mata mengalir. Tekanan kerana tidak mahu sesuatu terjadi pada Khadijah mula dirasai.


Apa yang sepatutnya saya lakukan?

Seorang bayi yang baru lahir hanya berasa selamat apabila berada disamping ibunya. Kerana bayi masih berada dalam fasa peralihan dari dunia rahim ke dunia sebenar. Kehangatan yang dirasai saat dibedung, dipeluk, dan disusui dapat memberi rasa tenang kepada bayi itu.

Khadijah menangis di rumah mungkin bukanlah kerana lapar susu, sebab selama 8 jam itu, Khadijah senyap sahaja bila saya menyusukannya. Adalah normal bayi mahu ‘melekat’ dengan ibunya yang sudah bersama dengannya selama 9 bulan dalam kandungan.

Selepas susu saya diizinkan Allah untuk keluar, setiap kali Khadijah mahu menyusu, Khadijah memang akan menyusu dalam tempoh yang lama (30-45 minit) sebelum dia tertidur pada awal-awal kelahirannya.

Keadaan ini sebenarnya hanyalah untuk membuatkan bayi berasa selesa dan selamat berada disamping ibunya ketika cuba menyesuaikan diri dengan dunia luar yang begitu luas berbanding dunia rahim yang hangat dan sempit.

Dan kerana itu, adalah sangat baik sebenarnya untuk bedungkan bayi yang baru lahir agar dia tidak merasa ‘gayat’ dan sentiasa berasa ‘selamat’ seperti dalam rahim.

Alhamdulillah, sejak hari itu, setiap hari Khadijah minum susu ibu. Esklusif selama 6 bulan 3 hari dan fully breastfeeding sehingga sekarang (18 bulan). Besar impian saya untuk menyusukannya sehingga 2 tahun. Semoga Allah izinkan niat saya ini.

Penulisan ini adalah pengalaman Puan Nad Masrom sebelum beliau menjadi Kaunselor Laktasi Bertauliah.

Salam penyusuan daripada saya , semoga para ibu tidak berputus asa untuk menyusukan bayi dengan susu ibu . link artikel sebenar boleh tekan disini