You are currently viewing “Bila nak kena tukar parts breastpump?”

“Bila nak kena tukar parts breastpump?”

“Bila nak kena tukar parts breastpump?”.Mommies pernah ambil tahu tak bila WAKTU yang sesuai nak kena TUKAR parts breastpump?.Atau mommies guna je tanpa tukar untuk anak no. 1 sampai anak no. 4? ?

Mommies boleh rujuk gambar. Ada parts yang perlu ditukar. Kebersihan setiap parts ni sangat penting untuk pastikan susu perahan tak tercemar.Cara cuci pun kena ambil tahu juga.

Kalau membrane dan duckbills tak boleh strelize selalu (suhu steam strelizer terlalu tinggi). Cukup cuci dengan air suam yang bersabun. Cuci dengan lembut menggunakan jari atau kain.

Membrane dan valve memang mudah terkoyak. Kalau terkoyak, proses pam jadi tak efisyen.Tubing hanya perlu dicuci sekiranya ada susu termasuk ke dalam tiub.

Pastikan tiub betul-betul kering sebelum digunakan semula untuk elak wap air termasuk dalam pam. Kalau dah berkulat tu, buang jelah. .Diaphragm pun sama, kena cuci dengan lembut.

Kalau koyak, pam memang tak jalan..Sebelum mommies guna dan cuci, bacalah instruction yang ada di kotak dengan betul. In shaa Allah, kalau dijaga ‘maintenance’ dengan betul, pam boleh tahan lebih lama ☺️.

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk mommies…Salam Penyusuan Susu Ibu dari, Nad Masrom Your Breastfeeding Lactation Counselor.