You are currently viewing PENTINGNYA SOKONGAN AWAL PENYUSUAN SELEPAS KELAHIRAN,

PENTINGNYA SOKONGAN AWAL PENYUSUAN SELEPAS KELAHIRAN,

Semalam kawan baik Kak Nad whatsapp minta tolong. Dia dah mula STRESS sebab tak pasti punca masalah : baby kerap nangis & macam tak cukup susu. Baby baru 4 hari. 

Tak sampai hati nak tolak permintaan kawan sendiri walaupun sebenarnya badan sendiri dah rasa penat sangat semalam.

Kak Nad gagahkan diri juga datang melawat lepas isyak walaupun Kak Nad sendiri dah tertidur sebelum tu. Risau fikirkan mak dah mula stress & demotivate.

Syukur alhamdulillah ilmu penyusuan yang Kak Nad belajar dari Dr Hairin Anisa Tajudin, rakan-rakan kaunselor yang berpengalaman, sesi kaunseling bersama mommies dan sesi praktikal bersama pelatih Baitussolehah selama ni sangat membantu Kak Nad malam tadi untuk selesaikan masalah penyusuan rakan baik Kak Nad ni.

Baby ada tongue tie. Sebelum sesi penyusuan, Kak Nad buat oral stimulation pada baby untuk rangsang saraf di sekitar mulut supaya baby boleh menyusu dengan baik. 

Then Kak Nad ajarkan posisi penyusuan yang betul kepada kawan Kak Nad (sebelum ni cara pegangan mak kurang betul – so, mak & baby rasa stress dan baby tak dapat nak latch dengan baik. Puting mak pun dah melecet sebab poor latch position). 

Alhamdulillah lepas mak pegang dengan betul, baby dapat latch dengan baik. Mak pun tak rasa sakit macam sebelumnya. Baby pandai adapt lidah bahagian belakang untuk menyusu walaupun tongue tie.

Kemudian Kak Nad check breast sebab mak complained susu sebelah kanan ‘macam tak ada’.

Kak Nad check setiap part, rupanya dah ada ‘blocked duct’. Sebab baby tak latch dengan baik, jadi kolostrum tak dapat keluar & block pula ‘jalan’. Sebab tu, mak rasa susu macam ‘tak ada’ sebab banyak kelenjar dah ter’block’ and aliran susu jadi kurang lancar.

So, Kak Nad terus buat hot compression. Beberapa kali roll dekat bahagian ketulan dengan teknik yang Dr Anisa ajar. Then massage & marmet untuk lancarkan aliran susu. 

Alhamdulillah selepas beberapa kali buat, nampak kolostrum yang pekat tu mula keluar (mak masa ni gigit tuala tahan sakit. Ketulan dah makin kurang & breast jadi lebih lembut.

Puting mak sebelah kanan melecet masa menyusu. Mak dah trauma nak menyusukan side kanan. Kak Nad cuba yakinkan mak untuk menyusukan baby side yang melecet tu dengan cara yang betul. Alhamdulillah baby latch dengan baik dan mak rasa ok tak sakit macam sebelumnya. 

1 jam 1/2 sesi malam tadi. Syukur bila nampak ada good feedback dari mak dan baby. Hilang terus rasa penat Kak Nad bila tengok baby dan mak mula tenang. 

Bila dapat tolong kawan baik sendiri, nikmatnya memang tak terungkap. Rasa seronok, terharu, gembira semuanya ada. Apatah lagi kawan baik Kak Nad ni dah menanti sekian lama kehadiran zuriat (5 tahun). 

Kebanyakan TTCian’s mother (trying to conceive) memang cekal hati orangnya. 
Bukan jenis yang cepat mengalah. Dan lebih senang nak educate mereka sebenarnya tentang cabaran penyusuan susu ibu. 

Kak Nad cuba bantu sebab Kak Nad tak nak mereka melalui kegagalan seperti Kak Nad dulu. Suami Kak Nad orang yang paling kuat beri sokongan untuk Kak Nad bantu ibu-ibu ini.

Peranan kami hanyalah sebagai pemudah cara. Bila mak mengadu kurang susu, kami (kaunselor) takkan terus ‘skip’ proses dengan terus cadangkan milkbooster atau cadangkan pakai minyak itu ini untuk increase milk supply.
Banyak faktor yang kena dipertimbangkan. 

Macam kes kawan Kak Nad ni: baby ada tongue tie, poor latching position, mak stress, anak tak dapat susu, kelenjar susu tersumbat. 

Kalau Kak Nad terus cadangkan makan itu ini atau pakai itu ini dan MASALAH ASAS tadi tak diatasi, agak2 selesai tak masalah ibu tadi?

Tak pasal-pasal mak engorge sampai boleh dapat mastitis. Baby boleh dehydrated. Dan banyak risk lain yang mungkin berlaku.

Jadi, Kak Nad berharap sangat kita semua dapat ‘bergerak’ di platform ini atas dasar KEJUJURAN. 

Jika anda adalah penjual milkbooster atau apa jenis bahan yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu, bantulah ibu-ibu yang bermasalah ini dengan ILMU PENYUSUAN dahulu. 

Konsep ASAS perlu ditekankan. Konsep demand & supply, latching position, emosi dan pemakanan ibu, dan lain-lain lagi.

Memang betul keuntungan tu lebih cepat TERLIHAT berbanding MASA yang mungkin seakan-akan ‘terbuang’ bila kita cuba membantu ibu-ibu ini. 

Tetapi sekurang-kurangnya kita bergerak atas dasar KEJUJURAN. Dan kejujuran itulah yang akan membawa KEBERKATAN kepada rezeki perniagaan. 

Keberkatan yang SEDIKITNYA MENCUKUPI, dan BANYAKNYA boleh DIAGIHKAN. Itu adalah lebih baik. 

Janganlah manipulasi emosi mereka yang tidak stabil dengan penghasilan susu yang kurang. Jangan kita meraih keuntungan dengan memanipulasi diri mereka yang TIADA ILMU itu. 

Tak salah menjual. Tapi menjuallah dengan kejujuran untuk keberkatan rezeki buat anak-anak kita juga nanti. Raihlah rezeki yang lebih diberkati.☺️

Kak Nad tahu Kak Nad bukan siapa-siapa. Hanya seorang pejuang susu ibu yang tidak dikenali dan lakukan semua ini atas dasar CINTA. 

Mengharap CINTA dan keredhaan-Nya

 ☺️
Salam Penyusuan Susu Ibu dari,
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor