Apabila sebuah penantian berhasil…

Nyata sinar sentiasa ada buat yang setia berusaha dan menanti dengan penuh yakin.
Ini kisah adik M, seorang yang berTTC untuk mendapat seorang zuriat. M mula saya kenali lebih kurang 2 bulan lalu. Itu pun kerana M mula email saya dan bertanya tentang penggunaan ovulation test strip atau OPK. M jumpa entry OPK saya dan sejak itu perkenalan kami bermula di email. M seorang yang cepat belajar. Daripada setiap pertanyaan M di email, buatkan saya yakin M betul-betul telah bersedia untuk melalui fasa seorang ibu. Kerana M rajin email saya, saya telah berikan nombor handphone saya supaya saya dan M lebih mudah berhubung melalui whatsapp. Saya lebih mudah untuk menjawab terus segala pertanyaan M di whatsapp. Lebih cepat dan ringkas.
Seawal perkenalan kami, M tidak tahu latar belakang saya. M cuma kenali saya melalui entry OPK itu. M tidak tahu saya pernah mempunyai anak dan kehilangannya. Dan M juga tidak tahu, saya juga sebenarnya sedang berTTC. Sepanjang perbualan kami, saya cuba membantu menjawab segala pertanyaan M. Saya juga cuba sedaya yang ada memberi nasihat jika diminta. Hinggalah sudah beberapa hari dan minggu, barulah  M tahu latar cerita saya. Itu pun kerana M berasa hairan, mengapa saya betul-betul bersungguh mahu membantunya. Sejak itu, M mula membaca keseluruhan blog saya. Dan barulah M tahu siapa saya yang sebenarnya. 
Perjalanan TTC M bermula apabila period M mula tidak teratur selepas berkahwin. Selepas itu, M berurut dan kemudian diberitahu tukang urut itu bahawa M susah untuk mendapat anak kerana katanya M mempunyai masalah yang saya pun tidak tahu secara detailnya. Saya cuma ingatkan M agar sentiasa yakin pada kuasa dan keajaiban Allah SWT kerana pada saya, manusia hanya tahu mengandai tapi tidak akan pernah tahu tentang sesuatu takdir. 
Langkah pertama M bermula dengan OPK. Saya yakin M sebenarnya telah banyak buat research tentang OPK, BBT dan sebagainya sebab M banyak tahu tentang segala istilah itu. Saya cadangkan M beli OPK dari blog hamilcomel. Jadi, lebih kurang 2 kitar haid M gunakan OPK. M akan sentiasa update segala usahanya pada saya. Sebenarnya, M lebih kepada mahukan kepastian. Saya yakin M sebenarnya lebih tahu tetapi mungkin saya ada sedikit pengalaman dengan OPK, M rasa lebih yakin untuk merujuk kepada saya. Setiap kali M bertanya tentang usahanya dalam mendapat zuriat, berkali-kali juga saya akan nasihatkan M supaya lakukan BD just untuk kebahagiaan mereka berdua. Saya nak mereka menikmati semua itu tanpa perlu rasa stress berBD semata-mata mahu mendapatkan zuriat. 
Lebih kurang 2 minggu lepas, saya menerima kiriman mesej ini di whatsapp dari M:
Saya faham apa yang M rasa sebab saya tak nafikan adakalanya saya juga berfikir tentang perkara yang sama. Bila menerima mesej M ini buatkan saya bermuhasabah diri kerana seolah-olah luahan M itu adalah luahan dari diri saya sendiri yang mungkin saya tak pernah ungkap selama ini. Jadi saya balas mesej M itu seperti berikut:
Yang pertama sekali, tanya diri dulu, kenapa nak dapat anak? Sebab orang lain ada anak? Atau kerana nak dapat pencen kubur? Jawab sejujur hati dan tak perlu bagi tahu akak.

Kalau kita asyik fikir tentang apa orang kata atau apa yang orang ada, kita memang akan stress. Sehingga kita tak nampak kelebihan and kebahagiaan yg kita ada. Contoh paling baik, suami yang mencintai diri kita.

Allah beri rasa stress tu kerana Dia nak kita dekat dengan dia.

Pagi ni, sebelum masuk zuhur, ambillah masa 5 minit dan bersedekahlah dengan solat dhuha.

Merayu dan mengadulah sepuas-puasnya pada Allah.

Kerana bila kita dekat pada-Nya, kita akan merasa lebih tenang. Dan redha dengan segala ketentuan-Nya.

Bila manusia merasa panik, tertekan atau tidak tenang, itu punca hati masih banyak lagi dosa. Muhasabah diri. Cari apa kesalahan yg kita dah buat pada Allah, Rasul, Suami, Mertua, Ibu bapa atau mereka yang di sekeliling kita.

Balik smula pada soalan pertama, tanya smula diri, kenapa mahu anak?

Apa sumbangan dan amal jariah yg telah kita lakukan untuk dapat zuriat terindah itu? Layakkah kita menebus dgn amalan kita?

Minta maaf klu nasihat akak kurang sesuai. Tp akk nak M dekatkn diri pada Allah dan berserahlah segala-galanya pada Dia.. InsyaAllah…
Dan M membalas…
Sebenarnya bukan M sahaja menangis, tetapi saya juga menangis. Kerana apa yang saya katakan pada M itu sebenarnya saya tujukan untuk diri saya. Ya, saya tujukan untuk diri saya sendiri, seolah-olah saya bermonolog. Saya tahu kenapa Allah beri ujian ini buat saya, kerana Dia nak saya sentiasa dekat pada-Nya. Saya mula berhijrah sejak Najla meninggal dunia dan sejak itu saya belum pernah lagi berhenti berTTC. Pernah seorang rakan dengan penuh hati-hati bertanya saya, bagaimana kehidupan saya sekarang (maksudnya sudahkah saya hamil). Saya tersenyum dan jawab saya masih lagi berusaha. Rakan saya itu meminta maaf dan sebenarnya dia sangat takut kalau soalan itu akan menyinggung saya. Saya menafikan. Dan saya masih ingat lagi apa yang rakan saya tanyakan, “Nadia dah lali ke dengan soalan macam ni?”. Sebenarnya bukan saya lali, tapi saya yakin Allah ada aturan-Nya yang tersendiri buat saya. Saya manusia yang alpa dan cepat lupa diri. Mungkin jika saya terlalu mudah mendapatkannya, saya akan kembali ke cara hidup lama dan menjadi manusia yang tidak bersyukur. Jadi, apa yang saya perlu lakukan, ialah keep trying. Tanpa rasa jemu dan lelah. Saya pernah melihat segolongan manusia yang mengabdikan diri kepada Allah sepenuhnya untuk mencapai apa yang diinginkan. Malangnya, setelah apa yang dihajati diperoleh, aurat tidak dipedulikan, kata-kata menjadi semakin tidak berbahasa dan sangat janggal untuk dilihat jika dibandingkan dengan kehidupan sebelumnya. Saya takut jika saya termasuk dalam golongan manusia ini. Saya takut saya akan lupa diri bila mendapat apa yang saya inginkan. Jadi semua ini saya anggap sebagai ujian kerana Allah masih sayangkan saya dan mahukan saya terus istiqamah dengan hijrah ini. 
Berbalik semula kepada cerita M, semalam saya menerima mesej M. Alhamdulillah M hamil!
“Alhamdulillah, terima kasih kak. Lepas je saya mesej akak hari itu, saya banyak muhasabah diri. Seperti mana yang akak nasihatkan hari tu. Saya lebih banyak mendekatkan diri pada Allah.Saya buat apa yang saya tak pernah buat. Alhamdulillah, selepas daripada itu, saya mula redha. Percaya semuanya Allah tentukan…”
Di saat M telah mula redha, alhamdulillah Allah permudahkan usaha M untuk hamil. M kini dijangka hamil 4 minggu. Saya yakin, segala usaha  M ini berkait rapat dengan Law of Universal Attraction; apa yang kita sangkakan itulah yang akan berlaku. Nanti saya akan ceritakan tentang ini di lain kali. Saya sangat gembira dan terharu. Saya tidaklah menyumbang apa-apa kepada kehamilan M. Semua itu sudah tertulis, sejak M mula menemukan blog saya kemudian M mencuba OPK. Ye, rezeki manusia berbeza-beza. Ada yang sekali dua cuba telah berjaya, dan ada yang sudah tidak terkira usaha mereka tetapi masih lagi menanti dengan penuh harapan anugerah terindah itu daripada Allah SWT. Oh, saya baru teringat. Selain itu, saya juga ada sharekan satu tips yang pernah saya kongsi di entry Conceive sebab kebetulan M ada masalah seperti saya. Tetapi untuk tips itu, saya hanya sharekan kepada yang bertanya saya di email. Alhamdulillah, ramai juga yang sudi email saya bertanya tentang tips itu. Saya malu untuk cerita detail di blog, jadi saya cuma berkongsi di email bagi sesiapa yang bertanya. Dan menurut M, mungkin tips itu juga telah membantunya dalam cycle yang lalu. Alhamdulillah, semuanya dalam kuasa dan kehendak Allah Taala. Tahniah buat M dan suami. 
Dan buat yang masih lagi berTTC, yakin yakin dan yakinlah dengan penuh pasti Allah akan menganugerahi jua zuriat buat kita semua. Bersangka baiklah dengan Allah SWT kerana Allah SWT akan menuruti sangkaan hamba-hamba-Nya. Tentang bila, usahlah ditanya. Paling penting, terus berusaha dengan yakin bahawa Allah akan memakbulkan jua permintaan kita itu. Amin.
Wallahua’lam.

This Post Has 11 Comments

  1. BaTiK_PiNk

    Ummi Najla, terima kasih atas ingatan ini…."Dan buat yang masih lagi berTTC, yakin yakin dan yakinlah dengan penuh pasti Allah akan menganugerahi jua zuriat buat kita semua. Bersangka baiklah dengan Allah SWT kerana Allah SWT akan menuruti sangkaan hamba-hamba-Nya. Tentang bila, usahlah ditanya. Paling penting, terus berusaha dengan yakin bahawa Allah akan memakbulkan jua permintaan kita itu. Amin."…..Yani setuju dengan ayat Ummi Najla ni. Ada benarnya Allah belum kurniakan Yani zuriat sampai saat ni, mungkin Allah mahu Yani sihatkan dulu badan dengan penyakit sedia ada, sebab Allah tahu bila masa yang sesuai, dan bila saat yang betul Yani layak bergelar seorang ibu….terima kasih sekali lagi.

  2. Feed by Ummi Najla

    Ye Yani. Zuriat ni sama juga seperti jodoh, ajal,maut dan rezeki. Kita tak tahu bila atau apa tapi kita yakini Allah akan mendatangkannya jua padakita 🙂

  3. Anugerah

    Terima kasih nadia atas ingatan ini..walaupun min telah berjaya conceive setakat ini, namun tak dapat dinafikan banyangan ketakutan, trauma tu tetap ada…Apatah lagi baru2 ni baby min tetiba dok senyap (tak bergerak pada masa yg selalunya dia aktif), sampai min&suami dah gelabah, dah nyaris2 nak p hospital..air mata?Usah cerita laaa, dah terbayang mcm2, kenangan lama menjengah kembali..Alhamdulillah, akhirnya baby bergerak, mgkn dia sekadar berniat nak main aci sorok dgn ibu ayah nya, tapi permainan itu amat mengecutkan hati kami..itulah salah satu sbb yg menyebabkan min blum lagi ready nak berkongsi di blog min…Lagipun utk pgthn nadia, apa yg diperolehi skrg adalah sstu yg diluar jangkaan sbnrnya…Cuma yg blh min simpulkan, usaha selagi terdaya, buat apa yg termampu dan yg pada diri nadia ianya bersesuaian dgn nadia..Sbb kita tak tahu selepas usaha yang manakah Allah akan tunaikan hajat kita..Kadang2 mgkn saat kita terima anugerah itu saat yg kita rasa kita tak bersedia, tapi pada pandangan Allah, itulah saat paling sesuai buat kita…In shaa Allah nadia, masanya akan tiba nanti..

  4. Feed by Ummi Najla

    Terima kasih min atas sokongan dan doa.. Saya doakan min dan kandungan dilindungi Allah hendak-Nya. Walaupun saya tak sabar sangat nak tahu cerita min tentang kurniaan yang tak dijangka itu, saya selalu berdoa agar saya juga seperti min…

  5. Unknown

    ummi..moga Allah mengurniakan pada kita pengganti kepada "anak syurga" kita ya.aamiin3x..mama skrg ni pun msh sdg giat berttc balik stelah kembalinya arwah ke pangkuan penciptanya..arwah pun mcm najla gak..lahir pramatang..lahir masa 24w,dan beratnya cuma 750gram..arwah hnya dipinjamkan pada kami tuk 4 hari je.stelah penantian 8 thun ..dan mama akui kehilangan arwah bnyak merubah mama..insyaAllah,moga ujianNya ni mmbuat mama lbih dekat padaNya…

  6. Feed by Ummi Najla

    Berat juga dugaan mama munif. InsyaAllah mama munif, mudah2an ada rezeki buat kita nanti. Semoga ma munif terus kuat dan tabah 🙂

  7. Farhah

    bestnye post akak! farhah tumpang letak blog akak dlm list farhah yer!

  8. Anonymous

    Ummi saya mempunyai masalah seperti M.. tapi saya xtau nak share ngn sape..hope ummi pn bleh bg semangat pada sy dan ape yg saya harus lakukan tok sentiase berusaha..

  9. Anonymous

    Syukur Alhamdulillah sy ditemukan dgn blog puan. Sgt byk membantu sy yg juga masih menunggu tezeki terindah dr Allah.. Puan boleh share emel puan? Sbnrnya byk benda nak tnya tp segan 🙁 boleh ye puan?

Comments are closed.