Again… Chemical Pregnancy

Assalammualaikum w.b.t
Sebelum ni aku pernah alami chemical pregnancy pada tahun 2010. Masa tu lebih kurang sebulan sebelum mengandungkan Najla. Boleh rujuk entry ini.
Then, sekembalinya sahaja dari umrah, I’ve tried with Edy once. But actually aku dah ovulate di Mekah pada 7 Jun 2012 base on egg white yang keluar. Time tu, lagi 2 hari baru aku sampai ke Malaysia. Secara logiknya ovum boleh survive within 24-48 hours right. Then, aku bertawakal pada Allah SWT. Aku berdoa agar aku sempat bersama Edy dalam waktu subur ini. Aku minta Allah SWT panjangkan waktu kesuburan ini. Masa tu aku dah tak bergantung pada OPK atau BBT. Memang tak sempat nak berBBT atau berOPK di sana. Jadi, kebergantungan aku hanyalah pada Allah SWT semata-mata.
Once my due period arrived on 19th June 2012, period aku tak datang. Aku cuba kira balik. Last mense aku pada 25 Mei 2012, and should be aku period pada 19 Jun kalau mengikut cycle day 26 hari. Dari pagi sampai ke malam aku tunggu, period tetap tak datang juga. Esoknya, aku beranikan diri berpuasa ganti. Kiranya aku dah missed period satu hari. Balik sekolah terus beli HPT. Sampai rumah around 3pm, aku terus test. Result? Second line appear tapi tersangat-sangatlah faint. Memang rasa kejap nampak, kejap tak. Aku simpan dulu and tak maklum lagi pada Edy. Aku terus menanti. Dalam menanti tu, aku terpaksa beri tahu Edy juga sebab Edy tertanya-tanya kenapa aku tak period lagi. Edy pun nampak second line tu tapi kami pernah experienced kejadian seperti ini, so keterujaan kami hanya 50%. Takut untuk mengharap tapi tak nak buruk sangka. Takut Allah marah dan tarik balik rezeki kami. So, aku dan Edy sentiasa positifkan fikiran dan mengandaikan pregnancy kali ini barangkali tak sama dengan pengalaman mengandungkan Najla dulu. Mungkin hormon hcg untuk pregnancy ini tak setinggi hormon hcg masa Najla dulu. Mungkin itu dan mungkin ini. Banyak perkataan ‘mungkin’ dalam fikiran aku. Jadi aku buat biasa sahaja dan menerima ketidak hadiran period ini sebagai satu berita gembira buat kami suami isteri.
On the third day aku missed period, Edy buat surprise. Tiba-tiba Edy balik rumah dengan kepala sudah botak bercukur. Edy kata dia pernah nazar, bila aku sudah mengandung semula, dia mahu botakkan kepala. Aku tak tahu nak kata apa. Tergamam. Tapi sejujurnya aku rasa sangat terharu. Aku tahu Edy seorang yang sangat sentimental dalam apa jua yang melibatkan kehidupan kami. He really meant it. Dia seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Aku tak boleh lupa macam mana air mata Edy tak henti mengalir waktu aku tiba-tiba perlu bersalin, sewaktu Najla berhenti menangis bila Edy membacakan iqamat, dan sewaktu Najla tenat. Wajah-wajah Edy yang sedang bersedih sentiasa menghantui aku sehingga sekarang. Dan kerana itu, aku tak berhenti berdoa pada Allah SWT supaya dapat memberi kebahagiaan ini kepada Edy, iaitu adik-adik Najla kepada kami. Edy seorang yang sangat kasihkan budak-budak. Tengok sahaja betapa sayangnya anak-anak buah kami pada Edy. Semua maklum dengan kasih sayang Edy yang sejujurnya itu. Edy berhak untuk mendapat kegembiraan ini. Aku tahu Edy layak untuk menjadi seorang bapa yang soleh dan penyayang.
On the 4th day aku missed period, tak silap aku waktu maghrib masa aku nak ambil wudhuk, ada brownish discharge. Aku tak ambil pusing tapi kebetulan rasa lower back pain yang semakin menjadi-jadi buat aku fikir kebarangkalian untuk period. Aku dah start rasa mild cramp and lower back pain 2 hari sebelum due period lagi. Then suddenly lebih kurang pukul 10 malam, fresh blood yang agak gelap keluar. Menderu juga. Cuma bezanya kali ini, aku tak rasa sakit macam kali pertama experienced chemical pregnancy dulu. Malam tu aku ok lagi. Dah boleh terima takdir Allah SWT. Tak hadir period sudah satu kesyukuran pada aku sebab aku yakin Allah SWT dah makbulkan doa aku, cuma masa untuk aku mengandungkan adik Najla mungkin bukan cycle ni. Tapi insya-Allah next cycle. Aku positifkan fikiran, barangkali hormon pregnancy dalam badan mahu kembali stabil, supaya lepas ni aku boleh mengandung dalam keadaan yang cukup sihat. Kebetulan malam tu Edy dah balik Muar. Aku tak maklumkan lagi tentang hal tu. Aku rasa serba salah. Waktu sedang berfikir-fikir tu, aku terus terlelap.
5.30 pagi keesokan paginya aku terjaga. Tah mimpi apa, tiba-tiba aku terasa sangatlah sedih. Aku terus call Edy. Dengar je suara Edy, terus aku menangis. Bila aku beritahu Edy, seperti biasa Edy akan minta aku redha. Edy selalu bilang jangan menangisi takdir ini. Sebab, dalam keadaan aku seperti itu, seolah-olah aku tak redha dengan ujian Allah. Edy nak aku kembali pada Allah dan terima dugaan ini dengan sabar. Bila sabar, Allah akan balas dengan nikmat. Jika tidak, pasti Allah akan berikan sebaliknya. Selepas puas menangis, aku kembali normal semula. Memang selalunya begitu. Bila aku bersedih atau stress, aku akan bercerita segala-galanya dengan Edy. Edy akan menasihati perkara yang sama. Kemudian aku akan bertaubat pada Allah dan kembali sepenuhnya pada Dia, mengadu segala-galanya kepada kekasih yang Satu. Insya-Allah segala masalah akan terurai satu-persatu.
Ok, itu sahaja pengalaman TTC kali ini. Cuma satu lagi kesyukuran yang aku rasa untuk cycle sebelum ini, aku bebas dari masalah keputihan yang melanda aku every cycle, iaitu vagina candidiasis. Mungkin inilah juga keberkesanan air zamzam yang aku minum setiap masa untuk setiap hari selama 2 minggu di tanah suci. Setiap kali minum air zamzam, pasti aku akan berdoa pada Allah agar masalah keputihan aku akan pulih, kerana kelebihan air zamzam ini, Allah SWT akan memberikan kesembuhan untuk apa sahaja yang didoa. Apa sahaja yang diniatkan insya-Allah akan dimakbulkan-Nya. Alhamdulillah, Allah SWT telah makbulkan doa aku.
Aku sentiasa meyakini rezeki Allah itu tak pernah berhenti untuk setiap hamba-Nya. Insya-Allah, kami akan beroleh juga zuriat yang soleh dan solehah. Insya-Allah, aku akan mengandung semula dalam masa terdekat ini. Semua ini hanyalah berada dalam kuasa Allah SWT. Yang penting, kami perlu terus berusaha dan berdoa. Insya-Allah.

This Post Has 5 Comments

  1. cikmie

    Assalamualaikum ummi najla. perkenalan kita hanya di Forum RH mengamit saya untuk membaca semua tulisan ummi Najla, melalui tulisan-tulisan ummi Najla secara tidak langsung saya perolehi kekuatan untuk menghadapi ujian kehilangan. Terima kasih saya ucapkan. Saya doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki olehNYA untuk dapat pengganti kepada kakak-kakak/abang-abang syurga ini. Amin..

  2. Feed by Ummi Najla

    Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur jika melalui penulisan saya dapat memberi sedikit sebanyak dorongan pada ibu-ibu bertuah seperi cik mie. InsyaAllah cik mie, berkat kesabaran dan redha cik mie dengan semua ketentuan ini, Allah akan kurniakan ganjaran yang lebih baik selepas ini. Amin 🙂

  3. mieyza

    Jgn bersedih..insyaAllah, ada rezeki yang bakal kunjung tiba nnti..InsyaAllah…:)

  4. mag

    saya pon takot sgt kalo dpt C. Pregnancy..
    takot kecewa sb dah berharap..
    apa2pun ini ketentuannya…
    Insyallah ada rezeki lain..

  5. Feed by Ummi Najla

    Mieyza: Tq so much mieyza. Amin.. 🙂

    Mag: Insya-Allah mag. Pasti ada rezeki dariNya nanti. Amin 🙂

Comments are closed.