Surprised candle light dinner!

This week, aku memang busy sangat sebab terlibat dengan kursus Mindset Change Programme (MICEP) atau kami dikalangan guru-guru ni lebih mudah untuk sebut kursus ni sebagai kursus pengaktifan sel-sel neuron. Tak perlulah describe macam mana proses pengaktifan tu berlaku sebab kepala aku masih terasa berat and sakit lagi sekarang ni. Mungkin tengah adapt dengan jutaan neuron yang telah aktif ini :).

And atas alasan terlalu sibuk and penat itulah house chores memang tak berusik langsung oleh aku. Balik sahaja rumah, usai mandi dan solat terus rasa nak baring lagi-lagi hari pertama dan kedua kursus. Kepala terasa pening. Memang tak ada mood nak buat apa-apa kerja pun. Dalam hal ni, paling kesian kat Edy lah. Edy yang menyudahkan segala house chores termasuklah memasak untuk kami. Seriously memang rasa serba salah sangat bila ingat balik tentang 2 hari itu walaupun Edy selalu kata, “Suami isteri kenalah bekerjasama”. Tapi aku tak boleh. Selagi ada kudrat, aku cuba nak buat semua. Tapi atas kedinginan sikap aku kerana terasa sakit kepala hari itu, tanpa bercakap banyak Edy segera ambil alih segala tugas. Aku pun tak sempat nak spend quality time dengan Edy. Yelah, siapa lagi aku nak layan kalau bukan suami sendiri memandangkan kami belum dikurniakan pengganti Najla kan.

So, on the third day kursus, aku decide untuk buat candle light dinner untuk Edy. Nak surprisekan dia merangkap tanda mohon maaf juga. Mula-mula nak tiru resepi-resepi dari blog Kak Yana sebab Kak Yana ni pada aku memang contoh isteri yang mithalilah. Banyak betul resepi yang dia selalu buat. Nad puji-puji ni bagi upah sikit ye :).

But at last, atas cadangan membe aku, Lim, aku try untuk pertama kalinya prepare chicken chop. Untuk orang yang tak terror masak macam aku ni sebenarnya agak susah ok. Tapi aku beriltizam tinggi untu prepare sendiri. By hook or by crook, candle light dinner tu mesti dibuat juga. So, balik je dari kursus semalam, aku bergegas cari semua bahan di Mydin. 

So aku skip sahajalah ye all the preparations. Insya-Allah akan aku share resepi simple-mimple ni next entry. Lets go through the set up of our special romantic candle light dinner on that night :).


Presenting
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaaaaaaa! Special tak?

I just prepared chicken chop, mashed potato, mixed vegetable, fries and mushroom soup.
Beverage : Apple juice.

Macam mana pula reaksi Edy?


Nama pun suprise kan? So, Edy memang tak tahu dari awal aku nak buat apa. Sampai nak dinner pun Edy masih lagi tak tahu. Masa ni Edy just gelak-gelak je ingatkan aku  nak present ayam goreng dengan ikan goreng versi selalu. Haha.



Bila dah buka je penutup mata, Edy terkedu. Serius dia hampir tak percaya aku prepare semua tu dalam aku cuba sorok-sorok kat dapur and tak bagi dia tengok apa aku buat. Edy senyum sampai sudah. I love that smile so much @->—


Alhamdulillah, masakan aku malam tu menjadi. Dari start cari barang hinggalah menyudahkan semuanya, aku tak henti-henti berdoa agar Allah SWT permudahkan segalanya dan menjadikan malam itu sangat bererti bagi kami. Banyak yang kami bualkan dalam keadaan yang sangat relaks tanpa bebanan apa-apa pun di kepala. Just two of us. No about workload dan sebagainya.  Aku akui, aku masih lagi belajar untuk jadi isteri yang terbaik untuk Edy. Aku selalu berdoa agar aku dapat menjadi isteri Edy sehingga ke syurga. Dan aku masih lagi belajar dan berusaha untuk ke arah itu. Dan aku juga tidak berhenti berdoa, agar senyuman manis dari Edy itu akan melebar saat aku disahkan hamil adik Najla nanti. Amin Ya Rabbal A’lamin 🙂


I really hope this moment will come again soon. [Tear]

“I love you husband till the end of my life.

And ibu miss you so much Najla. Too much. From deep of my heart.”


I’LL LOVE TWO OF YOU FOREVER :”)

This Post Has 11 Comments

  1. zuliana abd rahman

    Nad, ambloi…bukan main kipas kak yana ye.Kembang semangkuk jap akak di pagi Jumaat ni :).Takpe..takpe…bila free nnt singgah Rawang ye, akak belanja makan eskrim ;p

    Ish..ish..ish…bila tengok present Nad kat pinggan Edy tu terasa betapa kerdilnya diri ni dlm bidang masak memasak.Serious kak yana tak sampai tahap mcm tu lagi.Nampaknya kena belajar dgn Nad ni cara nak prepare western food pulak.

    Nad, pic yang last sekali tu Arwah Najla ye?Sayu hati kak yana tengok papa dgn Najla.Tabah ye, bidadari syurga kita sedang bergembira di SANA.Insyaallah tiba saat dan ketikanya nnt Allah pasti satukan kita dgn anak-anak syurga ni.Jangan putus berdoa utk kesejahteraan mereka ye.

  2. Feed by Ummi Najla

    Haha. Serius ni bukan kipas lagi dah, tapi tabik spring dengan kak yana tau. Mmg salute tengok akak nak hantar and jemput dania, nak urus rumah, suami lagi, masak sedap. Wah, belum termampu lagi nad nak jadi macam akak. Hihi.

    Akk tak payah nak present hebat2 pun masakan akk mmg dah sedap. Bak org putih kata, "Dont judge a book by its cover". Nad kena present gempak2 sikit nak cover yg kurang sedap tu :D.

    Yang last tu memang gambar arwah Najla. Semalam masa tengok gambar ni setelah sekian lamanya, memang menangis juga. Tapi nad fikir macam akk. Pujuk hati sendiri. And nad berdoa selalu supaya dapat pengganti cepat macam akk :). Aminnn.

  3. Anonymous

    Alhamdulilah………..t.kasih ibu..ayh terharu..semoga Allah makbulkan doa kt Amin……..

  4. Anugerah

    Very touching tgk gambar terakhir…Kan best kalau min pun leh gambar camtu hari tu…

    Apapun tabik la bab buat candle light dinner..hope lps ni min berkesempatan nak buat jgk la…hehe…

  5. Feed by Ummi Najla

    Its ok min. Mungkin ada hikmah Min tak de gambar macam ni. Saya ada koleksi gambar Najla 200 lebih tapi dah 7bulan saya tak mampu nak tengok. Sesekali update, beranikan diri upload gambar. Memang mengalirlah air mata. Tapi saya cekalkan juga hati 🙂

    Resepi dinner ni simple je. InsyaAllah nanti nadia sharekan supaya min boleh cuba ye. Lilin tu harga dia RM2.90 je tau. Biar murah tapi berbaloi. Hihi

  6. mummycda

    Hai ummi najla….bertuahnya cik abg senyum jea tgok ummi prepared something special….ida kena blajar gak la…huhuhu…tak pernah lagi buat suprise tutup mata ngan hubby…hihihi…..lagi satu best jea nengok deko meja tu…memang sesuai dgn tema candle light dinner laa…picture last tu memang menyentuh hati..nampak betapa kasihnya seorang ayah pd anaknya..ida doakan semoga ummi ngan hubby akan dapat pengganti arwah…..amin…suci dan bersih jea kan wajah bidadari syurga…

  7. Feed by Ummi Najla

    Tq mummycda. Prepare simple je sbnrnya tp myb sbb ada lilin tu yang nampak lebih menarik :). Tak sangka juga bole terbuat plan surprise ni.

    Saya juga menangis bila upload gambar terakhir tu. Mudah-mudahan doa mummycda makbul. Aminnnn 🙂

  8. zuliana abd rahman

    Min dgn Kak yana senasib Nad.Kami sama-sama lahirkan anak yang telah dijemput Ilahi.Mcm Kak Yana ni, mmg takde gambar kenangan dgn arwah.Cuma kalau rindu, Kak Yana suka tengok gambar kakaknya (Dania) waktu berusia 6 hari sbb wajah mereka serupa.

    Kalau dtg mood lebih extreme, Kak Yana akan buka semula semua baju dan kelengkapan utk Siti Hawa.Lepas tu cium-cium sikit (walaupun Siti Hawa x sempat pakai).Jadilah buat penawar rindu.

    Nad, kat sini Kak Yana nak share pengalaman sendiri ye.Dulu, lepas deliver Kak Yana amalkan makan habbatus sauda dan Wardina (brand Tok Guru).Tujuannya utk pulihkan dalaman kita dan aturkan kembali haid.Ini pun tips dr Ash (rakan blogger dan RH juga).Alhamdulillah..mmg teratur period dan dgn izin Allah Kak Yana preggy lagi.Yang penting jgn sesekali putus asa ok.

  9. Feed by Ummi Najla

    Habbatus sauda n wardina te kak? Tulah banyak kali juga baca di RH. InsyaAllah nad akan beli. Tq k.yana share pengalaman.

    Nad ni nampak macam kuat tapi sebenarnya nad takut nak tengok kembali gambar dan barang2 arwah Najla. Sebenarnya itulah kelemahan nad kak. Barang2 najla semua nad letak dalam satu almari. Dalam almari pulak ada kotak. Kira memang tak terpandanglah. Dalam handphone ada 200 gambar najla. Tapi tak pernah berani nak tengok. Takut tak kuat. Hihi 🙂

  10. Anonymous

    I'm not sure where you are getting your information, but good topic. I needs to spend some time learning much more or understanding more. Thanks for wonderful information I was looking for this information for my mission.

    Also visit my site; http://disciplest.com

Comments are closed.